Jadilah Orang Yang Sentiasa Jujur

Setiap Jejak Akan Tetap di Balas..Jgn Risau Ok

Biar Gambar Berbicara

Saturday, October 24, 2009

Kem Bestari Solat Tahun 4

12 comments
23hb Oktober 2009- Panitia Agama Islam dan Guru-guru j-QAF telah mengadakan KemBestari Solat Tahun 4.Program bermula pada jam 2.30petang dan berkumpul dibilik j-QAF untuk pembahagian kumpulan..Aktiviti ini dihadiri oleh semua guru j-QAF dan GPI bagi melancarkan perjalanan program pada petang tersebut.

Manakala kehadiran murid boleh dikatakan 90% yang hadir dan terlibat.Kepada murid yang tidak hadir mereka dikehendaki untuk memberikan surat tunjuk sebab..Pada jam 3.00petang murid akan menjalankan aktiviti LDK (Slot Bacaan dalam sembahyang)..Alhamdulillah semua murid dalam kumpulan saya semuanya boleh membaca dan mengingati apa yang mereka baca.Diharapkan murid-murid dari kumpulan yang lain dapat mengambil peluang ini untuk memantapkan lagi bacaan mereka..Selepas itu jam 4.00petang semua murid mengambil wudhuk (Amali Wudhuk) dan seterusnya megerjakan solat Asar yang mana imam ialah Ustaz Nazari bin Mansor.

Setelah selesai sahaja Solat Asar berjemaah..Semua murid ditayangkan video yang bertajuk Sakaratul yang mana video ini adalah Edisi Bahasa Arab tetapi telah di edit sarikatanya kepada Bahasa Melayu oleh Ustaz Ari Hazlan..Habis sahaja tayangan semua murid dijamu dengan jamuan ringan untuk mengisi perut mereka yang sudah berkeroncong..Huhu..




MASA UNTUK MEMBERI KOMEN..Jom..Jom..






Thursday, October 22, 2009

Merentas Desa Sk Sulaiman...Penatnya Lari...

10 comments
22 Oktober 2009- Sememangnya Sk Sulaiman sentiasa penuh dengan aktiviti-aktiviti dan program-program yang telah dicadangkan..Kali ini pula aktiviti MERENTAS DESA pula..Penglibatan murid amat memberangsangkan..Program Merentas Desa ini terbuka kepada tahun 4,5 dan 6...

Sepertimana yang telah dirancangkan..Program ini bermula pada pukul 3.30petang..Akan tetapi terpaksa ditunda kepada pukul 4.00 petang kerana masalah cuaca (Hujan..Tapi tak lebat mana pun la).Walaubagaimanapun, program ini berjalan dengan lancar dan tiada berlaku sebarang musibah..Aktiviti ini juga bekerjasama dengan pihak POLIS TRAFIK Daerah Bentong bagi mengawal lalu lintas manakala AJK Peronda Sk Sulaiman juga terlibat dalam pengawasan murid. Guru-guru lain pula juga terlibat..Ada yang diberi tugas untuk menjaga "check point",hakim penamat dan macam-macam lagi la tugas..

Tidak ketinggalan juga GPK Pentadbiran, Encik Wan Mahasan selaku pelepas untuk Program Merentas Desa ini..Dengan adanya program seperti ini, kita juga dapat merapatkan sillaturrahim antara guru dan murid, dapat menyihatkan tubuh badan kita..Mari kita tengok antara gambar-gambar yang sempat di Snap oleh Great Bandito.





P/s: Teringat Masa Zaman Sekolah Dulu..Semput betul berlari..
Kepada Blogger yang baca jangan lupa tinggalkan komen..Salam..

Monday, October 19, 2009

Survey di Lata Hammer..

30 comments
Hari ni saya bersama Cikgu Shahnizal, Cikgu Fendi dan anak-anaknya menghabiskan cuti Sempena Deepavali di Lata Hammer...Lata Hammer ni terletak di daerah Bentong juga..Kalau sebut Lata Hammer tak semua orang Bentong tahu..Tapi bila sebut Air Terjun Batu 7 baru orang tau.Cuma Lata Hammer ni terpaksalah berjalan kaki lebih kurang 1 jam dan melalui jalan semak yang mana pacat-pacat akan menunggu masa..Hehe..

Sebenarnya tujuan kami semua pergi ke Lata Hammer adalah untuk mencari lokasi yang sesuai untuk aktiviti Pasukan Pengakap Sk Sulaiman pada tahun hadapan.Kebetulan ada masa yang terluang ni..Kami pun sepakat la untuk pergi survey kat tempat yang dicadangkan..

Perjalanan bermula pada pukul 11.15 pagi setelah segala persiapan dibuat.Perjalanan kami tiada masalah kerana Cikgu Shahnizal sememangnya sudah arif dengan selok belok Lata Hammer..Bukan Lata Mageskar.Huhu..Cikgu Fendi pula bawa anaknya seramai 3 orang..Yang kecil sekali berumur 4 Tahun.Nak tengok gambar2 kami..Jom kita layan..





Saturday, October 17, 2009

SUDAH SAMPAI MASA JAWI DI'MATAPELAJARANKAN'

11 comments


Terima kasih kepada semua pihak yang telah berusaha untuk memperkasa
kan Pendidikan Islam khususnya semenjak j-QAF diperkenalkan.

Namun satu harapan dari kami para pendidik, ia perlu diperkasakan lagi.

Pendidikan Islam di sekolah rendah diperuntukkan 6 waktu seminggu (3 jam). Dalam enam waktu itulah kami terpaksa menyumbat kantong pelajar dengan ilmu-ilmu Islam yang sangat luas.

Di dalam matapelajaran Pendidikan Islam itu ada beberapa ilmu besar yang biasanya dikaji di dalam fakulti yang berasingan. Di dalamnya ada Tilawah Al Quran, ada Sirah, ada Adab dan Akhlak, ada Jawi dan ada Ulum Syariah. Di dalam Ulum itu pula ada ilmu-ilmu yang agong yang dahulunya kita kenali sebagai ilmu Fiqh (Feqah) dan ilmu Tauhid.

Betapa luasnya ruang ilmu ini dan betapa terbatasnya ruang waktu yang ada menjadikan guru-guru agama dalam dilema dan sedih. Dilema, kerana tak tahu mana priority yang perlu diutamakan dengan tidak meninggalkan yang lain yang juga sangat penting. Sedih, kerana murid tidak dapat menguasai satu-satu bidang dengan mendalam.
Jawi pula, ia satu bidang ilmu menulis dan membaca. Kini ia dianggap satu elemen daripada pelajaran agama Islam. Masa yang diperuntukkan hanyalah 1 masa (30 minit) seminggu bagi tahun 1 dan 2 masa (60 minit) bagi tahun 2-6. Bayangkan seminggu hanya sekali sahaja murid bertemu dengan elemen jawi dalam Pendidikan Islam.

Sepatutnya ia tidak dimasukkan dalam matapelajaran agama. Ia seharusnya diajar di dalam matapelajaran BM. Tulisan inilah yang menjadi identiti Bahasa Melayu suatu waktu dahulu.

Atau boleh juga (dan lebih afdhalnya) ia dijadikan satu matapelajaran berasingan. Murid akan dapat lebih fokus. Ruang belajar jawi jadi lebih luas. Matapelajaran agama juga akan jadi lebih efisyen dan kurang berserabut.

Justeru, sudah tiba masinya Jawi dijadikan satu matapelajaran atau di'matapelajarankan.'

Pihak kementerian wajar memikirkan perkara ini. Ini hanyalah komen dan pandangan dari kami. Mungkin pihak Kementerian ada pandangan yang lebih baik. Apa yang penting, mari bersama kita perjuangkan untuk menambah baik dan memperkasa Pendidikan Islam.
Apa pandangan kawan-kawan?


Thursday, October 8, 2009

LADAP Bersama Panitia Agama Islam

3 comments
8 Oktober...Cakna Sk Sulaiman kembali lagi..Hari memang hari yang teramat sibuk..Mana tak nya..Sk Sulaiman didatangi oleh 2 orang pegawai dari Bahagian Teknologi Pendidikan..Semua guru bertungkus lumus bagi mencantikkan lagi kawasan-kawasan yang akan menjadi tumpuan.

Pada sebelah petangnya pula..Panitia Agama Islam mengadakan LADAP yang mana akan dibentangkan oleh Ustaz Mohamad Zamri bin Basri..Ustaz Zamri ini merupakan Jurulatih Utama Pendidikan Islam dan Jurulatih Kebangsaan Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam & Tranformasi Pemulihan Jawi Program j-QAF KPM..Ustaz Zamri juga merupakan guru di SK Sulaiman.

Bengkel LADAP kali ini adalah berkaitan dengan Instrumen Penilaian Pendidikan Islam..Seramai 13 orang guru pendidikan Islam Sk Sulaiman yang hadir..Program bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang. Bengkel ini diadakan adalah untuk mengetahui dan membuat soalan berdasarkan instrumen-intrumen yang telah ditetapkan..Taklimat yang disampaikan oleh Ustaz Zamri selama 40minit selepas itu semua guru-guru Pendidikan Islam dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberikan tugas untuk membuat soalan Pendidikan Islam, Jawi dan Bahasa Arab.

Semoga bengkel yang telah diadakan pada hari ini akan lebih memantapkan lagi semua guru-guru pendidikan Islam dalam melibatkan diri dalam menguasai kemahiran ICT>





P/s: Masa duk dalam bilik gerakan ni
Kawe rasa sejuk betul..

KUNJUNGAN PEGAWAI BTP

2 comments
Seawal jam 8.30 pagi tadi, SK Sulaiman dikunjungi dua orang pegawai dari Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) untuk 'memantau' perjalanan Pusat Sumber Sekolah (PSS). Dengan diringi Guru Besar, kedua-dua pegawai berkenaan, Tuan Haji Kamaruzaman Haji Ismail dan Encik Razali Umor dibawa melawat PSS.

Mereka turut mengnjungi beberapa pos lain yang ada kaitan dengan teknologi pendidikan. Ketika mengunjungi Bilik j-QAF, pegawai berkenaan memberi salam. Hanaya ada Ustaz Aris seorang sahaja di situ. "Waalaikumussalam," beliau menjawab.

Beliau bingkas bangun dari kerusinya untuk menyambut kunjungan pegawai berkenaan. Sebaik sahaja melihat pegawai itu, ustaz terus menyapa, "Cikgi Razali kah ini?" Dengan dahi berkerut, pegawai itu menjawab ringkas, "Ya."
Dalam keadaan terpinga-pinga itu, beliau terus melihat tanda nama Ustaz Aris. Sebaik membaca namanya, beliau segera teringat nostalgia 25 tahun lalu. "Ooh, awak! Dari Jengka 16 ye. Dah lama awak bertugas di sini...." Mereka pun berbual panjang.

Rupa-rupanya Ustaz Aris pernah menjadi anak murid kepada En Razali ketika bersekolah di SK LKTP Jengka 16 bermula tahun 1979. Kali terakhir mereka bertemu ialah pada tahun 1984. Apabila naik ke sekolah menengah, Ustaz Aris tidak pernah bertemu lagi dengan gurunya itu. Inilah kali pertama mereka dipertemukan selepas 25 tahun berpisah.

Kuasa Allah mengatasi segalanya. Manusia merancang, Allah juga merancang. Namun perancangan Allahlah yang terbaik....
(Gambar akan diposting kemudian. Ada sedikit masalah teknikal)

Monday, October 5, 2009

Syukur Semua Murid Selamat

19 comments
5 Oktober 2009-Pagi ni dikejutkan dengan berita kemalangan maut yang berlaku di Bentong.Kemalangan tersebut melibatkan sebuah BAS SEKOLAH dengan sebuah kereta KELISA.

Bas Sekolah tersebut yang kebiasaannya dinaiki oleh murid-murid sekolah termasuklah murid-murid dari SK Sulaiman, Bentong (sekolah kami la tu..)

Kejadian berlaku seawal jam 7.00 pagi.Kemalangan tersebut menyebabkan jalan menjadi sesak.Pagi tu saya sampai kesekolah, cikgu kat sekolah yang kebetulan melalui jalan tersebut mengatakan berlaku kemalangan..Perkara tersebut telah sampai ke Guru Besar. Semasa perhimpunan bermula Cikgu Fendi ajak saya pergi meninjau ke tempat kejadian atas arahan Guru Besar. Apalagi..Kami pun pergi la RUNNER dengan motorsikal EX5 power tu. Kebetulan pula masa tu bawa camera..Sesampainya di tempat kejadian..Cikgu Fendi memulakan sesi menangkap gambar untuk menggantikan SINAR HARIAN yang masih belum tiba.

Pemandu kereta KELISA meninggal di tempat kejadian. Mengikut kata polis yang mengawal kesesakan lalulintas ditempat kejadian. Mangsa yang meninggal adalah orang Cina dari Perting, Bentong.Murid-murid yang berada dalam Bas Sekolah tersebut tidak kelihatan ketika kami sampai. Kesemuanya telah menaiki bas sekolah yang baru tiba bagi mengelakkan mereka semua lewat untuk hadir ke sekolah.

Selepas itu, kami pergi ke hospital bagi memastikan samada murid Sk Sulaiman ada menerima rawatan atau tidak.Cikgu Fendi masuk..Pastu dia keluar balik..Cik Fendi kata murid kita tak ada dalam hospital..Ini bermakna semua murid Sk Sulaiman dan murid-murid sekolah lain selamat..Alhamdulillah..Syukur kepada Allah..

Peranan yang dimainkan oleh Guru Besar SK Sulaiman amatlah kami hargai bagi memastikan semua muridnya sentiasa dalam keadaan selamat.Inilah sikap yang perlu ada pada semua orang..Walaupun bukan anak kita sendiri tetapi sikap tanggungjawab dan prihatin kita sesama amatlah penting..





P/s: Berhati-hatilah di jalanraya..
Ingatlah Orang Tersayang

Sunday, October 4, 2009

Tahniah Cikgu Zaki...

21 comments
Salam.. Tahniah diucapkan kepada Cikgu Zakiyamani yang telah dapat menimang anak sulungnya yang pertama iaitu Qistina Balqis.. Kami dari warga Sk Sulaiman menumpang gembira di atas kelahiran anak sulungnya setelah 8 tahun berkahwin..Cikgu Zakiyamani merupakan seorang guru yang bertugas di SK Sulaiman, Bentong (sekolah kami la tu...hehe)

Untuk baca kisah seterusnya ada dibawah ini:

KUANTAN 1 Okt. - Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) akan mengadakan kerjasama dengan Pusat Fertiliti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam usaha menggalakkan kadar kelahiran di negara ini.

Pengasas TAFF, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar bertitah, kerjasama itu bertujuan memberi harapan kepada pasangan suami isteri di negara ini yang telah lama berkahwin tetapi belum mempunyai anak.

"Diharap kerjasama itu akan membantu pasangan yang telah berkahwin tetapi belum mempunyai anak dan menggalakkan kadar kelahiran melalui kaedah moden," titah baginda kepada pemberita di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini hari ini.

Baginda bertitah demikian selepas mengadakan lawatan ke atas pasangan penjawat awam Mohd. Zakiyamani Rasli, 34, dan isterinya, Marina Yusof, 34, di HTAA yang baru menimang cahaya mata melalui program kesuburan anjuran TAFF.

Pasangan tersebut yang telah berkahwin lapan tahun lalu, menimang anak sulung mereka, Qistina Balkis seberat 2.6 kilogram melalui pembedahan pada 29 September lalu selepas mengikuti program persenyawaan luar rahim.

Mengulas lanjut, Tunku Azizah bertitah, sejak penubuhan TAFF lima tahun lalu, yayasan itu berjaya membantu 57 pasangan melalui 57 kelahiran bayi melalui kaedah persenyawaan luar rahim.

"Kita masih mempunyai 16 pasangan yang menunggu giliran (untuk rawatan) dan menerima lebih 6,000 permohonan di kalangan pasangan tidak mempunyai anak di seluruh negara.

"Sehingga kini juga TAFF berjaya mengumpul dana RM1.2 juta melalui sumbangan pelbagai pihak. Amat diharapkan kerjasama UIAM dengan TAFF akan melicinkan usaha membantu pasangan seperti ini pada masa hadapan," titah baginda.




P/s: Nanti tak leh konvoi la Cikgu Zaki nak jaga baby baru..Huhu

Saturday, October 3, 2009

Majlis Khatam Al-quran,Ceramah Nuzul Al-quran & Penyampaian Sumbangan kepada Anak Yatim

4 comments
Pada 15 September 2009 baru-baru ini Sk Sulaiman telah mengadakan Majlis Khatam Al-quran, Ceramah Nuzul Al-quran dan Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Anak Yatim. Majlis ini dijalankan pada hari yang sama yang bermula bermula pada pukul 8.40 pagi hinggalah berakhir pada pukul 11.40 pagi.

Program bermula dengan ceramah Nuzul Al-quran yang disampaikan oleh Ustaz Aris Hazlan.Ceramah yang mantob membuatkan semua murid daripada tahun 1-6 begitu khusyuk mendengarnya.Isi yang disampaikan pula bersesuaian dengan murid untu memahaminya.

Majlis Khatam Al-quran ini diketuai oleh Ustaz Shaiful Jazlan bin Md Japlus.Manakala murid yang terlibat dalam Majlis Khatam Al-quran ini adalah terdiri daripada murid Tahun 6.Majlis Khatam Al-quran ini berjalan dengan lancar dimana kawalan murid-murid yang lain dapat dikawal dengan baik.

Setelah selesai sahaja Majlis Khatam Al-quran, penyampaian sumbangan kepada anak-anak Yatim diteruskan.Sumbangan disampaikan oleh Tuan Guru Besar Sk Sulaiman, En. Azor bin Yusof.Ini merupakan bantuan kepada anak-anak Yatim bagi membantu mereka menyambut Syawal yang bakal tiba.

Majlis diteruskan pula dengan penyampaian Cenderehati kepada murid-murid Tahun 6 dan guru-guru yang terlibat dalam menjayakan Majlis pada hari tersebut..Semoga Allah memberkati usaha kita ini...

CERAMAH NUZUL AL-QURAN

MAJLIS KHATAM AL-QURAN






PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA MURID TAHUN 6

Thursday, October 1, 2009

LENSA SK SULAIMAN MINGGU INI

4 comments
MAJLIS JAMUAN HARI RAYA TAHUN 6
KEM BESTARI SOLAT TAHUN 5
Ceramah penuh penghayatan









Blog Widget by LinkWithin
 

j-QAF Sk Sulaiman Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template