Jadilah Orang Yang Sentiasa Jujur

Setiap Jejak Akan Tetap di Balas..Jgn Risau Ok

Biar Gambar Berbicara

Tuesday, February 23, 2010

Larian Perdana Sk Sulaiman 2010

3 comments
19 Februari 2010- Sk Sulaiman telah menganjurkan Larian Perdana 2010 bagi murid-murid tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6)..Aktiviti ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada kalangan murid-murid manakala guru-guru pula bekerjasama dengan penuh semangat kesukanan dalam menjayakan Aktiviti Larian Perdana SK Sulaiman 2010..

Segala perancangan yang di buat berjalan dengan lancar dan kawalan lalulintas dibantu oleh pihak Polis Trafik Daerah Bentong.Pada jam 8.30 pagi peserta dilepaskan secara kelompok..Kelompok pertama iaitu kelompok peserta lelaki dan kelompok kedua daripada peserta perempuan..Dan pelepasan peserta dirasmikan oleh Tuan Guru Besar Sk. Sulaiman, En. Azor bin Yusof.

Dengan ada aktiviti seperti ini, ia dapat memberikan pendedahan kepada murid-murid bahawa bersuka itu adalah suatu perkara yang penting dan menyihatkan..

Segala kerjasama daripada semua pihak amatlah dihargai. Dengan semangat kerjasama, sesuatu perkara itu akan mudah dilaksanakan.Terima kasih kepada semua guru-guru,pihak Polis dan murid-murid akan komitmen yang diberikan..







P/s: Tak tau la macam mana kalau cikgu-cikgu plak yang berlari..
Mesti semput punya..


Thursday, February 11, 2010

KEM BESTARI SOLAT BERMULA

1 comments
Apa khabar warga j-QAF seluruh Pahang? Apa khabar sahabat-sahabat seluruh Malaysia? Dah mula KBS ke? Alhamdulillah SK Sulaiman telah melaksanakan Kem Bestari Solat bagi kali pertama untuk pelajar sulung j-QAF, iaitu pelajar tahun 6.

Kehadiran yang melebihi 90% amat membanggakan kami. Bagaimanapun kami turut mendapat kerjasama daripada guru-guru lain khususnya team Bimbingan dan Kaunseling sekaligus menjadikan KBS kali ini sebagai program 2in1. KBS dan Motivasi. Lantas digabungkan menjadi Kem Ibadah dan Motivasi Kecemerlangan.

Berikut sebahagian gambar aktiviti yang sempat kami rakamkan pada 5 dan 6 Februari lalu.

Kuliah Maghrib oleh Tuan Zamri Basri berkaitan kepentingan Qiamullail

Diikuti dengan motivasi Tuan Haji Aris Hazlan Haji Ismail bertajuk, "Formula Menuju Kecemerlangan." Slot ini turut dihadiri oleh pelajar-pelajar India dan Orang Asli.

Jadual qiamullail yang dirancang ialah bangun pukul 4.30. Mula qiam pukul 5.00 pagi. Tapi dengan penuh semangat, para peserta mula bangun jam 3.00 pagi diketuai oleh Mujibur Rahman... Kesian Ust Hisyam, tak dapat tidur nyenyak...

Doa dipanjat kehadrat Ilahi... Moga beroleh keampunan dan rahmat-Nya
Zikir dan istighfar penuh kesyahduan mengusik jiwa anak-anak yang bersih ini...
Setelah sang mentari menjenguk alam, tiba giliran En Rosnizal untuk me'ragging' para peserta menerusi aktiviti riadhah...
Panitia Pendidikan Islam, j-QAF, Bina Insan dan Bimbingan dan Kaunseling mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan kem kali ini.
Syukran wa ilal liqa'

Wednesday, February 10, 2010

JANGAN LUPA DOA DARI JAUH

1 comments


KADANG-KADANG kita lupa kepada saudara kita yang tertindas di Palestin, yang dijajah di Afghanistan, yang diburu di Thailand, yang diserang di Mindanao dan yang miskin di Kemboja….



KADANG-KADANG kita lupa pada saudara kita yang sedang tekun beribadat di Masjidil Haram, yang berqiamullail di tengah malam, yang berkorban tenaga dan masa membersihkan rumah Allah…



KADANG-KADANG kita lupa kepada saudara kita yang menderita, yang sakit, yang malang, yang kematian anak, yang lambat dapat anak, yang menjadi yatim, yang menjadi balu, yang koma, yang pengsan, yang pening, yang muntah…



KADANG-KADANG kita lupa untuk berdoa kepada saudara kita, kita lupa untuk berdoa kebaikan untuk mereka. Kita hanya berdoa untuk diri sendiri (itupun kalau rajin)…

APA SALAHNYA… Peruntukkan sedikit ruang untuk kita menadah tangan berdoa DARI JAUH…

Tuesday, February 9, 2010

PENJARA MEGA

1 comments
Dr Yusuf Al Qardhawi (Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia yang dinobat oleh Malaysia sebagai Tokoh Maal Hijrah 1431H):
"Perbuatan membina tembok dan menanam cerucuk bagi menghalang umat Islam Palestin merentasi sempadan Mesir untuk mendapatkan keperluan hidup mereka, adalah haram di sudut syarak dan di sisi undang-undang."





















Pagar berduri... kemudian tembok tinggi... Kini, cerucuk dalam bumi pula....

Simpatikah Anda Kepada Umat Islam Palestin...

0 comments
Seluruh dunia melahirkan rasa simpati kepada nasib malang yang menimpa umat Islam di Palestin, khasnya Gaza. Selepas diserang bertubi-tubi pada Februari 2009, Gaza masih belum berjaya dibangunkan.

Bantuan dari arah utara dan timur sememangnya tidak dapat masuk kerana ia bersempadan dengan wilayah yang diduduki oleh pengganas Israel. Bantuan dari arah Laut Mediterranian di sebelah barat juga tidak dapat masuk. Ini kerana hanya beberapa kilometer sahaja dari pantai Gaza itu sudah kelihatan deretan kapal dan bot pengganas Israel yang berkawal.

Satu-satunya pintu masuk ke Gaza hanyalah Rafah, di sebelah Selatan yang bersempadan dengan Mesir. Mesir sebuah negara Arab dan pemerintah serta majoriti penduduknya beragama Islam.

Sewaktu Israel berundur dari Gaza pada tahun 2005, ramai menjangkakan nasib umat Islam Palestin akan lebih terbela apabila pintu sempadan tidak lagi dikawal oleh tentera Israel. Bantuan mencurah-curah dijangka akan tiba dari negara jiran yang sebangsa dan seagama itu. Bahkan media menyiarkan berita dan gambar bagaimana umat Islam Palestin merobohkan pagar dan tembok yang memisahkan wilayah Mesir dan Palestin itu.

Malangnya hanya beberapa hari kemudian, Mesir menutup semula pintu sempadannya. Walaupun kawalan di sebelah Palestin memberikan kebebasan keluar masuk, namun di sebelah Mesir, amat sukar mendapat kebenaran untuk melintasi laluan berkenaan. Ini menyebabkan nasib umat Islam Gaza tidak berubah. Walaupun penjajah sudah keluar, namun mereka tidak dapat laluan untuk membawa masuk bekalan ubat-ubatan, makanan, bahan api dan sebagainya.

Kemuncak penderitaan penduduk Gaza ialah apabila Israel menyerang wilayah kecil itu dari arah utara, timur dan barat sedangkan satu-satunya pintu sempadan di selatan ditutup rapat oleh Mesir. Hanay beberapa orang sahaja yang cedera parang dibawa melintasi sempadan untuk mendapatkan rawatan di Kaherah.

Kini peperangan berkenaan sudah tamat. Namun pengkhianatan Yahudi terus berlaku. Serangan-serangan tidak berkala tetap diteruskan. Menyebabkan umat Islam Palestin khasnya di Gaza terus menderita. Mereka terpaksa melalui sisa kehidupan dengan begitu sukar sekali.

Bulan lalu, sebuah kumpulan dari England dikenali sebagai Viva Palestina menganjurkan konvoi ke Gaza untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan. Namun seperti dijangka, pintu sempadan tetap dikunci oleh Mesir. Bahkan anggota NGO itu dilayan bagaikan penjenayah.

Manusia yang tertekan akan melakukan apa sahaja untuk memenuhi keperluannya. Manusia yang lapar akan sanggup mencuri makanan jika ketiadaan wang. Begitulah rakyat Palestin. Mereka tidak mencuri. Tetapi mereka mengorek tanah, menggali lubang dan membuat trowong untuk mendapatkan bekalan makanan, ubat-ubatan dan sebagainya dari saudara mara mereka yang tinggal di Mesir.

Ini bukan sahaja memeningkan Israel, bahkan Mesir juga pening. Kerana pemimpin Mesir sentiasa bertindak dengan remote control Israel dan Amerika. Kini Mesir bertindak lebih kejam dan zalim dengan menanam cerucuk besi ke dalam tanah di sepanjang sempadan berkenaan. Ketika dunia menyaksikan tembok Apartaid dirobohkan di Jermen, Mesir membinanya kembali di sempadan Palestin.


Dikatakan projek itu mendapat pembiayaan dari Amerika Syarikat dan Perancis kerana setiap hari kerja-kerja menanam cerucuk itu dipantau oleh pegawai perisikan Mesir, Amerika Syarikat dan Perancis.

Cerucuk sedalam 18-30 meter itu dilengkapi dengan kamera cctv dan pengesan laser untuk menghalang pencerobohan bawah tanah. Sebuah pasukan terlatih ditugaskan berkawal di semua tempat sejauh 6 km dari sempadan. Dalam kawasan sejauh 14 km dari sempadan, kawalan tentera akan berkuat kuasa selama 24 jam.

Cuma yang agak musykil, dalam keadaan seluruh dunia (termasuk orang bukan Islam) bersimpati nasib yang menimpa umat Islam Palestin, masih ramai umat Islam di negara kita yang buat tak tahu sahaja dan menganggap ia sebagai isu yang tiada kena mengena dengan mereka.

Lebih dari itu saya amat terkejut apabila pihak schoolnet mem'block' akses ke laman web yang menceritakan penderitaan rakyat Palestin, http://www.palestin-info.info/. Laman web berkenaan adalah web berita mengenai kejadian dan peristiwa yang berlaku di Palestin yang kebanyakan beritanya tidak disiarkan oleh media yang dikuasai Barat. Ia dipaparkan dalam 8 bahasa utama dunia termasuk, Bahasa Arab, Inggeris, Melayu, Urdu dan sebaginya. Perbuatan menyekat akses berita ini amat mendukacitakan.

Lebih mendukacitakan apabila pihak schoolnet melaporkan sekatan itu dibuat atas alasan 'militancy and extremist'. Pada saya mereka bukan militanc dan bukan pelampau (ekstrimis), tetapi mereka adalah kaum yang tertindas dan memerlukan sokongan dari kita yang hidup aman damai.

Justeru, kami memohon jasa baik pihak schoolnet supaya memikirkan kembali perkara ini. Janganlah disebabkan Amerika Syarikat melabelkan pejuang Palestin sebagai pengganas, lantas kita juga menggelar mereka pengganas, pelampau, militan dan sebagainya.


Thursday, February 4, 2010

MULTAQA GURU PENDIDIKAN ISLAM DAERAH BENTONG

1 comments
Blog Widget by LinkWithin
 

j-QAF Sk Sulaiman Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template