Jadilah Orang Yang Sentiasa Jujur

Setiap Jejak Akan Tetap di Balas..Jgn Risau Ok

Biar Gambar Berbicara

Sunday, March 21, 2010

Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-54 Sk Sulaiman

1 comments
Salam Semua Blogger dan Para Pengunjung...

11 Mac 2010- Sk Sulaiman telah mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-54.Maknanya sekolah ni dah wujud terlalu lama kan..Zaman Merdeka dulu..Betul Tak...
Kejohanan Olahraga ini berjalan dengan lancar dengan bantuan semua guru-guru yang telah menjalankan tugas dengan baik.Dengan kerjasama inilah yang kita harapkan yang mana ia akan memudahkan sesuatu kerja.

Kejohanan ini dirasmikan oleh YB Dato' Hoh Khai Mun,DSAP,DIMP.Kejohanan Olahraga ini begitu meriah pada tahun ini dengan adanya Kumpulan Pancaragam di bawah kelolaan Cikgu Nazim.Selain daripada itu juga turut dipersembahkan Pertunjukan Tae-Kwan-Do dan Tarian.Selain itu juga kehadiran YB disambut dengan paluan kompang yang hebat.Terima kasih Cikgu Omar yang melatih kumpulan kompang..

Dan pada tahun ini juga telah bersepakat dan bersetuju untuk mengadakan Perbarisan Rumah Sukan..Seterusnya kita tengok la gambar-gambar yang kat bawah ni.






Saturday, March 6, 2010

Sambutan Maulidur Rasul 2010@Sk Sulaiman

3 comments
Pada 5 Mac 2010 baru-baru ini, Sk Sulaiman telah mengadakan satu program yang mana terdapat dalam Hari Kebesaran Islam iaitu Maulidur Rasul.Program ini telah berjalan lancar sebagaimana yang telah dirancangkan oleh Unit Bina Insan.

Di antara aktiviti yang dijalankan iaitu Perarakan di jalan raya yang mana lalu lintasnya dikawal oleh polis trafik Daerah Bentong dan juga dikawal oleh guru-guru Sk Sulaiman bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.Perarakan ini bermula pada jam 8.30 pagi yang disertai oleh semua guru,murid-murid tahun 1-6,murid Pendidikan Khas dan Pra Sekolah.

Setelah sahaja selesai perarakan, semua murid diminta untuk duduk di dalam Dewan Sk Sulaiman untuk mendengar ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Baharimi.Ustaz Baharimi merupakan guru j-QAF dari Sekolah Kebangsaan Jambu Rias, Bentong yang mana beliau ini juga merupakan salah seorang Ahli Bridget Dakwah Daerah Bentong.

Agenda seterusnya pula ialah Pertandingan Kuiz Maulidur Rasul yang mana setiap rumah sukan hendaklah menghantar 3 orang wakil daripada tahun 4-6.Soalan kuiz berdasarkan kepada isi yang telah disampaikan oleh penceramah.

Segala gambar aktiviti boleh dilihat dibawah ini..Jom kita tengok..











Blog Widget by LinkWithin
 

j-QAF Sk Sulaiman Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template