Jadilah Orang Yang Sentiasa Jujur

Setiap Jejak Akan Tetap di Balas..Jgn Risau Ok

Biar Gambar Berbicara

Monday, January 24, 2011

Merentas Desa Sk Sulaiman

8 comments
Tarikh:
19 Januari 2011

Tempat:
Padang SK Sulaiman


Penjaga Check Point bersiap sedia untuk menjalankan tugas.

Taklimat kepada guru-guru yang terlibat dengan Check Point..Cikgu Yati menjerit..Hujan Lebat sangat..

Cikgu Rosnizal mengetuai senaman memanaskan badan..

Acara mula dilepaskan oleh Guru Besar Sk Sulaiman, dan acara bermula dengan pelepasan Peserta Lelaki Tahap 2.



Ustazah Halipah dan Ustazah Suhaila sedang berehat-rehat di Check Pointnya sendiri sambil dikawal rapi oleh bodyguard kecil.

Sebahagian guru-guru yang menjadi Hakim Penamat..Ustazah Norhayati begitu semangat menyokong rumah sukan nya sendiri.Huhu..

Cikgu Khairul Azhar bertungkus lumus sambil terjerit-terjerit agar program ini berjalan dengan lebih lancar..


P/s:
Habis jer Program ni..
Aku, Rosnizal dan Emy p jogging kat PPD plak..haha


Saturday, January 8, 2011

Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS

2 comments

Transformasi kurikulum memberi penegasan kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah dengan pelbagai kaedah pentaksiran bagi membolehkan penilaian yang lebih autentik (dapat dipercayai /asli dan tekal) dan holistik.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah bersifat formatif dan sumatif serta dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Aktiviti pemulihan, pengukuhan dan pengayaan dilaksanakan mengikut keperluan murid bagi memastikan murid mencapai standard yang ditetapkan.

Download Modul dan Bahan-bahan lain Di bawah

Monday, January 3, 2011

Download KSSR Pendidikan Islam dan Bahasa ArabTahun 1

73 comments
Kepada semua sekolah yang terlibat dengan KSSR Pendidikan Islam Tahun 1 boleh Download segala maklumat seperti Rancangan Pelajaran Tahunan, Modul-modul, Contoh Penulisan RPH KSSR Tahun 1 dan lain-lain lagi..

Untuk Download..Sila Klik Dahulu Link Di bawah ini

Bahan Bantuan KSSR Pendidikan Islam Tahun 1
KSSR Pendidikan Islam Tahun 1
RPT Bahasa Arab KSSR Tahun 1

Jangan Lupa Tinggalkan Komen Selepas Mendownload..Untuk tujuan penambahbaikkan..
Terima Kasih



Blog Widget by LinkWithin
 

j-QAF Sk Sulaiman Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template