Jadilah Orang Yang Sentiasa Jujur

Setiap Jejak Akan Tetap di Balas..Jgn Risau Ok

Biar Gambar Berbicara

Sunday, August 21, 2011

Pencarian Lailatul Qadar Bermula

0 comments
KITA sudah pun berada dalam sepuluh hari-hari terakhir Ramadhan yang dirindui oleh para kekasih Allah S.W.T. Ini bererti kita sudah memasuki sepertiga terakhir Ramadhan yang menandakan Ramadhan akan melambaikan salam perpisahannya dalam beberapa hari yang pendek.

Hari-hari ini dirasakan pendek oleh para Solehin kerana mereka begitu yakin dengan ketinggian nilai dan keistimewaan hari-hari ini yang menyebabkan mereka seolah-olah merasa tidak mencukupi dengan saki-baki minit dan jam yang ada. Begitu banyak amal bakti yang belum sempurna dipersembahkan ke hadrat Ilahi. Masih banyak bukti pengabdian yang belum sempurna dipersembahkan ke hadapan-Nya. Di suatu sudut lain, sebahagian orang pula merasakan hari-hari ini begitu pendek kerana pelbagai kesibukan duniawi apabila mengenangkan Hari Raya yang menjelang tiba.

Pelbagai persiapan pakaian, rumah dan juadah yang hendak disempurnakan. Masih banyak urusan kerja dan perniagaan berkaitan Ramadhan dan Aidil Fitri yang belum selesai. Jika tidak berwaspada, sinar hari-hari terakhir Ramadhan ini mudah pudar dan tenggelam dalam keriuhan ambang Syawal sedangkan sepertiga terakhir Ramadhan inilah merupakan peringkat terpenting dalam madrasah Ramadhan yang sedang kita lalui ini.

Keutamaan lailatul qadar

Keutamaan utama hari-hari terakhir Ramadhan ini berputar sekitar pemburuan mendapatkan keutamaan Lailatul Qadar. Satu malam gilang-gemilang yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Malam yang begitu agung dalam kerajaan langit sehingga diabadikan dalam suatu surah al-Quran yang khusus untuk mengisytiharkan keistimewaannya iaitu surah al-Qadr.

Bagi mereka yang sentiasa menjadikan urusan amal ibadah sebagai tumpuan perhatian dan kebimbangan mereka, inilah satu tawaran istimewa daripada Allah S.W.T yang 'haram' dilepaskan. Sangat malanglah bagi seorang hamba yang dikurniakan hadiah begitu berharga daripada Tuhannya sendiri tetapi tidak mengendahkannya atau tidak menerimanya dengan baik.

Benarlah pesan Rasulullah S.A.W bahawa, "Sesiapa yang diharamkan mendapat kebaikan malam itu maka sesungguhnya dia telah diharamkan (daripada mendapat segala kebaikan)".

Memang Lailatul Qadar adalah suatu hadiah atau anugerah bagi umat ini. Para ulama meriwayatkan pelbagai riwayat bagaimana Lailatul Qadar dianugerahkan kepada umat Nabi Muhammad S.A.W kerana mengambil kira jangka hayat umat ini yang jauh lebih pendek berbanding umur umat sebahagian nabi-nabi terdahulu. Dengan beramal-ibadah pada malam ini barulah boleh kita menyaingi kuantiti ibadah umat-umat yang dikurniakan umur yang jauh lebih panjang. Harus diinsafi bahawa sebagai suatu urusan ibadah, kelebihan utama Lailatul Qadar bukan terbatas kepada sifir 1,000 bulan yang begitu sinonim dengan malam tersebut.

Dalam mana-mana urusan ibadah nilai utama sesuatu amalan tetap tergantung kepada rahmat dan kasih Tuhan yang menjadi tumpuan sesuatu amalan tersebut. Oleh itu memburu Lailatul Qadar bukan bererti kita sekadar mengejar gandaan seribu bulan itu tetapi yang lebih penting, berusaha mencarinya bererti kita bersungguh-sungguh untuk menyambut dan meraikan suatu bukti kasih dan rahmat Allah S.W.T kepada kita.

Mendapatkan lailatul qadar

Sesuai sebagai anugerah yang begitu bernilai dan berharga, Lailatul Qadar tidaklah sampai begitu mudah diperolehi oleh sesiapa sahaja tanpa perlu berusaha. Walaupun kita mewarisi pelbagai panduan dan petua daripada Rasulullah S.A.W sendiri dan para ulama pewaris Baginda S.A.W tentang mengenalpasti malam Lailatul Qadar, masih tidak ada satu kesepakatan tentang bilakah sebenarnya jatuhnya malam itu.

Akhirnya, bolehlah disimpulkan bahawa peluang untuk mendapatkannya adalah lebih cerah bagi mereka yang menghidupkan malam-malam yang ganjil dari 10 malam yang terakhir, sangat cerah bagi mereka yang menghidupkan kesemua malam terakhir dan paling terjamin bagi mereka yang menghidupkan kesemua malam-malam Ramadhan.

Juga harus diingat, para ulama turut berpandangan bahawa siangnya Lailatul Qadar juga perlu diisi dengan amal ibadah sama seperti malamnya. Sesuai sebagai tanda rahmat dan pemberian Tuhan, Lailatul Qadar tidaklah pula terlalu sukar dan terlalu jauh dari capaian kita. Ia ditentukan jatuh di dalam bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan adalah bulan ibadah umat ini yang mana rata-ratanya malam-malam Ramadhan adalah malam-malam yang lebih baik pengisian ibadahnya bagi kita semua.

Walaupun sebahagian ulama berpandangan bahawa kelebihan Lailatul Qadar dicapai dengan menghidupkan sebahagian besar malam itu, sebahagian ulama meriwayatkan bahawa untuk syarat minimum untuk mendapatkan sebahagian laba malam ini bukannya terlalu sukar.

Imam Malik dalam kitabnya al-Muwatto' misalnya, meriwayatkan pandangan Ibnul Musayyib bahawa, "Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak pada malam Lailatul Qadar secara berjemaah, maka sesungguhnya dia telah mendapat laba/ bahagian daripadanya (Lailatul Qadar)".

Pandangan-pandangan yang lebih ringan ini meletakkan syarat mendapatkan Lailatul Qadar pada menjaga solat-solat fardu pada malam tersebut. Jika pandangan ini yang kita ambil nescaya mendapatkan Lailatul Qadar bukannya terlalu sukar dan boleh diusahakan oleh semua orang. Tetapi Tuhan itu Maha Adil, hakikatnya, mereka yang biasa lalai tetap akan lalai dan gagal hatta untuk menjaga solat-solat fardu ini walaupun di malam-malam akhir Ramadhan.

Semoga Allah menjauhkan diri kita dan mereka yang bersama kita daripada tergolong dalam golongan yang lalai. Zikir dan doa yang diajarkan oleh nabi S.A.W untuk Lailatul Qadar juga cukup pendek mampu diamalkan oleh semua orang. Maka marilah kita memperbanyakkan doa ini di hari-hari ini, Allahumma innaka 'Afuwwun tuhibbul 'afwa fa'fu 'nniy yang maksudnya, "Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, sukakan keampunan maka ampunilah aku".

Walaupun pintu untuk kita menghayati Lailatul Qadar melalui ibadah khusus lebih terbuka di bulan Ramadhan dengan budaya dan suasananya yang tersendiri, ini tidak menafikan hakikat luasnya makna dan bentuk ibadah dalam Islam. Mereka yang terpaksa menyelesaikan tugasan dan kerja mereka yang tidak bercanggah dengan agama dan dalam kadar yang sesuai dengan bulan Ramadhan ini, tetap boleh meniatkan kerja-kerja mereka sebagai sebahagian daripada usaha mereka untuk mendapatkan dan menghayati Lailatul Qadar.

Menghantar Pulang Tetamu Agung

Ramadhan, tetamu agung yang setia datang berkunjung setiap tahun tetap akan pergi meninggalkan kita sedikit masa lagi. Mereka yang benar-benar menghayati dan mendapat faedah dari kedatangan Ramadhan dengan menikmati kemanisan iman dan peningkatan takwa yang datang bersamanya sudah tentu menghadapi saat-saat perpisahan ini dengan penuh kesedihan berbaur kebimbangan dan pengharapan.

Sedih mengenangkan perpisahan dengan bulan yang dikasihi ini. Bimbang adakah amalan diterima dengan tahap penghayatan yang tidak seberapa. Berharap agar dosa-dosa diampunkan, dikembalikan kepada fitrah serta berharap agar bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang. Inilah sikap yang diriwayatkan daripada sebahagian para salaf. Mereka berdoa kepada Allah S.W.T selama enam bulan agar dipertemukan dengan Ramadhan. Setelah itu mereka berdoa pula selam enam bulan berikutnya agar Allah S.W.T menerima amalan mereka di bulan Ramadhan yang berlalu.

Semoga Allah mengurniakan kita himmah yang tinggi dalam beragama seumpama mereka. Marilah kita menghantar pulang Ramadhan kali ini hingga ke 'hujung desa'. Ibarat menjamah juadah yang paling kita gemari, janganlah kita tinggalkan Ramadhan kali ini bersisa sedikitpun. Ibarat suatu perlumbaan marathon yang kita sertai, apalah gunanya kita hebat di peringkat awal larian hanya untuk lemah-lesu ketika menuju garisan penamat. Marilah kita rebut setiap ketika yang berbaki di bulan Ramadhan kali ini dan mengisinya dengan sebaik mungkin.

Sesungguhnya La hawla wala quwwata illa billah al-'Aliyyil 'Adzim yang maksudnya, "Tiada daya (menghindari maksiat) dan tiada kekuatan (melakukan ketaatan) melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung".


Sumber: I LUV Islam

Friday, August 19, 2011

Kenapa Lailatul Qadar Sangat Istimewa?

1 comments
Bagi umat Muhammad saw yang pendek hayatnya, malam yang istimewa ini adalah peluang yang terbaik buat kita semua untuk memburu habuan dan redha dari Ilahi. Firman Allah swt :

"Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadar itu ? Lailatul Qadar itu lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar". (Surah al-Qadr 1-5)

Apakah keistimewaan Lailatul Qadar yang boleh kita pelajari daripada ayat-ayat ini?

Sesungguhnya sangat banyak kemuliaan Lailatul Qadr, secara ringkasnya ialah....

1 - Allah swt telah menurunkan Al Qur'an ke langit dunia pada malam Lailatul Qadar ini.

2 - Allah swt mengagungkan malam ini dengan bentuk pertanyaan, "Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?" (Surah al-Qadr, ayat 2)

3 - Ibadah yang dilakukan pada Lailatul Qadar adalah lebih baik dari ibadah yang dilakukan selama seribu bulan (83 tahun).

4 - Para malaikat bergerombolan turun pada malam ini dengan membawa rahmat, berkah dan ketenangan.

5 - Keamanan dan keselamatan meliputi orang-orang yang beriman pada malam ini dan para malaikat terus menerus mendo'akan keselamatan mereka.

6 - Inilah kesempatan terbaik untuk memohon pengampunan dosa daripada Allah swt.

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi saw bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala maka akan diampuni dosa-dosanya yang lalu. Barangsiapa solat pada Lailatul Qadar kerana beriman dan mengharapkan pahala maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah berlalu." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Daripada Aisyah r.ha bahawa Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud :

"Berusahalah mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan." (Hadith Riwayat Bukhari)

Sumber: I LUV ISLAM


Thursday, August 18, 2011

Program Tadarus Al-quran dan Tazkirah

0 comments
Bersempena dengan kedatangan Ramadhan kali ini, Panatia Pendidikan Islam telah mengatur beberapa program yang mana boleh memberi manfaat kepada semua guru dan murid-murid dalam menjalani ibadah puasa.Antara program-program yang telah dirancang dan dijalankan ialah Tazkirah Ramadhan. Sepanjang bulan Ramadhan ini, semua ustaz dan ustazah akan meyampaikan tazkirah mengenai Ramadhan dimana tazkirah akan disampaikan pada setiap hari bermula Isnin sehingga hari Jumaat.Dengan adanya program tazkirah ini, sedikit sebanyak memberi kita input yang baik dan bagus.Daripada tidak tahu kepada tahu, daripada buruk kepada yang baik.

Di samping itu juga, Panatia Pendidikan Islam telah mengatur Program Tadarus Al-quran yang mana para peserta dikalangan guru dan pelajar-pelajar tahap 2.Program Tadarus Al-quran ini dibahagikan kepada 10 kumpulan yang mana setiap kumpulan terdiri daripada 15 orang murid.Setiap kumpulan pula akan di ketuai oleh seorang Naqib dan Naqibah, manakala Naqib dan Naqibah pula akan dibantu oleh 2 orang guru bagi membantu mereka.


Ustazah Siti Nur Eishah meyampaikan tazkirah dengan penuh semangat


Penyampaian tazkirah yang disampaikan oleh Ustazah Norhafizah didengar denganpenuh khusyuk oleh murid-murid



Cikgu Afendi bersama kumpulannya sedang tekun membaca Al-quran


Kumpulan Ustaz Nazari sedang menyemak bacaan ahli kumpulan

Begitu tekun Ustaz Aris Hazlan bersama kumpulan bertadarus

Ahli Kumpulan Cikgu Alakari mendengar bacaan daripada ahli kumpulannya


Cikgu Naeman sememangnya sentiasa meluangkan masa yang kosong untuk bertadarus dengan murid


P/s: Terima Kasih diucapkan kepada semua guru-guru dan murid-murid yang terlibat.
Semoga semua usaha kita mendapat keredhaan Allah s.w.t

Sunday, August 14, 2011

Modul KSSR Pendidikan Islam Tahun 1

1 comments
Modul KSSR Pendidikan Islam Tahun 1.
Boleh Download sekarang merangkumi Modul Al-quran, Modul Akidah, Modul Ibadah, Modul Akhlak, Modul Sirah dan Modul Jawi.


Untuk muat turun sila KLIK Download bagi setiap modul


Modul Al-quran
Download Di sini

Modul Akidah
Download Di sini

Modul Akhlak
Download Di sini

Modul Sirah
Download Di sini

Modul Jawi
Download Di sini



Friday, August 5, 2011

Indahnya Ramadhan

0 comments
Kalau ku tahu, indahnya Ramadhan, tidak aku sia-siakannya. Ramadhan kali ini menyedarkan aku tentang indahnya berpuasa, indahnya solat sunat Terawih, indahnya taddarus al-Quran, indahnya bersedekah.

Saban malam ku berkunjung di surau berdekatan untuk solat Insya' seterusnya solat sunat Terawih berjemaah. Keindahannya tidak terucap dengan kata-kata.

Solat sunat Terawih empat (4) rakaat diikuti tazkirah oleh ustaz jemputan kemudian empat (4) rakaat lagi diikuti dengan solat sunat Witir tiga (3) rakaat. Jumlah keseluruhan 11 rakaat, begitulah saban tahun aktiviti di surau berdekatan rumahku. Setiap hari ada ustaz jemputan yang akan menyampaikan tazkirah.

" Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu Syurga, ditutup rapat pintu Neraka dan ditambat para Syaitan, Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi. "
(Hadis Riwayat Ahmad dan an-Nisai)

Dan puasa itu merupakan perisai, maka janganlah seseorang yang berpuasa itu berkata keji dan meninggikan suara atau mencaci maki. Dan seandainya dicaci oleh seseorang atau diajaknya berkelahi hendaklah dijawabnya: "saya ini berpuasa, saya ini berpuasa!" (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan an-Nisa'i)

Secara tidak langsung, amalan dipertingkatkan pahala digandakan, ilmu juga ku perolehi. Alhamdulillah, ALLAH masih memberiku kesempatan untuk sama-sama meraikan bulan yang penuh keberkatan ini dengan pengisian amalan dan ilmu.

" Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan memberi manfaat kepada orang-orang yang beriman."
(Surah Azzariyat: 57)

"Demi masa, sesungguhnya manusia benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran."
(Surah al-Asr: 1-3)

Sepuluh hari permulaan puasa ku mengharapkan rahmat dari ALLAH, sepuluh hari mendatang ku mengharapkan maghfirah dan sepuluh hari di penghujungnya ku mengharapkan kebebasan dari api Neraka.

Ramadhan,
Jika dulu aku sia-siakan kedatanganmu,
Kini aku menghargai kedatanganmu,
Setiap harimu, tak ku biarkan ia berlalu begitu sahaja,
Biarpun walau sedetik,
Ku alunkan irama merdu kitab Kalamullah,
Bait-bait indah ku hayati satu persatu,
Helaian demi helaian,
Terasa damainya hati,
Tatkala irama merdu itu berkumandang.

Ramadhan,
Jika dulu aku sia-siakan pemergianmu,
Kini pemergianmu ku tangisi,
Aku rindukan saat-saat indah bersamamu ya Ramadhan,
Aku rindukan solat sunat Terawih,
Aku rindukan taddarus al-Quran,
Aku rindukan malam Lailatul Qadar
Aku rindukan siang dan malammu ya Ramadhan,
Rindu siangmu untuk berpuasa,
Rindu malammu untuk berterawih,
Rindu siang dan malammu untuk menggandakan pahala.

Ramadhan,
Andai aku diberi peluang,
Melayari hari-harimu yang mendatang,
Tidak akan aku persiakan,
Akan ku penuhi hari-harimu,
Dengan amalan yang berlipat kali ganda.
Insya-Allah.

"Puasa Itu Sebahagian Daripada Kesabaran."

-Artikel www.iluvislam.com

Thursday, August 4, 2011

Ramadhan Terbaik

0 comments
Amalan yang paling utama di bulan Ramadhan ialah puasa. Puasa difardhukan pada siang hari sepanjang bulan Ramadhan. Untuk mencapai puasa yang sempurna kita hendaklah memiliki ilmu tentang bagaimana melaksanakan puasa yang sebenarnya sebagaimana yang dituntut oleh Syara'. Oleh itu, ada baiknya sebelum menjelang Ramadhan kita mengulangkaji ilmu-ilmu tentang puasa merangkumi;

1. Rukun-rukun puasa serta sunat-sunatnya
2. Perkara-perkara yang membatalkan puasa
3. Perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa
4. Serta segala yang berkaitan dengan ibadah puasa

Selain itu, kita juga perlu mempelajari puasa dari sudut batin atau rohaninya supaya puasa kita akan mendatangkan lebih kesan kepada jiwa dan roh kita. Imam al-Ghazali membahagikan darjat puasa manusia kepada tiga bahagian;

1. Puasa umum : iaitu berpuasa dengan menahan perut dan faraj (kemaluan) dari menikmati keinginannya (makan, minum dan sebagainya).

2. Puasa khusus : iaitu berpuasa yang disertakan dengan menjaga pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota dari melakukan yang haram atau dosa.

3. Puasa khususul khusus (paling khusus) : iaitu berpuasa dengan menyertakan semua yang tersebut di atas dan menambah lagi dengan berpuasa hati dari segala cita-cita yang kotor dan pemikiran-pemikiran keduniaan dan memesongkan perhatian dari selain Allah sama sekali.

Jadi puasa yang sebenar bukanlah hanya puasa zahir sahaja (iaitu dengan menegah diri dari makan, minum, bersetubuh dan sebagainya) tetapi juga berpuasa batin iaitu dengan menegah diri dari maksiat dan dosa. Seorang yang berpuasa di samping menjaga diri dari makan, minum dan sebagainya, ia juga mesti menjaga anggota-anggotanya dari dosa dan maksiat. Jika tidak ia tidak akan mencapai kesempurnaan puasa sebagaimana yang dikehendaki Allah.

Blog Widget by LinkWithin
 

j-QAF Sk Sulaiman Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template