Jadilah Orang Yang Sentiasa Jujur

Setiap Jejak Akan Tetap di Balas..Jgn Risau Ok

Biar Gambar Berbicara

Tuesday, November 20, 2012

Video Perpisahan Ustaz Aris Hazlan-Ustazah Wan Nur Azfa dan Puan Rostina

0 comments
Video Perpisahan Ustaz Aris Hazlan-Ustazah Wan Nur Azfa dan Puan Rostina. Semoga bergembira ditempat yang baru nanti.


Video Kenangan Bersama 

Tuesday, November 6, 2012

Seminar Jati Diri Guru Pendidikan Islam

0 comments
SEMINAR JATI DIRI GURU PENDIDIKAN ISLAM

Tempat  : Dewan PPD Bentong
Anjuran  : Pekdis Bentong
Tarikh    : 5 November 2012


Assalamualaikum w.b.t Bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana diberikan kita nyawa untuk meneruskan hidup sebagai khalifah di muka bumi ini. Sebagai tirai penutup untuk tahun 2012 ini,Unit Pendidikan Islam Daerah Bentong melabuhkan tirainya dengan satu Program yang terakhir.Program yang terakhir pada tahun ini ialah Seminar Jati Diri Guru Pendidikan Islam yang mana sekaligus meraikan perpisahan Ustaz Ahmad Hamizi yang telah bertukar daripada JPNP sebagai Ketua Operasi Dakwah ke negeri Melaka.Pertukaran beliau adalah disebabkan beliau menjadi Pengetua disebuah SM Kluster di salah sebuah negeri Melaka. 

Oleh itu, kami doakan agar Ustaz Hamizi dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan buat yang terbaik.Kami ucapkan SELAMAT BERTUGAS DI SEKOLAH BARU. 

Pendaftaran Seminar Jati Diri GPI
Antara urusetia Seminar Jati Diri GPI yang mana SK Sulaiman menjadi Tuan Rumah
Bacaan doa diketuai oleh Ustaz Nazari Mansor bagi mendapatkan barakah majlis tersebut
Antara GPI yang hadir pada Seminar Jati Diri GPI
Sedang khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Hamizi
Ucapan aluan daripada wakil PPD, Ustaz Zamri bin Basri,Pegawai j-QAF Daerah Bentong
Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Hamizi
Begitu bersungguh dan bersemangat Ustaz Hamizi menyampaikan ceramahnya kepada GPI Daerah Bentong

Penyampain Sijil Penghargaan kepada Guru Besar Sk Sulaiman, En. Azor bin Yusof selaku tuan rumah untuk program kali ini.
Ustaz Zamri menyampaikan cenderamata kepada Ustaz Ahmad Hamizi sebagai tanda perpisahan dan bertukar ke Melaka menjadi Pengetua di SMK.


Sunday, November 4, 2012

Kem Ibadah Tahun 6

2 comments
KEM IBADAH TAHUN 6 2012 
Tempat : Tapak Perkhemahan Sk Sulaiman 
Tarikh : 9-11 November 2012 



9 November 2012 - Panitia Pendidikan Islam Sk Sulaiman telah mengadakan Kem Ibadah Tahun 6 2012. Alhamdulillah segala program berjalan dengan lancar di atas komitmen tinggi guru-guru Sk Sulaiman.Mudah-mudahan program seperti ini dapat diteruskan lagi dan diberikan penambahbaikkan bagi memantapkan lagi program ini.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar kerana dapat hadir 3 hari berturut-turut sepanjang program ini dan memberikan komitmen yang baik dlaam menjayakan program ini. Di samping itu juga, terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang hadir dalam membantu melancarkan program Kem Ibadah ini. Inilah kerjasama yang kita perlu kekalkan dalam menjayakan sesebuah program.
Ustaz Al-Hisyam menjadi imam solat Asar berjemaah bersama peserta
Pelajar perempuan juga menunaikan solat Asar berjemaah
Taklimat disampaikan oleh Kem Komanden (Ustaz Al-Hisyam) kepada para peserta Kem Ibadah Tahun 6 Sk Sulaiman
Peserta diberikan pendedahan dalam mendirikan khemah
Cikgu Rozita turut membantu peserta mendirikan khemah
Antara guru- guru yang turut membantu dalam menjayakan Kem Ibadah Tahun 6
Peserta menjamu selera di tempat yang telah disediakan.
Kuliah Magrib yang disampaikan oleh Ustaz Zamri bin Basri (Pegawai j-QAF Daerah Bentong)
Slot Pertama (Ice Breaking) yang dikendalikan oleh Ustaz Al-Hisyam
Cikgu Affindi turut membantu dalam Slot Ice-Breaking.
Peserta Kem Ibadah melakukan senam pagi
Ustaz Al-Hisyam selaku pengacara majlis.Kelihatan YDP PIBG Sk Sulaiman, Tuan Imam Azahari (Imam Masjid Bentong) yang akan bersama peserta Kem Ibadah Tahun 6
Sesi soal jawab bersama Tuan Imam Azahari

Saturday, November 3, 2012

Panorama Bilik j-QAF Baru

0 comments
Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua guru j-QAF,GPI dan guru yang terlibat dalam membantu menyiapkan mural.Nampak ceria sikit bilik j-QAF Sk Sulaiman.Apapun masih perlu lagi penambahan agar ia kelihatan lebih cantik dan menarik. 

Ustazah Nurul Huda sedang meneliti sesuatu di dinding mural
Bergambar di bahagian belakang bilik j-QAF

Ruang belajar dan rehat di bahagian bawah tangga
Ruangan depan Taman j-QAF hasil kreativiti ustazah-ustazah Sk Sulaiman

Blog Widget by LinkWithin
 

j-QAF Sk Sulaiman Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template