Jadilah Orang Yang Sentiasa Jujur

Setiap Jejak Akan Tetap di Balas..Jgn Risau Ok

Biar Gambar Berbicara

Sunday, May 30, 2010

Kalimah Allah di kasut Crocs..Korok Betul..

21 comments
"Kasut Crocs yang menjadi trend di Malaysia kini kerana ianya mudah dipakai dan selesa. Di mana-mana orang menjual kasut crocs ni, di pasaraya, di pasar malam malah di tepi-tepi jalan. Ada jer canopy segera dipasang untuk menjual kasut crocs.

Kalau dah di pasar malam tu terang-teranglah ia adalah kasut crocs tiruan. Berhati-hati membeli kasut crocs tiruan ini kerana saya mendapat email berkenaan lambang crocs tiruan ini yang ada iras-iras kalimah Allah. Mungkin orang kata saya ni terlalu sensitif, takpelah bab-bab agama ni kita memang perlu sensitif terutama ianya akan dijadikan alas kaki.

Isu-isu macam ni, susah kita nak merungkaikan dan membuat kesimpulan sama ada ianya hanya sebagai kebetulan atau memang disengajakan melainkan orang yang mencipta logo tersebut yang mengetahui. Sama ada memang mereka sengaja nak merosakkan agama Islam ni. Lagi-lagi bila kalimah Allah yang suci sepatutnya di hormati terletak di tapak kaki kita sendiri.




Ini adalah soalan yang ditanya mengenai ISU CROCS yang mana dijawab oleh Ustaz Noramin.

Assalamualaikum,


Now, ramai dah mula bercakap mengenai kasut crocs mempunyai kalimah Allah pada logonya. Saya harap ustaz dapat memeberi pandangan dalam hal ini. Boleh dikatakan ramai orang Malaysia pakai brand ini samada original mahupun yang tiruan.

Jawapannya

Umat Islam dari zaman Nabi Muhammad sehingga sekarang tidak sepi dari cubaan musuh Islam untuk menyesatkan akidah umat Islam. Berbagai cara, teknik dan metode mereka gunakan untuk jatuhkan akidah umat Islam. Dahulu mereka gunakan teknik kekerasan iaitu peperangan, pembunuhan dan penindasan untuk menyekat kebangkitan umat Islam..

Tetapi teknik ini seringkali menghadapi jalan kegagalan dan kebuntuan musuh Islam. Sekarang mereka menggunakan kaedah baru iaitu dengan menggunakan psikologi, hiburan, budaya dan penindasan. Mereka masukkan siaran-siaran yang melalaikan seperti filem-filem keagamaan mereka, pelakon yang tidak menutup aurat, 18 sx dan sebagainya. Teknik baru yang digunakan oleh musuh Islam ini sangat berkesan sehingga dapat memecahkan beberapa fahaman umat Islam, di antaranya ialah seperti Islam librare, Islam sikular, Islam Moden, Islam Tradisional dan sebagainya. Apabila Islam telah berpecah mudah bagi mereka untuk menghancurkan Islam sepertimana yang telah berlaku kepada zaman kejatuhan pemerintahan Khalifah Uthmaniah Turkey. Sekarang umat Islam tidak terbela lagi sehingga darah daging umat Islam sama nilainya dengan ikan-ikan busuk di pasar malam dan pasar minggu.

Umat Islam sekarang menghadapai masalah sosial yang paling serius dan susah untuk diubati lagi, kecuali dengan undang-undang Islam. Sering kita dengari di dalam media masa, umat Islam paling ramai dengan sumbang mahram, seks bebas, buang anak, penyalah gunaan dadah, rempit, malas belajar dan sebagainya. Ini semua berlaku adalah dari agenda terancang musuh Islam dahulu, kini dan selamanya hingga kiamat.


Yang Terbaru, ialah penghinaan Kalimah Allah di kasut, tatu badan, rantai samseng, tali pinggang dan sebagainya. Ini semua merupakan penghinaan kepada agama Islam dan umat Islam. Selagi mana umat Islam tidak bersatu, maka selagi itulah musuh Islam berani untuk menghina Islam. Sebenarnya saya dah buat satu artikel berkaitan masalah ini, klik sini untuk membacanya.


Kembali kepada perbahasan asal artikel ini, masalah logo kepada kasut crocs yang hangat diperkatakan oleh orang sekarang ini. Setelah saya lihat logonya memang sangat serupa dengan kalimah Allah sama ada original atau tiruan. Pendapat saya, lebih baik elak dari membelinya dan elak dari memakainya, kerana kita dikira bersekonkol melaksanakan kerja jahat syarikat tersebut dalam menjatuhkan maruah Islam. Walaupun kita kuat sembahyang, tutup aurat, kuat sedekah dan berbagai ibadah yang lain kita buat, tetapi masih menggunakan kasut berlogo kalimah Allah, maka tiada gunanya ibadah kita selama ini, kecualilah kepada orang yang tidak tahu bahawa kasutnya ada kalimah Allah. Inilah yang disifatkan oleh Nabi Muhammad bahawa umatnya di akhir zaman diibaratkan seperti buih atau sampah di lautan, tiada tindakan yang boleh dibuat untuk membasmi masalah kasut logo kalimah Allah ini.


Saya percaya ada sebahagian umat Islam akan mengatakan bahawa “inilah kerja ustaz dan orang agama itu tak boleh ini tak boleh semua haram”. Ada yang kata “alamak ustaz kasut nih sedap pakai dari kasut-kasut lain, kerana ia mudah dan senang, nak ambil air wuduk pun mudah nak pi jamban pun mudah”. Anda semua perlu ingat, Walau apa cara sekalipun hatta menggadaikan harta dan nyawa untuk mempertahankan Islam, maka wajib kita kena buat dan tiada terkecuali, kerana menjaga agama adalah kewajipan bagi umat Islam semua. Biarlah susah sikit untuk perkara dunia dan senang untuk perkara akhirat. Ganjaran sangat besar bagi orang yang sanggup mengorbankan dirinya untuk menagih cinta Ilahi. Kerja sebagai seorang Ustaz atau pendakwah ini sangat berat dan membetulkan salah orang, kalau bukan ustaz membetulkan salah orang siapa lagi. Adakah artis akan membetulkan salah masyarakat? Jelas ini memang kerja ustaz dan pendakwah, memang kena tegur kesalahan orang dan bukan menegur kesalahan binatang atau haiwan.


Saya seru kepada semua, jom kita boikot syarikat kasut tersebut dengan rasa sensetifnya terhadap penghinaan kalimah Allah tersebut. Inilah cara yang kita mampu buat dari yang lain dan kita sama-sama doakan agar kerajaan mengambil tindakan yang tegas terhadap syarikat-syarikat yang meletakkan kalimah Allah kasut dan sebagainya. Sebagai tanggungjawab Islam, maka wajiblah kita menyampaikan perkara kebaikan kepada saudara-saudara sesama Islam mengenai masalah ini. Saya akan buat aduan JAKIM tentang masalah kasut yang menggunakan kalimah Allah ini, sebagai rasa bertanggungjawab.



SATU LAGI PENGHINAAN TERHADAP ISLAM





Bagaimana pula pendapat ANDA mengenai isu ini..Cikgu pasti ramai antara kita yang mempunyai selipar Crocs..Jadi bagilah pendapat anda setelah membaca artikel ini..Cikgu hargai setiap komen ANDA semua..


Monday, May 24, 2010

PELUANG MEMBEBASKAN DIRI DARI HUTANG

0 comments





Bermula 1 Mei 2010, Bank Islam terbesar di dunia, Al Rajhi Bank menawarkan kepada anda (khususnya ustaz ustazah j-QAF yang dah confirm) pembiayaan peribadi istimewa dengan pilihan:

1. Sama ada anda membayar balik pembiayaan seperti biasa, atau
2. Anda membayar sebahagian, atau
3. Anda tak perlu bayar langsung, serahkan kepada Al Rajhi melangsaikan hutang anda.

Bagaimana?

Anda buat pembiayaan peribadi menerusi Al Rajhi Bank antara 10k - 150k yang boleh dibuat pilihan jadual pembayaran balik sehingga maksima 20 tahun dan kadar keuntungan 5.05% bagi tahun pertama dan kedua (6.29% tahun-tahun berikutnya). (Pembiayaan ini dibuat dengan aqad Bai'ul Inah dan Al Bai' Bithaman Ajil.)

Kemudian, anda perkenalkan pembiayaan ini kepada rakan anda. Bagi setiap orang yang anda perkenalkan dan lulus permohonannya, maka bank akan membayar kepada anda saguhati sebagai ucapan terima kasih kerana memperkenalkan produknya sebanyak antara 1% hingga 1.3% dari jumlah pembiayaannya.

SETIAP BULAN pula, anda akan diberi saguhati oleh bank sebanyak 3.15% daripada jumlah bayaran balik bulanan. Bayaran kedua ini bergantung kepada tempoh bayaran balik. Jika dia buat loan selama 15 tahun, maka 15 tahunlah bank akan bayar kepada anda.

Katakan sahabat anda itu buat loan selama 15 tahun. Dan katakan 3.15% itu ialah RM100.00, maka setiap bulan bank akan bayar kepada anda sebanyak RM100 selama 15 tahun. Kalau dapat 5 orang macam tu, dah RM500.

SETERUSNYA rakan anda itu pula bila dia perkenalkan kepada orang lain pula maka dia akan dapat hadiah dari bank dan anda juga akan dapat jumlah yang sama... Hinggalah kepada generasi yang ke empat. Adapun generasi ke5, anda tak dapat apa-apa lagi sebab dah jauh sangat.

So, tika itu anda boleh buat arahan kepada bank untuk pindahkan bonus anda itu ke akaun bayaran kembali hutang anda. Lebihannya anda dapatlah RMnya. Simple bukan.

TAWARAN HEBAT (Hingga 30 JUN ini sahaja)

1. Setiap permohonan dari 1 Mei hingga 30 Jun akan berpeluang mendapat cabutan bertuah TV LCD 50" bagi yang memohon lebih dari 20k.

2. Keuntungan bank diturunkan dari 6.99% kepada 5.05% (2 tahun pertama) dan 6.29% (tahun-tahun berikutnya)

3. Tempuh pembiayaan dilanjutkan hingga 20 tahun (sebelum ni hanya 15 tahun)

4. Boleh mohon hingga 60% gaji bersih bulanan.

Jadikan anda orang pertama menghubungi perunding-perunding kami:

019-9602045 (Abg Lan)
019-6977224 (En M'hasan)
017-9006357 (En Naz)

Untuk maklumat lanjut, layari:




Monday, May 10, 2010

GURU, MU'ALIM, MU'ADDIB,MURABBI,MURSYID, DAN MUDDARIS

1 comments
Perkataan guru adalah hasil gabungan dua suku kata iaitu `Gur' dan `Ru'. Dalam bahasa jawa, Gu diambil daripada perkataan gugu bermakna boleh dipercayai manakala Ru diambil daripada perkataan tiru yang bermaksud boleh diteladani atau dicontohi. Oleh itu, guru bermaksud seorang yang boleh ditiru perkataannya, perbuatannya, tingkah lakunya, pakaiannya, amalannya dan boleh dipercayai bermaksud keamanahan yang dipertanggungjawabkan kepadanya untuk dilakukan dengan jujur.

Guru yang berwawasan bertindak sebagai mu'alim, mu'addib, murabbi, mursyid, muddaris dan dalam masa yang sama sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor yang sentiasa komited dengan kerjayanya iaitu menumpukan perhatian dengan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas.

Mu'allim berasal dari perkataan Arab yang bererti guru. Ia juga bermaksud pengajar yang mencurahkan ilmu pengetahuan untuk anak didiknya. Seorang mu'allim lebih menumpukan kepada ilmu akal.Sebagai guru yang bersifat mu'allim, isi kandungan pendidikan perlu disampaikan berserta ilmu yang berkaitan dengan nilai-nilai murni dalam proses melahirkan insan bermoral.

Murabbi dalam Islam membawa maksud yang lebih luas melebihi tahap mu'allim. Konsep Murabbi merujuk kepada pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari. Guru murabbi lebih menumpukan penghayatan sesuatu ilmu, sekali gus membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya. Tugas murabbi lebih berlegar di hati. Spiritual Quotient (SQ) dapat dibentuk di dalam diri murid-murid kerana pengajaran berbentuk nilai murni ini boleh diperkukuhkan dengan memberi kesedaran, keyakinan dan juga melalui amalan.

Muddaris adalah pengajar yang selari dengan perkataan guru. Peranan guru adalah untuk memperkembangkan kemahiran dalaman dan luaran murid-murid. Guru boleh membantu murid-murid untuk hal-hal yang tidak mereka ketahui dan faham. Sikap peribadi dan penampilan diri memerlukan kemahiran untuk dikuasai oleh murid-murid.

Mu'addib (Ta'dib) berasal dari perkataan adab iaitu bererti budi pekerti. Mu'addib juga membawa maksud yang hampir kepada istilah mentor. Mu'addib adalah pemupuk adab, akhlak, nilai atau proses pembentukan disiplin dan sikap murid bagi membentuk sahsiah. Peranan mu'addib adalah menyiapkan mu'addab yang dapat melaksanakan pekerjaan-pekerjaan berat yang diletakkan di atas bahu mereka pada masa hadapan. Guru mu'addib bukan sahaja perlu mengajar nilai-nilai murni tetapi mesti mengamalkan nilai-nilai murni tersebut. Mu'addib mempunyai budi pekerti yang tinggi, membina kecergasan akal dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menitik beratkan potensi insan berakhlak mulia dan seimbang.

Mursyid bermaksud seseorang yang pakar dalam memberi tunjuk ajar terutamanya dalam bidang kerohanian. Mursyid secara istilahnya merupakan mereka yang bertanggungjawab memimpin dan membimbing perjalanan rohani murid untuk sampai kepada Allah S.W.T dalam proses tarbiah yang teratur. Mursyid bertanggungjawab untuk mengajar dari sudut zahir (syariat) dan makna (batin). Tugas membentuk kepimpinan insan merupakan tugas yang berat dan perlu dilaksanakan oleh guru.

Hai hambaku! Aku tiada meminta harta benda kepada kamu (sebagai upah) bagi seruanku. Upahku hanyalah dad Allah ... (Maksud Al-Qur' an 11 :29) Dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu, iaitu orang-orang yang beriman.(Maksud Al-Qur'an 42:215)

Berdasarkan dua ayat Al-Qur' an di atas, ikhlas adalah sifat yang paling utama bagi seorang mursyid. Ini bermakna, guru yang mursyid ialah guru yang sedia menjadi seorang penasihat yang ikhlas.

Hmm...hebatkan peranan guru! Hakikatnya guru sememangnya dipandang tinggi dan merupakan suatu pekerjaan yang murni dan mulia. Janganlah ada di antara guru-guru yang hanya mementingkan pangkat dan gaji semata-mata tanpa memikirkan tanggungjawab membentuk manusia menjadi insan yang terpuji sifat dan peribadinya sesuai dengan tema sambutan hari guru, "Guru pembina negara bangsa."

Teringat aku akan teman seperjuangan yang telah bersara tempoh hari. Walaupun telah bersara, sesekali Cikgu Melur akan datang juga ke sekolah menjenguk kawan-kawan. Dalam hatinya terasa rindu kepada suasana persekolahan yang telah sebati di dalam jiwa. bBegitulah guru. Walaupun telah bersara panggilan keramat "cikgu" tetap dibawa ke mana saja mungkin juga hingga ke liang lahat.

Apa Pandangan Anda Terhadap Peranan dan Pekerjaan Sebagai Guru..??


Blog Widget by LinkWithin
 

j-QAF Sk Sulaiman Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template