Jadilah Orang Yang Sentiasa Jujur

Setiap Jejak Akan Tetap di Balas..Jgn Risau Ok

Biar Gambar Berbicara

Monday, May 30, 2011

Selamat Hari Lahir Guru Besar Mr. Azor

0 comments
27 hb Mei 2011- Sk Sulaiman telah membuat satu kejutan dimana semua guru-guru Sk Sulaiman berganding bahu dalam menyambut Hari Kelahiran Guru Besar Sk Sulaiman.Seperti sebelum ini, hanya Guru Besar sahaja yang memberikan cenderehati kepada guru-guru yang akan meyambut hari lahir..Tetapi kali ini, semua guru Sk Sulaiman telah membuat persediaan yang rapi dalam menyambuat Hari Lahir Guru Besar Sk Sulaiman, En. Azor bin Yusof.

Pada hari sambutan tersebut, Guru Besar berarak ke tapak perhimpunan yang mana disambut oleh barisan murid-murid dari Pra-sekolah dan diapit oleh pembawa bunga manggar ke tapak perhimpunan. Seterus majlis dipengerusikan oleh Cikgu Omar dan bacaan doa diketuai oleh Ustaz Nazari Mansor.

Guru Besar disambut oleh Barisan Murid-murid Pra-sekolah Sk Sulaiman ke tapak perhimpunan



Kad Ucapan yang direka khas untuk Guru Besar En.Azor bin Yusof.Semoga beliau panjang umur dan murahkan rezeki.

Acara memotong kek yang diketuai oleh Guru Besar manakala murid-murid Sk Sulaiman menyanyikan lagu Happy Birthday kepada Guru Besar.


Cikgu Wan Mahassan menyampaikan Kad Ucapan sebagai wakil semua guru-guru Sk Sulaiman..




Penyampaian Hadiah dari Cikgu Wan Mahassan (GPK Pentadbiran) kepada guru besar Sk Sulaiman.

Ustazah Norhafizah menerima hadiah sempena kelahirannya juga pada minggu ini
Cikgu Shahnizal (Guru Pendidikan Khas) merangkap Jurulatih Ragbi sedang bersalaman dengan Guru Besar sambil menunggu hadiah..Huhu

Cikgu Nazim (Guru Muzik) menerima hadiah Hari Lahir daripada Guru Besar

Sunday, May 29, 2011

e-Pelaporan 2011 (V11)

0 comments
Salam Kepada Semua Sahabat j-QAF dan semua GPI..Kali ini e-pelaporan menjelma lagi.Rutin yang bakal tiba bagi semua guru j-QAF dan GPI.Untuk tahun ini kita ada engine baru iaitu e-laporan V11. Bagi mereka yang belum mendownload boleh muat turun program tersebut dibawah ini.

ESATU-ETIGA
Download Here

EEMPAT-EENAM
Download Here

ESEKOLAH
Download Here

Perhatian Bagi j-QAF Daerah Bentong.Pengumpulan data akan dikutip pada:
14 Jun 2011 (Selasa)

Diharapkan semua data-data dapat dikumpulkan pada tarikh tersebut.Sekian.

Monday, May 16, 2011

Kami Sayang Guru Kami

4 comments

Saturday, May 14, 2011

Kem Bestari Solat Tahun 5 & 6 Fasa 1

0 comments
Kem Bestari Solat Sk Sulaiman kembali lagi...Sekarang ni Panitia Sk Sulaiman sebulat suara bersetuju untuk mengadakan KBS setiap minggu..Paling sikit pun dalam seminggu mesti ader buat..Baik kali ini Kem Bestari Solat Tahun 5 & 6 Fasa 1 diadakan..Bagi mereka yang sudah senior ini, slot mereka adalah Slot Ceramah (Masbuq dan Muafiq) yang mana ceramah tersebut disampaikan oleh Ustaz Aris Hazlan Ismail. Slot Masbuq dan Muafiq ni berjalan selama 1jam 15minit yang mana sepenuh diterangkan oleh Ustaz Aris.Slot ini memang mendapat perhatian daripada murid kerana di dlam slot ini bukan sahaja dapat mendengar penerangan malahan juga mereka ini ditunjukkan cara mengenai Masbuq dan Muafiq.


Ustaz Aris Hazlan memberikan penerangan dan tunjuk ajar mengenai Masbuq dan Muafiq

Antara barisan Fasilitator yang turut menjayakan Kem Bestari Solat Tahun 5 & 6 Fasa 1

Sebahagian murid yang menghadiri Kem Bestari Solat Tahun 5 & 6






Kem Bestari Solat Tahun 1 Fasa 1

2 comments
1 April 2011-Panitia Agama Islam mengadakan Kem Bestari Solat Tahun 1 Fasa 1. Ini merupakan Kem Pertama untuk murid tahun 1 di sekolah ini dimana minat mereka semua untuk mendekatkan diri kepada solat amat menggalakkan. Begitu juga dengan sokongan ibu bapa yang mana mengharapkan anak mereka menjadi seorang insan yang soleh dan taat kepada perintah Allah.

Program ini dijalankan pada hari jumaat, iaitu selepas Solat Jumaat.Bermula jam 2.30petang semua murid tahun 1 dan barisan fasilitator berkumpul di Surau Sk Sulaiman untuk sedikit taklimat dan pembahagian kumpulan. Untuk KBS Tahun 1 Fasa 1 ini, murid-murid akan didedahkan dahulu dengan bacaan niat agar mereka sentiasa mengingati bilangan rakaat setiap solat agar mereka semua tidak keliru..

Slot Bacaan niat bermula jam 2.45 petang dimana murid akan dilatih untuk membaca Niat Solat mengikut kumpulan dan Fasilitator masing. Jam 3.45 petang pula akan disambung dengan Slot Wudhuk di mana mereka akan diajar tentang anggota- anggota wudhuk yang perlu dibasuh samada yang rukun mahupun yang sunat.

Ustazah Halipah memberikan penerangan kepada kumpulannya dalam Slot Wudhuk

Bagitu tekun Ustazah Azizah memberi tunjuk ajar kepada anak didiknya

Kelas dari 1 Jaguh sedang diberi tunjuk ajar oleh Ustazah Norhafizah

LENSA KEM BESTARI SOLAT





Blog Widget by LinkWithin
 

j-QAF Sk Sulaiman Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template