Jadilah Orang Yang Sentiasa Jujur

Setiap Jejak Akan Tetap di Balas..Jgn Risau Ok

Biar Gambar Berbicara

Wednesday, December 23, 2009

Mencarut..Mencarut...dan Mencarut..



Salam,

Entri ini ditulis berdasarkan keadaan semasa. Saya sebagai manusia biasa pun pernah mencarut. Tetapi sekurang-kurangnya, saya tidak jadikannya sebagai bahan rutin yang dikeluarkan dari mulut anugerah ALLAH.

Mulut ini dicipta oleh Allah adalah untuk mengatakan perkataan baik seperti membaca quran berzikir, berkata benar dan sebagainya. Mencarut bukan benda yang main-main, ALLAH sangat membenci orang yang suka mencarut. Malah Rasululullah sendiri pernah bersabda dalam hadith di dalam sahih Muslim :

Diriwayatkan daripada Abdullah Ibnu Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Bukan dari golongan kami orang yang menampar pipinya, mengoyak-ngoyak saku bajunya atau berdoa dengan doa orang-orang jahiliah

Berdoa dengan doa orang-orang jahiliyah yang dimaksudkan di hadith tersebut ialah mencarut. Bayangkanlah kebencian rasulullah terhadap orang-orang yang mencarut sehinggakan baginda tidak mengaku umatnya. Mampukah kita selamat diakhirat kelak tanpa mendapat label sebagai seorang umat rasulullah.

Cukupkah amalan kita untuk masuk ke syurga jika rasulullah tak mengaku kita sebagai umat? Syafaat (privillege) umat rasulullah amat besar di akhirat kelak, maka rugilah kita sebagai umat rasulullah secara automatik, tidak diakui oleh rasulullah sebagai umatnya.

Mencarut boleh jadi dalam berbagai bentuk, boleh jadi dalam bentuk percakapan bahkan untuk zaman yang serba canggih, internet dan komputer ini, penulisan di blog ataupon di laman2 web sosial seperti Facebook dan sebagainya menjadi media untuk mereka meluahkan perasaan mereka. Semakin lama semakin mudah untuk kita mencarut. Sehinggakan seorang yang bisu, buta pon boleh mencarut.

Ingatlah sahabat, perbuatan yang keji dan terkutuk ini tak sepatutnya ada pada kita sebagai umat islam dan umat rasulullah. Hidup kita takkan menjadi berkat jika kita dibenci. Bukan hanya dibenci orang, malah ALLAH dan RasulNya pon membencinya. Mana lagi ruang kita nak cari untuk mencari keberkatan?

Dari keberkatan lah kita akan dapat kebahagiaan dunia dan diakhirat, kebahagiaan rumahtangga. Masakan isteri atau suami kita menyukai kita mencarut? selesa dengan cara hidup kita dengan mencarut? Kebahagiaan melalui perkataan carutan? Ada ke? Fikirkanlah wahai sahabatku.

Memang sedap dan puas hati bila kita mencarut. Saya sendiri pun tak menafikannya. Malah saya pun pernah merasainya. Tapi kebaikannya hanya terbatas setakat itu sahaja. Malah keburukannya berganda-ganda banyaknya.

Tak perlu disebutkan lagi keburukan, anda sendiri dapat fikir. Masing-masing berpelajaran tinggi. Tambahan pula, banyak keburukan telah saya sebutkan samada secara langsung atau tidak di awal artikel ini.

Syaitan tak pernah putus asa dalam menggoda kita untuk melakukan perkara yang dilarang. Ingatlah, syaitan lebih senang dan suka hidup bersama mereka yang mengikuti godaan mereka.

Dibenci Allah, Rasul dan masyarakat tetapi disukai syaitan? Adakah itu pilihan kita? Jika itulah pilihan kita, terpulanglah.

Jadi, sahabat-sahabat yang membaca artikel ini, marilah kita berubah ke arah kehidupan yang lebih baik. Niat artikel ini ditulis ikhlas untuk menarik diri ini dan sahabat-sahabat sekalian supaya kembali ke jalan yang diredhai Allah.

Kita nak hidup cool, macho, chill, urban, sempoi, chic or wutever term boleh, tapi ada batasannya. Saya sendiri pun suke kehidupan sempoi-sempoi. Bak kate Mawi, dunia, dunia jugak akhirat jangan lupe. Mintalah berubah jangan jadikanya sebagai rutin.

Sumber: I LUV Islam

21 comments:

tice on December 23, 2009 at 8:13 PM said...

salams MA'AL HIJRAH...

Topik yang menarik utk diperbincangkan..Meme betul MENCARUT itu merupakan adab yang kurang sopan apatalagi diluahkan depan khalayak esp kanak-kanak..mungkin akan jadi IKUTAN dan mungkin mengkibatkan KETAGIHAN jika kerap diamalkan..

TETAPI perlu diingat...ada perkataan yang bila dilafazkan merupakan MENCARUT bagi sesetengah negeri(loghat) walhal perkataan yang sama tidak membawa pengertian MENCARUT bagi negeri-negeri lain..Contoh...perkataan CELAKA MEMBAWA MAKNA BIASA JER BAGI ORANG mELAKA tapi bagi negeri lain perkataan itu membawa erti kasar dan mengguris hati kalau dilontarkan perkataan itu terhadapnya..

Apa-apapun,elakkan lah penggunaan perkataan yang mirip kepada maksud MAKIAN bila berhadapan dengan ornag yang kurang memahami loghat kita..Pendekata,berhati-hati ketika mengeluarkan kata-kata dialek masing-masing takut disalahertikan oleh pendengar yang tak mesra dengan perkataan itu..

Disarankan,kita mempelajari bahasa loghat lain agar kita tidak dihanyutkan dengan sikap SALAH PERSEPSI...

Unknown on December 23, 2009 at 8:57 PM said...

aslmkum wr.wb/salam sahabat
wah sungguh unik untaian kata pada posting ini thnxs n good luck ya

mas on December 23, 2009 at 9:26 PM said...

cammana nak hentikan mencarut nie???
budak pompuan kat kelas mas tu 24jam keja depa mencarut jer...ish,ish,ish...capek deh

farenova on December 23, 2009 at 9:28 PM said...

mencarut...kadang2 saya pun terlepas jugak..tapi mmg tak elok kan...kena hati2 sebab ada setengah orang leh terima , silap cakap ada yg terasa, takpun kena tumbukan hebat huhuhu

Thanks for sharing cikgu(^_^)

Perjalanan Tanpa Noktah on December 23, 2009 at 9:29 PM said...

Bagus dijadikan panduan dan pengajaran. Kena ingat jaga mulut jangan suka MENCARUT...

mr.kordes on December 23, 2009 at 9:30 PM said...

time kaseh mengingatkan...=)

PUAN PIA on December 23, 2009 at 9:35 PM said...

Biasanya mencarut ni disebabkan cara utk menzahirkan ketidakpuasan hati yg melampau..Tp kadang2 ada juga sesetengah org yang saja2 buat mencarut.. Tapi, xsuka dgr bila perempuan mencarut.. Hilang seri seorang perempuan...

Unknown on December 23, 2009 at 10:28 PM said...

entri bagus!

saya dah lama berhenti mencarut. baik buat loyar buruk dari mencarut. itu lebih baik.

Floral Cakes on December 23, 2009 at 10:53 PM said...

"Mencarut?????..." "nak kena cili?.."Mcm tu lah amaran nenek semasa saya masih kecil lagi,tak berani nk mencarut sampai sekarang, rasa malu bila denga org mencarut tp yg pelik nye org yg mencarut sedikit pun tak rasa malu...

Kak Aidah on December 24, 2009 at 12:18 PM said...

Tertarik baca tentang topik ni. Budak2 sekarang kalau bab mencarut ni dah jadi cam bahasa harian mereka je. Takde segan silu langsung. Ada jiran kat umah akak ni, they all satu family memang jenis cakap kasar, pada they all bab carut mencarut ni small matter je. Tapi kita yg dengar lak naik merah padam muka dibuatnya.

Pakcik Mamau on December 24, 2009 at 2:51 PM said...

fuuuhhh..pakcik mmg xsuka mencarut ni..benci sgt2..tp kdg2 pakcik pn terjoin sekali..hehehe..tp xla melampau..entri yg bgs..teruskn cikgu..thanks!

ALoNa CintamaniszLite on December 24, 2009 at 3:27 PM said...

mencarut...?? bila org muda mencarut nampak kuang ajar. Tp kalo org tua2 mencarut?? org muda nak ckp org tua2 tu kuang ajar gak ke??
Tp...org tua2 mencarut ni pasal dari muda diorang dh biasa ler. Dah jadi sebati pulak ngan lidah tu, hmm

zuwairiaiman on December 24, 2009 at 7:31 PM said...

wah.. blog menarikkk

BOM321 on December 25, 2009 at 2:57 AM said...

aku ni suka mencarut, time ada mat rempit buat arok kat jalan ramai time tu la dorang dapat carut dengan free dan tanpa cukai 5%

Zamz on December 25, 2009 at 6:23 PM said...

utk setengah org biasa mencarut ni..walaupun kekadang diorng sendiri pun tak paham maksudnya..byk lagi perkataan lain kan

ZahirZ™ on December 25, 2009 at 8:15 PM said...

terima kasih cikgu jerna berkongsi sesuatu yg baik untuk kite same2 membetulkan diri kite...
sedar lah wahai diri ku dan kawan2 sekalian...
lambat atau cepat mati akan menjemput...
fikirkan sejenak bagaimana kite dikemudian hari selepas mati???

Unknown on December 26, 2009 at 4:04 AM said...

hehe..betol tu..
tuhan dh bg kte mulut lek lok
kte gne buat mcm tu lak..
tp manusia selalu buat silap.
jadi.bnyk2 kan la memohon keampunan...

deena farhana on December 27, 2009 at 8:44 AM said...

salam..

entri yg bermanfaat, moga semua peroleh iktibar.

mencarut ni lebih kepada perbuatan yg tak elok, jadi sama2 kita berjihad utk tidak melakukan.

ISZA on December 28, 2009 at 12:19 AM said...

salam,

ermmm... saya mmg x suka mencarot, dengar dan baca pun suka, tp itulah ayat2 yg slalu kuar dr mulut ord dewasa zaman sekarang, cuba saudara g kat http://www.lawakjenaka.com/, banyak org mencarut di sana, apa nak jadi manusia zaman skrg, yang di sebut tu sndri ade, bagaimana kita melindungi dari tatapan begitulah juga di mulut kta, saya baru jer nak menyentuh isu ni, terjumpa di sini lak. thx 4 info.

1Malaysia Online 2014 on January 3, 2010 at 7:21 PM said...

Kalau dah terbiasa tu yang susah. apa pun, kena jaga juga bahasa. Hehe

p/s: Gua mencarut dalam hati.LoL

Aidi-Safuan on January 4, 2010 at 7:08 PM said...

erk...ade ke orang jadikan mencarut tuh rutin?huhu

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 

j-QAF Sk Sulaiman Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template