Jadilah Orang Yang Sentiasa Jujur

Setiap Jejak Akan Tetap di Balas..Jgn Risau Ok

Biar Gambar Berbicara

Sunday, July 24, 2011

Kem Bestari Solat Tahun 6 Fasa 3 2011


KEM BESTARI SOLAT TAHUN 6 FASA 3

Tarikh: 22 Julai 2011
Masa: 2.30-5.00ptg

Tempat: Surau Sk Sulaiman

Kumpulan Sasaran: Tahun 6

Rasional:

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
“Suruhlah (ajar dan latihlah) anak-anakmu menunaikan solat pada usia 7 tahun dan pukullah mereka ketika berusia 10 tahun (jika enggan menunaikan solat).”

Di bawah program j-QAF, semua murid beragama Islam perlu mengikuti Kem Bestari Solat bagi memantapkan penguasaan dan penghayatan ibadah solat.

Objektif:

Murid dapat menguasai bacaan dalam solat Murid dapat menguasai amali solat Murid melaksanakan solat 5 waktu sehari semalam

Ustazah Haslina memberikan ceramah motivasi kepada murid-murid Tahun 6

Bimbingan diberikan oleh Ustazah Nur Ryma Sakinah kepada kumpulannya


Penerangan yang diberikan oleh Ustazah Norhayati begitu mantap sehingga anak muridnya tekun dan khusyuk mendengarnya.

Murid-murid sedang berusaha untuk mengingatkan bacaan masing-masing


Sungguh tekun Ustazah Siti Nur Eishah ini membimbing muridnya

Ready Stock..huhu..Inilah bendanya yang bernilai RM1.25 sekepala


Ustaz Afiq sedang menjalankan ujian bacaan terhadap peserta KBS

P/s: Kepada yang tak hadir..Harap2 la hadirkan diri dengan penuh tanggungjawab.


0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 

j-QAF Sk Sulaiman Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template