Jadilah Orang Yang Sentiasa Jujur

Setiap Jejak Akan Tetap di Balas..Jgn Risau Ok

Tuesday, December 15, 2009

Awal Muharram..Anda Tahu Mengenainya?

3 comments

PENGENALAN AWAL MUHARRAM

MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.



Doa Awal Tahun



Maksudnya :

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Doa Akhir Tahun


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


PERISTIWA PENTING BULAN MUHARRAM

  1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
  2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.
Sumber: Al-Azim.com
Dibangunkan oleh: Jabatan Mufti Negeri Perak

Sunday, December 13, 2009

Penjajah Terkejut, Tulisan Jawi Dikuburkan

16 comments
Semasa bekerja di Queen Mother Library, saya diminta untuk melayan seorang pengunjung, warga emas Scottish. Walaupun saya menjangkakan yang umur beliau sudah mencecah umur 70-an dan sudah bertongkat, tetapi datuk Scottish ini kelihatan ‘cerah’ fizikal dan akal.

Semasa menguruskan kad keahlian perpustakaan beliau, banyak soalan diajukan kepada saya. Antara yang amat menarik perha
tian saya ialah:

“Are you jawi people….. errr I mean from Malaya?”

“Yes I am from Malaya. We call our country now as Malaysia.”

“How do you have a good English (Latin character) writing?”

“Because simply I’d been grown up by this.”

“Ohh dear me, I thought Malayan people are still using this Arabic or Quranic font to write their language. I still remember it’s called jawi, and even a lot of people call your people as jawi.”

Rupa-rupanya pakcik itu, seperti ratusan bahkan mungkin ribuan lagi warga British yang lain, pernah berkhidmat menjajah Tanah Melayu suatu masa dahulu. Beliau terkejut kerana tulisan jawi sudah tidak lagi digunakan secara meluas di negara kita, sedangkan semasa beliau bertugas di negara kita sepanjang sekitar tahun 40-50an, tulisan jawi digunakan secara meluas. Bahkan beliau sendiri boleh mengingati beberapa huruf arab/jawi.

Sepanjang pemerhatian saya, kebanyakan warga emas di Malaysia lebih fasih membaca tulisan jawi berbanding tulisan rumi. Mana tidaknya, itulah dia tulisan rasmi sewaktu mereka di bangku persekolahan. Arwah abah saya sendiri, yang pernah menjadi salah seorang pegawai atasan Telekom, banyak mencatat di dalam jawi. Arwah atuk saya, melanggan akhbar Utusan Melayu yang kini telah dipusarakan. Bahkan, pemasyhuran kemerdekaan pada tahun 1957 turut ditulis di dalam tulisan jawi. Itu belum ditelek lagi dokumen perjanjian perdagangan antara Raja-raja Melayu dengan pedagang dan penjajah Portugis, Belanda dan Inggeris lagi.

Ketika pendita Za’ba telah memberikan nafas baru kepada tulisan jawi dengan karya agungnya ‘Rahsia Tulisan Jawi’, agak malang kerana anak-anak didik penjajah berkulit sawa matang telah mentalkinkannya di dalam sistem pendidikan. Permulaan kepada pengakhiran tulisan jawi, ialah selepas perlaksanaan Akta Bahasa 1963 ketika mana tulisan rumi telah dijadikan tulisan rasmi di dalam urusan kerajaan khususnya di dalam sistem pendidikan. Apa yang berlaku di negara kita pada waktu tersebut ialah duplikasi sekularisasi daripada negara Turki, setelah kejatuhan khilafah Uthmaniyyah, antara keutamaan anak didik penjajah ketika itu ialah me’latin’kan tulisan Turki yang asalnya menggunakan huruf Arab.

Daripada wujudnya kelas jawi di sekolah rendah, akhirnya jawi terkubur di dalam buku teks subjek Pengajian Islam sahaja. Kesannya, ialah generasi muda yang merangkak-rangkak membaca jawi dan yang sedihnya, menjejaskan ‘kelancaran’ bacaan al-Quran mereka. Ya saya akui ada perdebatan akademik mengenai adakah tulisan jawi membantu bacaan al-Quran, akan tetapi itu bukan soal pokok yang ingin saya bincangkan di sini.

Di United Kingdom, saya rasa kagum dengan bagaimana orang-orang Pakistan dan India yang ramai bermigrasi di sini memelihara tulisan Urdu mereka supaya sama dengan tulisan Arab. Anak-anak muda mereka masih lagi lancar menulis di dalam tulisan Urdu, walaupun bersekolah Inggeris, dan hidup pun gaya British. Mereka masih mampu menerbitkan surat khabar di dalam tulisan Urdu di negara sekular ini, dan ianya dibaca secara meluas. Pergilah sahaja ke masjid, atau ke kedai halal, anda akan dapat melihat tulisan Urdu.

Cuma alhamdulillah ketika pemerintahan Tun Abdullah dengan slogan Islam Hadharinya, beliau telah menggagaskan j-Qaf. Pada peringkat awal, saya pun tidak tahu apakah yang dimaksudnya dengan j-Qaf. Rupa-rupanya, ia adalah merupakan satu cubaan untuk menyuntik nafas baru di dalam subjek Jawi, Quran, Arab dan Fardhu Ain (singkatannya ialah j-Qaf). Ramai rakan-rakan sepengajian saya di Mesir bekerja sebagai guru j-Qaf di sekolah kerajaan. Ketepikan khilaf politik, didoakan agar usaha itu boleh mengembalikan kegemilangan tulisan jawi.


Dan tidak cukup dengan itu sahaja, generasi saya, iaitu generasi mak abah kepada anak-anak moden perlu sedari awal mendidik anak-anak kita dengan tulisan Arab. Pendedahan awal akan memastikan mereka lancar membaca al-Quran apabila dewasa nanti. Tulisan jawi bagi saya amat membantu penguasaan bahasa Arab dan al-Quran.

Justeru, ketika Pendita Za’ba telah berusaha merekaya tulisan jawi dengan karya ‘Rahsia Tulisan Jawi’nya, maka janganlah kita menjadi generasi yang ‘merahsiakan tulisan jawi di dalam pusaranya’.

Sumber: I Luv Islam

SIAPA PANDAI JAWI?
Angkat Tangan..Hehe


Friday, December 11, 2009

Tips PayPal Wish List

9 comments
Salam semua...
Cikgu datang lagi untuk bantu kamu semua..
Sekarang ni tengah hot dengan PayPal Wishlist yang menawarkan hadiah dan ganjaran hebat 100usd..Banyak tu..

Mesti ramai nak capai 100usd dalam masa yang singkat kan..Betul tak?
Nak capai 100usd macam akaun cikgu di bawah ni...

Ok nak tau cara macam ni...

1. Kalau nak cepat guna FaceBook..sebab paypalWishList ni guna Facebook..Jadi kalau nak cepat guna Facebook la..

2. Pastu..Add seberapa ramai yang boleh..Senang jer kan..Tapi kalau masa add tu.Tengok dieorang punya Mutual Friends dulu la..Mana tau mutual Friends tu dah wat PayPalWishList..Mungkin dieorang dulu yang promote link mereka..

3. Lepas jer add..Tak perlu tunggu dieorang approve..P kat Send Message dieorang..Dan Send la Link u all tu..Tulis la ayat2 yang menarik sikit sebelum promote link kita tu..

Atau cara yang lain plak..

U all open Profile Orang lain...Pastu p kat Share..Dan paste link u all..Itu lagi cepat kot..Buat la banyak2..Jgn la buat dalam sorang dua jer..Dalam sehari tu 30 orang ker..Mesti ada yang sangkut punya..Tengok cara di bawah ni..

Step 1

Step 2

Lepas dah wat Share tu..U all buat plak kat orang..Buat banyak2..Sehari 100 orang pun ok..Hehe...

Bagi mereka yang tak ada akaun PayPal lagi..Leh register kat bawah ni..
Paypal ni u all register dulu..Kalau dia minta number kad..U all biarkan dulu..Janji u all dah register..Kalau nak wat kad Bank untuk Paypal..U all leh wat Debit kan..Tak perlu Kredit Kad..Wat debit kan jer.cikgu wat debit kan Public Bank..Free jer..Tak kena bayar pun..
Ni link paypal ok..

Paypal
Pas Buka ni...Clik Sign Up.Takut U all tertanya2 lagi..hehe.

SEMOGA BERJAYA




Wednesday, December 9, 2009

Akhirnya Tercapai Juga..

9 comments
Salam Semua Blogger yang mantap..

FUhh..Cikgu dapat menarik lafaz lega..Alhamdulillah sebab berjaya mencapai target 100usd ni..Beetungkus Lumus duk promote link dan akhirnya inilah hasilnya...Hehe..Terima kasih kepada mereka yang beri kerjasama pada cikgu..Huhu..

Jom kita zOOm PayPal WishList Cikgu ni..

Kepada mereka yang sedang join cikgu doakan u all semua dapat berusaha sekeras-kerasnya.Usaha kan tangga kejayaan..Dan kepada mereka yang baru naik join leh la pergi kat link cikgu bagi kat bawah ni..

Paypal FaceBook



Sunday, December 6, 2009

Gembira Rasa Hati...

43 comments
Salam kepada semua Blogger..

Terkejut cikgu bila cek petang ni PayPal dah naik dah..Hehe..Maknanya sehari 10 orang cikgu dapat serata puratanya la..Hehe..Tapi nak usaha tu kena lebih masa sikit la..Orang kata Over Time (OT)..Hehe..kepada geng2 yang lain masih ada peluang untuk dapat lagi..Kalau cikgu boleh..kamu semua pun mesti boleh..Yang Penting...Kerjasama..Usaha.Sabar dan Yakin.
8 Disember (Jam 4:03 petang)

Selasa, 8 December 2009 (12:18pagi)


Walaubagaimanapun...anda tidak terlambat lagi untuk join..Mahu join PayPal WishList@FaceBook..Meh sini..Clik logo Paypal Tu..Ok..

Paypal FaceBook



Thursday, November 26, 2009

KONVOKESYEN KPLI j-QAF Ambilan Jan 2008

8 comments

Tahniah kepada Semua Guru j-QAF Ambilan Jan 2008

Tahniah diucapkan kepada semua guru j-QAF Ambilan Jan 2008 yang telah berjaya menyempurnakan KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH j-QAF (SEKOLAH RENDAH) yang telah berlangsung di Dewan Sri Siantan, Perbadanan Purtajaya pada 24-25 Disember 2009.

Ucapan tahniah juga di ucapkan kepada 3 orang guru j-QAF Sk Sulaiman yang mana telah berjaya dalam menamatkan KURSUS LEPAS IJAZAH j-QAF.Mereka ialah Mohd. Afiq Firdaus bin Mashudi, Nazari bin Mansor dan Wan Norazfa bin Wan Omar.

Semoga dengan apa yang mereka telah capai ini akan dapat memberikan sumbangan yang terbaik dalam mendidik anak bangsa..Tahniah diucapkan..SELAMAT MAJU JAYA..

Monday, November 23, 2009

Hari Anugerah Cemerlang 2009

4 comments
Hari Anugerah Cemerlang 2009

Tarikh:
19 November 2009

Masa: 2.30 petang
Tempat:
Dewan Sk. Sulaiman, Bentong

Perasmian oleh:
En. Nasharudin bin Saharudin ( YDP PIBG)

Tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya dengan cemerlang di dalam peperiksaan.Semoga usaha yang ditunjukkan oleh mereka ini akan kekal sehingga mereka berjaya kelak..

Tidak lupa juga kepada guru-guru yang telah bertungkus lumus di dalam menyumbangkan bakti dalam mendidik anak bangsa agar menjadi manusia yang berguna suatu hari nanti..





Blog Widget by LinkWithin
 

j-QAF Sk Sulaiman Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template