Jadilah Orang Yang Sentiasa Jujur

Setiap Jejak Akan Tetap di Balas..Jgn Risau Ok

Biar Gambar Berbicara

Showing posts with label Aktiviti Sk Sulaiman 2011. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Sk Sulaiman 2011. Show all posts

Tuesday, November 22, 2011

Selamat Tinggal Anak Didik ku

0 comments
Video ini khas untuk untuk murid Tahun 6 yang bakal meninggalkan jejak mereka ke peringkat menengah..Terima kasih kerana menaikkan nama SK Sulaiman di atas pencapaian UPSR tahun 2011.Sayang U all semua..



Jangan Lupa komen video ini..Terima kasih.

Thursday, August 18, 2011

Program Tadarus Al-quran dan Tazkirah

0 comments
Bersempena dengan kedatangan Ramadhan kali ini, Panatia Pendidikan Islam telah mengatur beberapa program yang mana boleh memberi manfaat kepada semua guru dan murid-murid dalam menjalani ibadah puasa.Antara program-program yang telah dirancang dan dijalankan ialah Tazkirah Ramadhan. Sepanjang bulan Ramadhan ini, semua ustaz dan ustazah akan meyampaikan tazkirah mengenai Ramadhan dimana tazkirah akan disampaikan pada setiap hari bermula Isnin sehingga hari Jumaat.Dengan adanya program tazkirah ini, sedikit sebanyak memberi kita input yang baik dan bagus.Daripada tidak tahu kepada tahu, daripada buruk kepada yang baik.

Di samping itu juga, Panatia Pendidikan Islam telah mengatur Program Tadarus Al-quran yang mana para peserta dikalangan guru dan pelajar-pelajar tahap 2.Program Tadarus Al-quran ini dibahagikan kepada 10 kumpulan yang mana setiap kumpulan terdiri daripada 15 orang murid.Setiap kumpulan pula akan di ketuai oleh seorang Naqib dan Naqibah, manakala Naqib dan Naqibah pula akan dibantu oleh 2 orang guru bagi membantu mereka.


Ustazah Siti Nur Eishah meyampaikan tazkirah dengan penuh semangat


Penyampaian tazkirah yang disampaikan oleh Ustazah Norhafizah didengar denganpenuh khusyuk oleh murid-murid



Cikgu Afendi bersama kumpulannya sedang tekun membaca Al-quran


Kumpulan Ustaz Nazari sedang menyemak bacaan ahli kumpulan

Begitu tekun Ustaz Aris Hazlan bersama kumpulan bertadarus

Ahli Kumpulan Cikgu Alakari mendengar bacaan daripada ahli kumpulannya


Cikgu Naeman sememangnya sentiasa meluangkan masa yang kosong untuk bertadarus dengan murid


P/s: Terima Kasih diucapkan kepada semua guru-guru dan murid-murid yang terlibat.
Semoga semua usaha kita mendapat keredhaan Allah s.w.t

Sunday, July 31, 2011

Pelancaran Ihya' Ramadhan

0 comments
Pelancaran Ihya' Ramadhan
SK Sulaiman

Tarikh:
29 Julai 2011

Tempat:
Dewan Sk Sulaiman








Thursday, July 28, 2011

Program Berbasikal Sk Sulaiman

0 comments
Program Berbasikal
Sempena Bulan Kecergasan 2011


Dirasmikan Oleh:
aSarjan Omar bin Samad
(Pegawai Perhubungan Sekolah SKS)

Anjuran:
Unit Ko-korikulum dan Kelab Pencegahan Jenayah

















Sunday, July 3, 2011

SAMBUTAN ISRA’ MI’RAJ SEKOLAH KEBANGSAAN SULAIMAN 1432 / 2011

0 comments
Tarikh:
30 Rejab 1432 bersamaan 1 Julai 2011

Tempat:
Dewan Sk Sulaiman

Hari:
Jumaat

Tajuk: “Isra’ Dan Mi’raj: Antara Hikayat Dan Iktibar”

Ahli Panel:
Ustaz Hamdan bin Nordin (PPD)
Ustazah Norhafizah binti Jaafar ( Sk Sulaiman)
Ustaz Aris Hazlan bin Ismail (Pengerusi)

PENDAHULUAN

Firman Allah dalam Surah Al Isra’ ayat pertama yang bermaksud:

“Maha suci (Allah) yang memperjalankan hambanya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya untuk Kami tunjukkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan) Kami. Sesungguhnya Dialah (Allah) yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”

Bertitik tolak dari keimanan dan kepercayaan yang maha benar terhadap perkhabaran Allah mengenai peristiwa Isra’ dan Mi’raj, maka setiap tahun, sekolah ini mengadakan sambutannya.

OBJEKTIF

Adalah diharapkan agar program ini dapat:

  1. Memberi kefahaman kepada warga SK Sulaiman peristiwa sebenar Isra’ dan Mi’raj yang jauh dari tokok tambah dan penyelewengan.
  2. Mengambil iktibar dan pengajaran di atas setiap peristiwa yang berlaku di dalam perjalanan berkenaan.
  3. Memberi kesedaran tentang kepentingan dan keistimewaan Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa.
  4. Memupuk kesedaran dan tanggung-jawab menunaikan solat dan tuntutan berjamaah dalam mengerjakannya.
Ustaz Al-Hisam selaku pengerusi majlis untuk sambutan isra' mi'raj peringkat sekolah pada tahun ini

Bacaan ayat-ayat suci Al-quran oleh Adik Nurul Izyan dari tahun 6 Tiara



Murid tahap 1 pula ditempat yang berasingan yang mana di incharge oleh Ketua Panatia Pendidikan Islam


Ustazah Halipah selaku ketua untuk pertandingan Kuiz Isra' Mi'raj

Monday, May 30, 2011

Selamat Hari Lahir Guru Besar Mr. Azor

0 comments
27 hb Mei 2011- Sk Sulaiman telah membuat satu kejutan dimana semua guru-guru Sk Sulaiman berganding bahu dalam menyambut Hari Kelahiran Guru Besar Sk Sulaiman.Seperti sebelum ini, hanya Guru Besar sahaja yang memberikan cenderehati kepada guru-guru yang akan meyambut hari lahir..Tetapi kali ini, semua guru Sk Sulaiman telah membuat persediaan yang rapi dalam menyambuat Hari Lahir Guru Besar Sk Sulaiman, En. Azor bin Yusof.

Pada hari sambutan tersebut, Guru Besar berarak ke tapak perhimpunan yang mana disambut oleh barisan murid-murid dari Pra-sekolah dan diapit oleh pembawa bunga manggar ke tapak perhimpunan. Seterus majlis dipengerusikan oleh Cikgu Omar dan bacaan doa diketuai oleh Ustaz Nazari Mansor.

Guru Besar disambut oleh Barisan Murid-murid Pra-sekolah Sk Sulaiman ke tapak perhimpunan



Kad Ucapan yang direka khas untuk Guru Besar En.Azor bin Yusof.Semoga beliau panjang umur dan murahkan rezeki.

Acara memotong kek yang diketuai oleh Guru Besar manakala murid-murid Sk Sulaiman menyanyikan lagu Happy Birthday kepada Guru Besar.


Cikgu Wan Mahassan menyampaikan Kad Ucapan sebagai wakil semua guru-guru Sk Sulaiman..




Penyampaian Hadiah dari Cikgu Wan Mahassan (GPK Pentadbiran) kepada guru besar Sk Sulaiman.

Ustazah Norhafizah menerima hadiah sempena kelahirannya juga pada minggu ini
Cikgu Shahnizal (Guru Pendidikan Khas) merangkap Jurulatih Ragbi sedang bersalaman dengan Guru Besar sambil menunggu hadiah..Huhu

Cikgu Nazim (Guru Muzik) menerima hadiah Hari Lahir daripada Guru Besar
Blog Widget by LinkWithin
 

j-QAF Sk Sulaiman Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template