Jadilah Orang Yang Sentiasa Jujur

Setiap Jejak Akan Tetap di Balas..Jgn Risau Ok

Biar Gambar Berbicara

Monday, May 30, 2011

Selamat Hari Lahir Guru Besar Mr. Azor


27 hb Mei 2011- Sk Sulaiman telah membuat satu kejutan dimana semua guru-guru Sk Sulaiman berganding bahu dalam menyambut Hari Kelahiran Guru Besar Sk Sulaiman.Seperti sebelum ini, hanya Guru Besar sahaja yang memberikan cenderehati kepada guru-guru yang akan meyambut hari lahir..Tetapi kali ini, semua guru Sk Sulaiman telah membuat persediaan yang rapi dalam menyambuat Hari Lahir Guru Besar Sk Sulaiman, En. Azor bin Yusof.

Pada hari sambutan tersebut, Guru Besar berarak ke tapak perhimpunan yang mana disambut oleh barisan murid-murid dari Pra-sekolah dan diapit oleh pembawa bunga manggar ke tapak perhimpunan. Seterus majlis dipengerusikan oleh Cikgu Omar dan bacaan doa diketuai oleh Ustaz Nazari Mansor.

Guru Besar disambut oleh Barisan Murid-murid Pra-sekolah Sk Sulaiman ke tapak perhimpunan



Kad Ucapan yang direka khas untuk Guru Besar En.Azor bin Yusof.Semoga beliau panjang umur dan murahkan rezeki.

Acara memotong kek yang diketuai oleh Guru Besar manakala murid-murid Sk Sulaiman menyanyikan lagu Happy Birthday kepada Guru Besar.


Cikgu Wan Mahassan menyampaikan Kad Ucapan sebagai wakil semua guru-guru Sk Sulaiman..




Penyampaian Hadiah dari Cikgu Wan Mahassan (GPK Pentadbiran) kepada guru besar Sk Sulaiman.

Ustazah Norhafizah menerima hadiah sempena kelahirannya juga pada minggu ini
Cikgu Shahnizal (Guru Pendidikan Khas) merangkap Jurulatih Ragbi sedang bersalaman dengan Guru Besar sambil menunggu hadiah..Huhu

Cikgu Nazim (Guru Muzik) menerima hadiah Hari Lahir daripada Guru Besar

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 

j-QAF Sk Sulaiman Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template