Jadilah Orang Yang Sentiasa Jujur

Setiap Jejak Akan Tetap di Balas..Jgn Risau Ok

Biar Gambar Berbicara

Showing posts with label Diary j-QAF. Show all posts
Showing posts with label Diary j-QAF. Show all posts

Thursday, November 26, 2009

KONVOKESYEN KPLI j-QAF Ambilan Jan 2008

10 comments

Tahniah kepada Semua Guru j-QAF Ambilan Jan 2008

Tahniah diucapkan kepada semua guru j-QAF Ambilan Jan 2008 yang telah berjaya menyempurnakan KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH j-QAF (SEKOLAH RENDAH) yang telah berlangsung di Dewan Sri Siantan, Perbadanan Purtajaya pada 24-25 Disember 2009.

Ucapan tahniah juga di ucapkan kepada 3 orang guru j-QAF Sk Sulaiman yang mana telah berjaya dalam menamatkan KURSUS LEPAS IJAZAH j-QAF.Mereka ialah Mohd. Afiq Firdaus bin Mashudi, Nazari bin Mansor dan Wan Norazfa bin Wan Omar.

Semoga dengan apa yang mereka telah capai ini akan dapat memberikan sumbangan yang terbaik dalam mendidik anak bangsa..Tahniah diucapkan..SELAMAT MAJU JAYA..

Saturday, November 14, 2009

Kem Literasi Al-Quran Zon Bentong 1

3 comments
Pada 12-13 November 2009 baru-baru ni, Sk Sulaiman telah menjadi tuan Rumah untuk Kem Literasi Al-quran peringkat Zon Bentong 1..Antara sekolah -sekolah yang terlibat untuk Zon Bentong 1 ialah Sk Sulaiman, Sk Tuanku Fatimah, Sk Bukit Piatu, Sk Sg.Marong, Sk Bilut dan Sk Lebu..Jumlah kesemua peserta yang hadir adalah seramai 48 orang.Manakala jumlah Fasilitator pula adalah seramai 13 orang. Selaku Tuan Rumah..Ketua Fasilitator yang ialah Ustaz Mohd Afiq dari Sk Sulaiman...

Antara Rasional Program ini di buat adalah seperti berikut:

Antara tujuan program j-QAF dilancarkan di sekolah-sekolah kebangsaan adalah untuk memantapkan bacaan Al-Quran di kalangan murid-murid disamping memastikan pencapaian yang baik dalam tulisan/ bacaan jawi dan penghayatan fardhu ain dan Bahasa Arab.

Dalam menjayakan program ini, masih ramai murid yang didapati belum mencapai target yang dikehendaki.


Majlis Perasmian Penutup telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar Sk. Sulaiman, Encik Azor bin Yusof. Seterusnya penyampaian sijil penyertaan kepada peserta dan sijil penghargaan kepada semua Fasilitator.Sebelum balik semua murid-murid yang terlibat bersalaman dengan semua Fasilitator..Rapatkanlah Sillaturrahim...Salam..







e-Pelaporan j-QAF Daerah Bentong 2009

4 comments
Hari Rabu lepas (11 November 2009) semua sekolah yang ada program j-QAF telah berkumpul bersama2 untuk membuat e-pelaporan 2009 yang diadakan di PKG Karak..Setiap sekolah menghantar seorang wakil sahaja...Tidak terlupa juga bagi Sk Sulaiman yang mana telah wujud program j-QAF pada tahun 2005.Tahun ni e-pelaporan SK Sulaiman telah diketuai oleh Ustaz Afiq.

Maka bermula la tugas2 yang perlu saya agihkan untuk agar segala proses mengisi data dapat dilaksankan tanpa sebarang masalah..Setelah segalanya selesai maka data itulah yang akan di bawa ke PKG Karak untuk di eksport ke ePPD. Semasa disana ada juga yang masih bertungkus lumus untuk menyiapkan e-pelaporan bagi setiap sekolah..Mungkin kita cakap senang jer isi data..Tapi hakikatnya ia perlu kepada kesabaran..Hehe..Di bawah ni ada la sikit gambar2 yang sempat di Snap semasa di PKG Karak..


p/s: Terima Kasih buat semua guru j-QAF Sk Sulaiman yang mana
telah bertungkus lumus menyiapkan data yang telah diamanahkan..

Saturday, October 24, 2009

Kem Bestari Solat Tahun 4

12 comments
23hb Oktober 2009- Panitia Agama Islam dan Guru-guru j-QAF telah mengadakan KemBestari Solat Tahun 4.Program bermula pada jam 2.30petang dan berkumpul dibilik j-QAF untuk pembahagian kumpulan..Aktiviti ini dihadiri oleh semua guru j-QAF dan GPI bagi melancarkan perjalanan program pada petang tersebut.

Manakala kehadiran murid boleh dikatakan 90% yang hadir dan terlibat.Kepada murid yang tidak hadir mereka dikehendaki untuk memberikan surat tunjuk sebab..Pada jam 3.00petang murid akan menjalankan aktiviti LDK (Slot Bacaan dalam sembahyang)..Alhamdulillah semua murid dalam kumpulan saya semuanya boleh membaca dan mengingati apa yang mereka baca.Diharapkan murid-murid dari kumpulan yang lain dapat mengambil peluang ini untuk memantapkan lagi bacaan mereka..Selepas itu jam 4.00petang semua murid mengambil wudhuk (Amali Wudhuk) dan seterusnya megerjakan solat Asar yang mana imam ialah Ustaz Nazari bin Mansor.

Setelah selesai sahaja Solat Asar berjemaah..Semua murid ditayangkan video yang bertajuk Sakaratul yang mana video ini adalah Edisi Bahasa Arab tetapi telah di edit sarikatanya kepada Bahasa Melayu oleh Ustaz Ari Hazlan..Habis sahaja tayangan semua murid dijamu dengan jamuan ringan untuk mengisi perut mereka yang sudah berkeroncong..Huhu..




MASA UNTUK MEMBERI KOMEN..Jom..Jom..






Thursday, October 8, 2009

LADAP Bersama Panitia Agama Islam

3 comments
8 Oktober...Cakna Sk Sulaiman kembali lagi..Hari memang hari yang teramat sibuk..Mana tak nya..Sk Sulaiman didatangi oleh 2 orang pegawai dari Bahagian Teknologi Pendidikan..Semua guru bertungkus lumus bagi mencantikkan lagi kawasan-kawasan yang akan menjadi tumpuan.

Pada sebelah petangnya pula..Panitia Agama Islam mengadakan LADAP yang mana akan dibentangkan oleh Ustaz Mohamad Zamri bin Basri..Ustaz Zamri ini merupakan Jurulatih Utama Pendidikan Islam dan Jurulatih Kebangsaan Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam & Tranformasi Pemulihan Jawi Program j-QAF KPM..Ustaz Zamri juga merupakan guru di SK Sulaiman.

Bengkel LADAP kali ini adalah berkaitan dengan Instrumen Penilaian Pendidikan Islam..Seramai 13 orang guru pendidikan Islam Sk Sulaiman yang hadir..Program bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang. Bengkel ini diadakan adalah untuk mengetahui dan membuat soalan berdasarkan instrumen-intrumen yang telah ditetapkan..Taklimat yang disampaikan oleh Ustaz Zamri selama 40minit selepas itu semua guru-guru Pendidikan Islam dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberikan tugas untuk membuat soalan Pendidikan Islam, Jawi dan Bahasa Arab.

Semoga bengkel yang telah diadakan pada hari ini akan lebih memantapkan lagi semua guru-guru pendidikan Islam dalam melibatkan diri dalam menguasai kemahiran ICT>





P/s: Masa duk dalam bilik gerakan ni
Kawe rasa sejuk betul..

Sunday, August 16, 2009

Dokumentasi j-QAF Hampir Tiba..

1 comments
Salam semua..

Minggu lepas j-QAF Sk Sulaiman mengadakan mesyuarat tergempar. Yang mana agenda nya ialah untuk meyelaraskan tugas kepada setiap guru j-QAF. Setiap guru j-QAF hendaklah membuat laporan dalam bentuk Power Point.Selepas itu laporan itu akan di dokumentasi kepada Guru Besar.Jadi, Ustaz Aris Hazlan telah ditugaskan untuk mendokumentasikannya..Manakala guru-guru lain perlu menyiapkan tugas yang telah diberikan dengan secepat mungkin sebagaimana arahan daripada Guru Besar Sk Sulaiman..

Apa lagi..Dalam minggu ni saja kelihatan guru-guru j-QAF sibuk menyiapkan tugas yang diberikan..Ke hulur ke hilir mencari data2 untuk di update. Dalam kesibukan itu, maka saya pun snapla gambar secara spontan yang mana boleh untuk di dokumentasikan..Gambar tu ada kat bawah ni ha..Jenguk2 la eg..


Kelihatan Ustazah Haslina begitu tekun dan bersungguh mengajar murid-murid pemulihan jawi nie..Kemahiran menyebut dengan kaedah latih tubi memang merupakan kaedah yang popular digunakan dalam meningkatkan sebutan yang betul.


ABM yang sesuai dan mencukupi boleh meransang minat murid untuk belajar dengan lebih bersemangat.Alhamdulillah..j-QAF Sk Sulaiman sememangnya cukup dengan ABM yang telah dibekal oleh KPM dan ABM yang telah direka sendiri oleh guru j-QAF. Oleh itu, sekolah yang masih tidak dibekalkan ABM dari pihak KPM seharusnya mempunyai inisiatif untuk mereka ABM yang mana boleh menimbulkan minat murid untuk belajar jawi.

Permainan Boling juga merupakan satu permainan yang mana terdapat dalam Model Perlaksanaan j-QAF. Permainan ini amat digemari oleh murid.Ini adalah kerana disebalik permainan ini mereka boleh mengecam huruf dengan cepat, mereka perlu menyebut huruf mengikut Pin Boling yang telah dijatuhkan.Hehe.seronok gak main ni..Dah lama tak main Boling..Kat kampung dulu main Boling Buah Nyor jer .



Al-quran yang telah diberikan oleh pihak KPM memudahkan murid untuk menggunakan untuk Khatam Al-quran 6 Bulan dan Tasmik.Ini adalah sebahagian Al-quran yang telah diberikan oleh KPM. Semoga ia dapat digunakan dengan baik dan dijaga dengan rapi..





















Blog Widget by LinkWithin
 

j-QAF Sk Sulaiman Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template