Jadilah Orang Yang Sentiasa Jujur

Setiap Jejak Akan Tetap di Balas..Jgn Risau Ok

Biar Gambar Berbicara

Sunday, August 16, 2009

Dokumentasi j-QAF Hampir Tiba..


Salam semua..

Minggu lepas j-QAF Sk Sulaiman mengadakan mesyuarat tergempar. Yang mana agenda nya ialah untuk meyelaraskan tugas kepada setiap guru j-QAF. Setiap guru j-QAF hendaklah membuat laporan dalam bentuk Power Point.Selepas itu laporan itu akan di dokumentasi kepada Guru Besar.Jadi, Ustaz Aris Hazlan telah ditugaskan untuk mendokumentasikannya..Manakala guru-guru lain perlu menyiapkan tugas yang telah diberikan dengan secepat mungkin sebagaimana arahan daripada Guru Besar Sk Sulaiman..

Apa lagi..Dalam minggu ni saja kelihatan guru-guru j-QAF sibuk menyiapkan tugas yang diberikan..Ke hulur ke hilir mencari data2 untuk di update. Dalam kesibukan itu, maka saya pun snapla gambar secara spontan yang mana boleh untuk di dokumentasikan..Gambar tu ada kat bawah ni ha..Jenguk2 la eg..


Kelihatan Ustazah Haslina begitu tekun dan bersungguh mengajar murid-murid pemulihan jawi nie..Kemahiran menyebut dengan kaedah latih tubi memang merupakan kaedah yang popular digunakan dalam meningkatkan sebutan yang betul.


ABM yang sesuai dan mencukupi boleh meransang minat murid untuk belajar dengan lebih bersemangat.Alhamdulillah..j-QAF Sk Sulaiman sememangnya cukup dengan ABM yang telah dibekal oleh KPM dan ABM yang telah direka sendiri oleh guru j-QAF. Oleh itu, sekolah yang masih tidak dibekalkan ABM dari pihak KPM seharusnya mempunyai inisiatif untuk mereka ABM yang mana boleh menimbulkan minat murid untuk belajar jawi.

Permainan Boling juga merupakan satu permainan yang mana terdapat dalam Model Perlaksanaan j-QAF. Permainan ini amat digemari oleh murid.Ini adalah kerana disebalik permainan ini mereka boleh mengecam huruf dengan cepat, mereka perlu menyebut huruf mengikut Pin Boling yang telah dijatuhkan.Hehe.seronok gak main ni..Dah lama tak main Boling..Kat kampung dulu main Boling Buah Nyor jer .



Al-quran yang telah diberikan oleh pihak KPM memudahkan murid untuk menggunakan untuk Khatam Al-quran 6 Bulan dan Tasmik.Ini adalah sebahagian Al-quran yang telah diberikan oleh KPM. Semoga ia dapat digunakan dengan baik dan dijaga dengan rapi..





















1 comments:

tice on October 9, 2009 at 1:01 PM said...

Tahniah di atas komitment yang diberikan oleh semua guru j-QAF....Kalau kerja bersepakat macam tu,sudah tentu akan membuahkan hasil kerja yang TIP TOP...Muafakat Membawa BERKAT...

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 

j-QAF Sk Sulaiman Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template