1. KESIHATAN
A. Mencegah Penyakit Kronik Seperti Penyakit Jantung & Kencing Manis
Berdasarkan kajian Prof. Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universti Putra Malaysia (UPM) menyatakan "Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan rsiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah". (BERITA HARIAN, SELASA, 20 FEBRUARI, 2001)
B. Merangsang Dan Memudahkan Kehamilan.
Prof. Madya Asiah juga berkata buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang keshatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga.
C. Membunuh Kuman Dalam Badan .
Saidina Ali r.a. meriwayatkan "Barangsiapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya".
2. KECERDASAN DAN KECERGASAN
A. Kecerdasan Minda Dan Membantu Proses Tumbesaran .
Menurut Prof. Madya Asiah lagi, kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.
B. Tenaga Segera
Maksud Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Maryam: Ayat 25-26:
Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu".
Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Maka dengan itu Allah s.w.t. menyuruh Saidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s., kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak.
3. KEPERIBADIAN
Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran.
Maksud Hadith Rasulullah s.a.w. :
"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya".
"Melentur buluh biar dari rebungnya". Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur. Seorang pelatih dari Universiti Sains Malaysia (USM) menulis tentang hadith ini dalam majalah Mingguan Wanita.
4. KEBERKATAN
A. Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran.
Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya;
"Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma".
B. Makanan Yang Paling Sempurna.
Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. :
"Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan".
Dengan sebab itulah Prof. Madya Asiah menyatakan lagi "Pengambilan buah kurma itu tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan kurma wajar dijadikan amalan harian".
Apapun khasiat sangat banyak yang mana kita sendiri pun tak ketahui..
Esok p Pasar Ramadhan..Cari air kurma..Kalau ada la..
Sumber: Jabatan Mufti Negeri Sembilan
9 comments:
mari beli kurma yusuf tayub.....
Kali nie jom kita tukar selera...
Berbuka dengan buah kurma..
Minumair kurma..
Lauk plak masak kurma...
Huhu....
klu cmtu cikgu bl brbuka semua ada brkaitan dng kurma..
emmm....
alhamdulillah...Dah baca habis artikel nie..Ummi meme berkenan sekali yg kelebihan no 3 tu..
Rasanya elok jer diwar-warkan kat sume cikgu-cikgu di seluruh negara mengenai kelebihan no 3 nie termasuk ustaz n ustazah juga especially yang bersifat 'PANAS BARAN'..
Dengan izin ALLAH,kita semua pendidik dapat menangani segala masalah disiplin/salah laku murid-murid kita dengan secara profesional dan berhemah dengan menggunakan psikologi ISLAMIK bukan dengan hamburan kata-kata nista dan tidak bertamaddun..Begitu juga dengan izin ALLAH dapat mengawal perasaan kita agar tidak mudah sangat menaikkan 'kuasa' tangan atau 'kaki' terhadap murid-murid kita yang bermasaalah..
Mudah-mudahan dengan cara menangani disiplin/salah laku secara ISLAMIK akan dapat membentuk generasi yang ISLAMIK jugak..Insya-ALLAH..
Jutaan syukran ya ADMIN coz letak artikel ni kat sini..Apakata ADMIN tulis 1 artikel khas untuk menangani salah laku pelajar menggunakan kaedah ISLAMIK serta kaitkan dengan pengamalan makan kurma untuk stabilizekan temper seseorang pendidik yg agak memiliki sifat PANAS BARAN..Mungkin dapat membantu menurunkan graf KEGANASAN di sekolah yang melibatkan guru-guru..Maaf ya ADMIN,ummi mencadangkan just because meme kes-kes seumpama ini kerap berlaku dalam masyarakat kita...
MURID pukul guru coz tak tahan sikap guru yang gunakan kekasaran terhadapnya dan
GURU pukul murid coz tak tahan dengan sikap ganas murid membuli rakan dan juga coz of
vendalisma
SYUKRAN3
nak tambah sikit..sebenarnya yang ummi post comment kat atas difocuskan pasai sifat PENYABAR...
Salam, sekadar kongsi info...jus kurma di atas memang bagus untuk kesihatan. Keluarga saya mengamalkannya. Jus ini bukan macam jus yang lain, dibancuh dalam jug kemudian diminum. Ianya pati kurma,diminum di waktu pagi sebelum menyentuh apa2 makanan.
Berkenaan masalah disiplin hari ini ianya berkait langsung dengan semua faktor, sama ada faktor pelajar, ibubapa,persekitaran,rakan sebaya dan seumpamanya. Faktor guru panas baran memang ada tapi peratusnya amat kecil.
Dalam mendidik pelajar hari ini, cabarannya sangat besar.Kerjasama semua pihak amat diperlukan.Dalam Islam mendidik boleh melalui pukulan selagi tidak menyalahi syariat dan mengikut adab2nya.
Fenomena hari ini berbeza dengan dulu,dulu ibubapa sangat menghormati guru, tetapi hari ini sebaliknya berlaku.Kes di sekolah saya, seorang guru yang lemah lembut pun dimarahi seorang bapa hanya kerana menegur anaknya..Sama-samalah kita fikirkan..
Bagi saya sekolah ialah 'tempat kedua', manakala sekolah pertama ialah 'rumah'.Pengalaman saya sebagai pendidik, murid tidak akan bermasalah sekiranya asas didikan di rumah berjalan dengan baik. Ibu bapa pula harus bekersama dengan guru dalam mendidik anak mereka, bukannya 'campurtangan' urusan guru.
Cukup dulu, maaf tulisan berbelit-belit,ada kerja yang perlu disetelkan.
ha'a. buah kurma sedap.
masa berbuka, kurma la dulu kne mam. nyum.
Salam Cikgu.
Betul Kurma ni makanan yang sangat berkhasiat.
Apa Nabi sampaikan.
Itulah kebaikan.
Faktor yang dibincangkan tadi memang tepat dan padat.
Just nak kongsi pengalaman.
Ucu ada anak buah yang memang diberi minum jus kurma dari kecik. Alhamdulilah sampai sekarang otak anak buah ucu tu bolelah geliganya daripada kawan-kawan yang sebaya dengan mereka. Itu semua khasiat Kurma.
kurma nabi, saya rasa elok dimakan..
byk betul khasiatnya alhamdulillah, tapi perlu diimport jauh & mahal pula.. jika ditanam di sini, mudahlah kita memakannya tiap-tiap hari bukan sekadar bulan puasa ajer..
Post a Comment