Jadilah Orang Yang Sentiasa Jujur

Setiap Jejak Akan Tetap di Balas..Jgn Risau Ok

Biar Gambar Berbicara

Monday, August 10, 2009

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN SULAIMAN



Sekolah ini dinamakan "Anglo Chinese School" yang mempunyai 3 buah bilik darjah dengan jumlah murid kira-kira 60 orang. Guru Besar yang pertama ialah En. Goh Sen Yong.


1923
Kerajaan telah mengambil alih pentadbiran dan menukarkan nama sekolah kepada "Govemmend English School Bentong". Sebuah bangunan 4 bilik darjah, pejabat dan dewan telah dibina.

1928
En. C.S. Muttutamby menggantikan En. Goh Sen Yong sebagai guru besar.

1929
Bangunan 3 bilik darjah dibina di belakang pejabat.

1932
En. Appuderan dilantik sebagai guru besar.

1939
Sekolah ini dirasmikan dengan nama "Sulaiman School Bentong" (sempena nama Tengku Besar Pahang ketika itu.). Bilangan murid ketika itu sehingga perang dunia ke-2 ialah antara 180 hingga 200 orang. Dalam masa pemerintahan Jepun, sekolah ini digunakan untuk mengajar bahasa Jepun dan setelah Jepun menyerah kalah pada 15 Oktober 1945, kerajaan telah mengambil alih semula sekolah ini dan mendapat 3 buah bilik darjah lagi.

1950
2 buah bilik darjah lagi ditambah.

1957
Bilangan murid telah meningkat kepada 873 orang.

1959
Murid sekolah menengah berpindah ke bangunan baru di Ketari. Encik Shanmuganathan mengambil alih jawatan sebagai guru besar menggantikan Encik Tan Tin Su.

1969
Tuan Haji Ismail bin Haji Ishak menggantikan En. Shanmuganathan sebagai guru besar.

1970
Sulaiman School ditukarkan kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Sulaiman.

1973
Dipecahkan kepada 2 buah sekolah. SRK Sungai Marong berpindah ke bangunan baru di Sungai Marong.

1981
Tuan Haji Abdul Aziz menggantikan Tuan Haji Ismail sebagai guru besar sehinggalah pada 13 Mac
1990

1986
Blue Point Sekolah yang pertama bermula.
Bilangan murid - 1020 orang.
Bilangan staf - 48 orang.

1987
Mendapat bangunan baru secara gotong-royong dan bilik darjah bagi menampung kekurangan bilik darjah.

1990
Blue Point Sekolah yang pertama tamat.
Bilangan murid - 960 orang
Bilangan staf - 48 orang.

1991
1 Februari, En.Abdul Rahim bin Alang menjawat jawatan sebagai guru besar.

1992
Penambahan bilik guru besar.

1994
Bilik kemahiran hidup dibina

1995
Bangunan tiga tingkat dibina bagi menampung bilangan murid yang semakin ramai.

1997
Julai, En. Abu Samah bin Ibrahim dilantik sebagai guru besar menggantikan Tuan Haji Abdul Rahim bin Alang

2001
Bangunan 4 tingkat dibina lengkap dengan penghawa dingin

2002
Makmal komputer pula dibina.
2002
En. Johari bin Budin dilantik guru besar menggantikan En. Abu Samah bin Ibrahim

2003
1 November, tuan Haji Mansor bin Ridwan menjawat jawatan sebagai Guru Besar menggantikan En. Johari bin Budin yang bertukar ke Pejabat Pelajaran Daerah Bentong, Pahang.

2009
En. Azor bin Yusof telah dilantik menjadi guru besar menggantikan Tuan Haji Mansor bin Ridwan yang bertukar ke Sekolah Kebangsaan Karak, Bentong, Pahang.

Encik Azor bin Yusof
Guru Besar SK Sulaiman

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 

j-QAF Sk Sulaiman Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template