Jadilah Orang Yang Sentiasa Jujur

Setiap Jejak Akan Tetap di Balas..Jgn Risau Ok

Biar Gambar Berbicara

Saturday, August 29, 2009

Berapa Ramai Lelaki Yang Boleh Menjadi Imam?, mmmm...


Kepada Rakan Blogger seemua..Komen diruangan Post Komen Eg..
Bukan di Cbox..Hehe..Time Kasih..

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat. "Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.


Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih
perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada
keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanitakini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!



27 comments:

Floral Cakes on August 29, 2009 at 4:34 AM said...

Betul tu..kalau perempuan kena pandai memasak, apa salah lelaki kena pandai jadi imam, tapi jgn lah jadi imam sebab takut kena queen qontrol.Kalau perempuan pandai memasak, boleh elak kena king qontrol tak??..hehe..

Sayangnya saya cuma blh jadi imam utk kaum muslimat sahaja..hehehe..

admin on August 29, 2009 at 5:49 AM said...

setuju sangat. ;)

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr on August 29, 2009 at 6:22 AM said...

kadang2 kita terlepas pandang dgn hal mcm ni..

kita pk benda ni remeh tp ia adalah sebaliknya..

tice on August 29, 2009 at 6:33 AM said...

TOPIC yang SENSASI tapi perlu diHIGHLIGHTKAN..Syukran 3 to ustazADMIN coz highlightkan ISU ini..

Memeler untuk jadi IMAM tu bukannya mudah.Ia perlukan COMITTMENT & KEYAKINAN diri untuk tampil mengimami jemaah disamping memiliki/mempunyai/memenuhi 10 syarat untuk menjadi IMAM..(tak payah le sebut coz semua pengunjung blog nie TIP TOP dlm ilmus AGAMA)..

Ada jugak segelintir dlm kalangan ilmuwans agama yang menolak menjadi IMAM ketika dihasratkan berbuat demikian..Dan terdapat jugak sebilangan besar yang bukan dalam line agama yang berkeupayaan berbuat demikian...

So,eloklah diketengahkan ISU ini,semoga pihak berwajib dapat melaksanakan sesuatu utk mengatasi masalah ini..Contoh wajibkan kursus imam dalam kalangan pendidik dulu dlaam jabatan kerajaan disusuli jabatan - jabatan lain...Mudah-mudahan dlm masa yang singkat kita dapat menghasilkan/memproducekan IMAM-IMAM yang berketerampilan..dan sentiasa ON CALL bila-bila diperlukan oleh mana-mana jemaah...

REALISASIKANLAH SLOGAN PENDIDIK 'ALL ROUNDER'(SERBABOLEH)

Cikgu Sains on August 29, 2009 at 6:54 AM said...

dok cari cari tadi mana nak letak komen..rupanya kat atas..saya cari kat bawah artikel hehe..menarik tajuk ni..setuju..setuju..kadang-kadang orang lelaki ni kena jugak diperingatkan..nampak macam remeh tapi kesannya besar dalam keluarga...

A I N on August 29, 2009 at 7:33 AM said...

ahah..!betol3..brula adil mcm tu..huhu..

Puan Mira :) on August 29, 2009 at 9:56 AM said...

wawhh. setuju ! pttnye dua2 kne seimbang. laki le jd imam, gurl pndai msk :)

Solly Salihah on August 29, 2009 at 11:13 AM said...

Serius kan kes lelaki yang tak bole jadi iman ni.sebab sekarang ni nak cari lelaki yang gitu, amatlah susah sekarang. Dengan banyakkan gejala so-sial sekarang. Betul pendapat Tuan Rumah yang mengatakan keadaan di atas.

Ke wanita pandai masak bagi ucu satu fenomena/kebolehan je, dalam Pemilihan calon isteri dalam konteks islam pun tak de meletakkan pandai masak syarat wajib kan. Just kalau pandai masak satu bonus untuk sang lelaki.

Tapi,
wanita yang tak pandai masak suatu ketika dulu. Akan pandai dengan sendirinya memasak jika lepas berkahwin. Ini kerana satu naluri kewanitaan mereka akan timbul sendiri. Tapi kes jadi imam ni tak tentu lagi buat sang suami.

So Sepatutnya Lelaki yang digelar Ketua Keluarga tu yang memain peranan penting dalam mendidik suatu institusi kekeluargaan tu, Jangan harapkan wife je pandai masak dan pakar segala, Lelaki jangan kata imam. Doa Qunut pun ingat2 lupa. Mcm mana tu?

mimieloma on August 29, 2009 at 4:04 PM said...

salam cikgu......ni isu yg sgt2 menarik....

mmng tidak dpt dinafikan ape yang dikata kan cikgu memang tak dapat di sangkal lagi.......

pompuan walaupun die mase anak dare tk tau masak....tp bile dia nak bersuami dan berkeluarga dgn sendiri dia akan sedaya upaya memasak utk famili die.....

lelaki pulak kalau tk boleh jadi imam cmne die nk jadi ketua keluarga pada isteri dan anak2 die.Ini sume bermula dari pendidikkan ibubapa semasa mereka kecil......tak pernah dilatih bagaimana utk mnjadi imam...dan dgn bacaan yg betul.benda2 yg penting gitu di anggap remeh olih segelintir kita manusia.

Bukan lah mengutuk tetapi boleh dikira dalam zaman yg serba canggih ni....bape ramai lelaki yg boleh jadi imam......wallahualam.

j-QAF SK SULAIMAN on August 29, 2009 at 4:14 PM said...

Itu la pasal...
Tapi sekarang ni Alhamdulillah sebab setiap sekolah rendah dah ada j-QAF yang mana setiap murid wajib mengikuti Program Kem Bestari Solat yang mana mereka perlu ikut sebanyak 4 kali setahun (4FASA).

Dengan cara ini boleh la kita dedahkan sikit kepada mereka tentang solat...Kita suruh mereka azan agar mereka ini dapat memberanikan diri untuk ketampil kehadapan..Dan bukan ramai juga yang berani jadi bilal..
Bila disuruh mula la menggeletar kepala lutut..Nafas tersekat2..Hehe..

Abg Din on August 29, 2009 at 4:59 PM said...

kena sekolah 2 seisi. atau belajar kedua-duanya.. contoh : sesi pertama belajar atau sekolah biasa dan sesi kedua belajar agama... sb ada yg ambik belajar salah satu dpdnya saja.... ibubapa kena main peranan penting... ibubapa kpd ibubapa pun tak ambik kisah... macamana ibubapa akan dtg akan menjadi elok....

Unknown on August 29, 2009 at 5:54 PM said...

mencari calon suami yang mampu menjadi imam ditiap solat, bagaikan mencari permata dalam lautan luas...

Anonymous said...

Assalammualaikum..

huhu.. topic best! saya suka. kepada penulis entry ini, well done! tahniah! mabruk!

bukan sebab nak mengena kaum adam tapi kena buka sikit fikiran dorang.PANDAI MEMASAK, 1 kriteria yang ditetapkan(mcm undang2 dan wajib pula) untuk mencari calon isteri tapi c empunya diri itu adakah sedar tentang tanggungjawabnya yang lagi besar?? entry mcm ni memang elok untuk menyedarkan ^_^

seronok pula saya baca.. hihi.. sambil tersenyum2 :P

Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal on August 29, 2009 at 8:02 PM said...

lelaki nak jadi imam kena tengok banyak aspek, tingkah laku dia, tak fasik, tak melakukan dosa dan banyak lagi, sebab imam ni pemimpin, pemimpin kena baik

♥♥ eija ♥♥ on August 29, 2009 at 8:08 PM said...

saja pun setuju jugak...
tak mengapa kalau klu diri sendiri pikir tak lancar ape2 bacaan.. tapi semua tukan boleh belajar.. betul tak?? saya pun asalnye tak de laa pandai masak sgt tapi skg nie saya cuba masak sikit2.. begitu jugak dengan lelaki yea... sama2 belajar lagi bagus.. seorang perempuan semua nak suaminyer boleh jadi imam.. bersesuaian laa dgn perumpaan lelaki itu ketua keluarga.. :)

ALoNa CintamaniszLite on August 29, 2009 at 10:21 PM said...

Sebenarnya semua ni berbalik pada tanggungjawab ler. Kalo ada sifat tanggongjawab tu..InsyaAllah..yg isteri leh masak utk keluarga, yg suami leh jadi imam utk keluarga sendiri.

Dah kawen pun kena ler bertanggungjawab pada ibu bapa dan mertua. Bukan tanggungjawab kat ibubapa sendiri aje...

Shazwina on August 29, 2009 at 10:32 PM said...

ade sesetengah lelaki yg buleh jadi imam.tapi sekarang ni memang susah la dpt.
remaja lelaki skrg?
macam hampeh je ?
lelaki dekat MYSPACE confirm tak layak langsung jadi imam.HAHA =))
post kali ni memang beshh :)

aisyah. on August 29, 2009 at 10:33 PM said...

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.

sgt setuju!!!
kalau x pandai masak tu, cepat je sume org ngata..

Ceritera Putera dari Mahligai Bulan...... on August 29, 2009 at 11:05 PM said...

ALHAMDULILLAH..
Sungguh menarik dan bagus sekali topik
yg diketengahkan....

Smg dpt dijadikan pedoman bersama,insyaALLAH.

Ahmad Zulfadhli Zulkefli on August 29, 2009 at 11:20 PM said...

Setiap orang baek lelaki maupun perempuan mempunyai t/jawab masing2. Jadi, jalankanlah t/jawab masing2 dgn iklas & penuh tawadduk. =)

Naz on August 29, 2009 at 11:35 PM said...

rasanya zaman skrg ni lelaki dah ramai yg boleh memasak. untuk jadi imam, x semua yang mampu jadi imam dng baik. yang penting hati kena ada untuk menjadi seorang imam yang baik. 1 hari seorang lelaki muslim tu akan jadi pemimpin keluarga. alangkah baiknya jika dia dpt memimpin seisi keluarganya dlm setiap solat... :)

abdbaith47 on August 30, 2009 at 4:55 AM said...

salam ziarah...

emm... siapa yg kata ok kalau lelaki tidak boleh jadi imam? Sememangnya ia adalah suatu perkara yang mengaibkan... wallahua'alam...

Anonymous said...

bila menjadi abang sulung, dah kawin, dah ada anak, dah jadi ketua dlm kerja, atau dah tua hehe, tanggungjawab itu datang dgn semulajadi & ikhlas. Insya-Allah..

setuju dgn pepatah, melentur buluh biar dari rebung, didiklah anak2 kecil generasi muda dgn solat & galakkan anak2 lelaki utk menjadi imam solat jemaah bersama keluarga.. jangan marah sampai merotan jika mereka tersalah sesuatu kerana mereka telah mencuba, tapi tegur dgn berhemah & matang, insya-Allah lain kali mereka hendak menjadi imam sekali lagi..

tak perlulah memandang semacam golongan yg rasa2 kita anggap maybe tak tahu menjadi imam, kerana setiap insan itu ada sesuatu yg lebih baik daripada kita walaupun kita rasa kitalah yg terbaik..

ramai juga lelaki tak tahu main bola sepak hehehe.. wajib ke?

Abdullah Xuais on August 30, 2009 at 10:53 AM said...

kalamullah fil kitab al-aziz: ar-rijal qawwamu a'la nisa'

eyeNa on August 31, 2009 at 12:22 PM said...

dimana ada kemahuan, di situ ada jalan..

Ainul on August 31, 2009 at 3:37 PM said...

btol tu . lelaki ni pandai2 je soh pompuan wat mcm2 . tapi , dyorg sendiri tak sedar .
info yg bagus .

fahmimahat on September 2, 2009 at 1:24 PM said...

pada pendapat saya, adalah adil (dlm konteks meletakkan hak pada tempat yang betul) apabila wanita meminta lelaki bakal suami mereka memiliki keupayaan menjadi Imam, manakala lelaki pula meminta wanita bakal isteri mereka mampu memasak.

Persoalan lelaki-x-malu-minta-bakal-isteri-pandai-masak-tapi-sendiri-tak-tau-jadi-imam adalah isu yang telah diketengahkan dlm banyak karya dan bentuk penulisan, sejak 5 hingga 10 tahun yang lepas.

Jarang ada orang yg payah nak setuju bhw "imam" adalah satu bentuk imej kendiri lelaki yang boleh mengelakkan mereka dari menjadi mangsa queen control. Mereka2 yang tak percaya, dialu2kan untuk buat mini research dgn kaum adam yg jadi imam di rumah solat berjemaah dgn anak2 dan isteri mereka, bagaimanakah kualiti hubungan mereka.

Jadi, untuk lelaki2 yang rasa dorang rugged sgt tuh, dorang semua tu sanggup ke diqueen control sebab tak mahu amik inisiatif belajar jadi imam dari skrg ?

tak rugi pun bai..

bak kata nabil.. lu pikirlah sendiri. Assalamualaikum~!

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 

j-QAF Sk Sulaiman Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template