Jadilah Orang Yang Sentiasa Jujur

Setiap Jejak Akan Tetap di Balas..Jgn Risau Ok

Biar Gambar Berbicara

Thursday, August 20, 2009

Erti Ramadhan Bagi Umat Islam


Ramadhan 1430H telah menjelma di hati umat Islam samada di Malaysia ataupun seluruh dunia. Bagi orang yang kaya berpuasa bagi mereka ialah mengikut cara mereka manakala orang yang sederhana dengan cara sederhana tetapi bagi yang faqir miskin berpuasa mereka tidak sama dengan orang yang kaya atau yang sederhana. Tatkala umat Islam di Malaysia sedang bersedia untuk menyambut ketibaan bulan Ramadhan al-Mubarak terdetik di hati kita bagaimanakah gayanya orang faqir dan miskin di Malaysia ini berpuasa. Adakah mereka itu dapat bersahur ke atau bagaimana dengan lauk-pauk untuk mereka berbuka puasa adakah dengan ayam percik, ayam golek, air soya dan sebagaimananya sepertimana juadah- juadah yang kita lihat di bazaar Ramadhan.

Itulah gayanya berpuasa di malaysia. Belum lagi kita melihat dengan lebih jauh lagi keadaan puasa saudara satu syahadah dengan kita yang sama-sama bertuhankan Allah yang maha Esa tetapi nasib mereka tidak sama. Sewaktu kita semua dapat berbuka puasa mereka sibuk untuk mencari tempat perlindungan daripada menjadi mangsa serangan luar. Kita di Malaysia tidak merasa itu semua kerana alhamdulillah kita semua mendapat perlindungan dari Allah taala tetapi apa salahnya jika kita diam dan berfikir sejenak bagaimanakah keadaan saudara kita yang lain.


3 comments:

tice on August 20, 2009 at 10:52 PM said...

selamat menhambut kedatangan RAMADHAN...Mungkin ramadhan tahun ini tak semeriah tahun-tahun sebelumnya dari aspek 'menziarah' pasar RAMADHAN di Malaysia..

Sebabnya wabak H1N1 sedang 'bermaharajalela' esp di tempat-tempat awam di negara kita..Semoga 'BALA' yang diturunkan Allah menjelang Ramadhan ini akan sentiasa menginsafkan kita esp umat ISLAM dan kebarangkaliannya ada HIKMAHs besar disebalik BALA yang ditrurunkan agar kita dapat 'MENGHAYATI' /'MENYELAMI' apa yang dialami oleh sedara-sedara kita di luar sana yang senantiasa berada di dalam keadaan NYAWA DI HUJUNG TANDUK tak kira pada bulan Ramadhan atau hari-hari biasa..

Semoga ALLAh senantiasa melindungi dan memelihara IMAN kita semua terutama menjelang dan dalam bulan yang MULIA ini dari segala hasutan IBLIS dan fitnah dunia..Insya-Allah

Thegreatbandito on August 20, 2009 at 11:07 PM said...

Betul tu..Tapi kita sebagai manusia haruslah bersabar dengan dugaan Allah..

Nanti kat Bazar Ramadhan jgn lupa pakai topeng..Sebagai langkah keselamatan..Hehe..

hazila on August 21, 2009 at 10:34 AM said...

Salam singgah. Selamat menyambut Bulan Ramadhan buat semua guru guru J-QAF SK Sulaiman.

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 

j-QAF Sk Sulaiman Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template