Pendaftaran dah siap..semua murid diarahkan untuk pergi ke surau (bangunan kayu) untuk slot ceramah yang akan disampaikan oleh Jambu Berhias..Siapakah Jambu Berhias..Adakah kamu kenal Jambu Berhias..Jawapan ada di dalam blog ini..Hehe..Slot ceramah yang disampaikan oleh Jambu Berhias ialah Tunai Solat Hidup Berkat..Malam sebelum ceramah baru nak tanya tajuk kat Great Bandito...Huhu..
Kamu kenal siapa di sebelah ini..Manusia yang sedang mengangkat tangan..Tak tau la apa yang di cakapnya..Mungkin dia kata.." Cikgu..Cikgu saya pun nak jawab juga", huhu..macam-macam ragam. Kat sebelah inilah manusia yang bernama Jambu Berhias..Lebih kurang macam Janda Berhias...
Slot ceramah ni memang mantap..Siap ada tayangan video tentang balasan dunia kepada mereka yang tidak mengerjakan solat..Video telah di edit oleh hamba Allah yang menggelarkan dirinya Ibnu-ismail..Hehe..Carilah sapo dio tu..
Slot ceramah ni memang mantap..Siap ada tayangan video tentang balasan dunia kepada mereka yang tidak mengerjakan solat..Video telah di edit oleh hamba Allah yang menggelarkan dirinya Ibnu-ismail..Hehe..Carilah sapo dio tu..
Ceramah yang disampaikan oleh Jambu Berhias ni selama 1 jam sebenarnya..Tapi terlajak la plak sebab syok sangat berceramah sampai tak ingat nak berhenti.Hehe..Jangan marah ooo Encik Jambu Berhias..Nanti Ustazah Temin marah plak aku..
Slot ceramah dah habis...Seterusnya murid-murid terus di bahagikan kumpulan yang telah ditetapkan..Ustaz Ibnu-ismail memainkan peranannya untuk penyelarasan kumpulan..Murid tahun 5 telah dibahagikan kepada 3 Kumpulan, murid tahun 4 pula dibahagikan kepada 5 kumpulan dan tahun 3 juga kepada kumpulan... Setiap kumpulan pula akan dibantu oleh Guru Pembantu dan 2 Orang murid turus..
Kumpulan dah bahagi...Lepas tu plak aktiviti LDK untuk Bacaan dalam Solat..Mr. Great Bandito dapat murid tahun 5..Dibantu pula oleh En. Prof..Hehe..Manakala 2 orang murid pembantu daripada tahun 5 juga..Masalahnya plak murid pembantu nie sorang daripadanya ialah daripada kelas Juara..Hampeh betul..Nie bukan murid turus.Tapi murid lain plak yang meluruskan dia semua..Nak tergelak aku tengok..Dah siap semua nie murid2 berehat untuk makan pagi..Mungkin semua dah kebuluran termasuk guru-guru Fasi..
Sementara murid-murid duk berehat sempatla Mr Great Bandito melihat gelagat guru2 Sk Sulaiman..Kali nie rasa meriah kerana semua guru menyumbang tenaga dalam menjayakan program ini..
Sementara murid-murid duk berehat sempatla Mr Great Bandito melihat gelagat guru2 Sk Sulaiman..Kali nie rasa meriah kerana semua guru menyumbang tenaga dalam menjayakan program ini..
Makan sudah..Minum sudah..Bergambar pun sudah.." Semua boleh masuk kumpulan masing2",,Tak tau saper yang menjerit..Semua murid masuk ketempat yang mereka masing untuk Slot Bacaan Wudhuk..Walaupun ini biasa yang mereka lakukan tetapi ada juga yang masih lupa dan ada juga yang masih tidak tahu cara mengambil wudhuk yang betul..Sebab itulah KBS ini diadakan bagi memantobkan penerapan akhlak murid.
Setelah habis Slot Wudhuk dan Amali Wudhuk semua murid akan menjalani Praktikal Solat Berjemaah (Zohor)..Suasana menjadi bising apa seorang demi seorang masuk kedalam surau..Beberapi di tegur murid masih membuat bising..Tiba-tiba terdengar suara hamba Allah.."Oooii..Tak Faham-faham bahasa lagi ker..Dalam surau pun nak bising"..semua murid senyap secara tiba2 apabila Ustaz Shahrul menunjukkan belangnya..Mesti ada murid yang menggigil melihat belangnya itu..Haha..
Sedang khusyuk solat..Hujan turun..semakin lama semakin lebat..Walaupun begitu semua murid meneruskan solat dengan perasaan sabar.Setelah selesai solat dan sedikit tazkirah yang telah disampaikan oleh Jambu Berhias, selepas itu semua murid berkemas dan menunggu di depan surau untuk melihat samada penjaga mereka sudah sampai atau belum. Suasana di depan surau menjadi riuh dan di tambah pula dengan bunyi hujan yang lebat..Macam2 ragam melihat mereka ketika menunggu ibu bapa mereka ambil..Insyallah kita bersambung nanti pada Fasa Yang Kedua..Salam.
.
2 comments:
Hidup j-QAF Sk Sulaiman..Huhu..
Kepada rakan-rakan yang lain sila la beri pandangan untuk memperbaiki lagi blog ini...
Tahniah .... kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan program KBS 2009.
Post a Comment