Jadilah Orang Yang Sentiasa Jujur

Setiap Jejak Akan Tetap di Balas..Jgn Risau Ok

Biar Gambar Berbicara

Monday, August 17, 2009

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan


MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN

Tarikh:17 Ogos 2009(Isnin)

Tempat:
Tapak Perhimpunan Sk Sulaiman

Masa:

7.40- 8.10

Kringggggg..Loceng sekolah berbunyi..Kelihatan murid-murid tergesa-gesa ke tapak perhimpunan..Oh...terlupa plak...Hari ni hari Isnin..ada perhimpunan..Maklum la..Hari ni kan budak sekolah ada peperiksaan..So ingatkan tak ader perhimpunan..Hehe..Jadi macam biasa la perhimpunan dijalankan yang mana guru bertugas akan berucap sehinggalah ke giliran Guru Besar berucap..

Dan pada hari ini juga, Sk Sulaiman telah mengadakan Pelancaran Bulan Kemerdekaan. Maka hari ini juga tazkirah pun bertajuk" Sayangi Negara" yang telah disampaikan oleh Ustazah Norazreen (Guru j-QAF). Apabila sampai pada giliran Guru Besar, banyak nasihat yang telah disampaikan oleh Guru Besar dan memberitahu betapa payahnya kita berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu pada masa itu..

Setelah berucap, acara Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan dilancarkan oleh Guru Besar Sk. Sulaiman iaitu En. Azor bin Yusof..Penyampaian sajak pula dideklemasikan oleh Adik Norasikin binti Azlan (murid tahun 5 Tiara). Selepas itu pula, semua murid dan guru menyanyikan 2 lagu patriotik iaitu "Keranamu Malaysia" dan " Jalur Gemilang".Nyanyian yang penuh bersemangat telah dinyanyikan oleh murid dan guru disamping mengibarkan Bendera Malaysia..



1 comments:

Anonymous said...

salam.....hmm...bagus2 .... thumbs up pada yang wat blog ni untuk cikgu2 jqaf...

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 

j-QAF Sk Sulaiman Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template