
Beginilah kehebatan api dunia yang membakar manusia. Bagaimana pula dengan api neraka di akhirat nanti?? Pada coretan kali ini, mari kita mengenali NERAKA yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu-batu...
"Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) Yang disediakan untuk orang-orang kafir."
[Al-Baqarah:24]
Perkataan neraka berasal daripada bahasa ibrani yang bermaksud unggun api. Al-Quran pula menyebutnya sebagai NAR atau Narul-Jahannam. Secara ringkas, neraka mempunyai 7 tingkat dan terdapat satu pintu pada setiap tingkat.
Antara nama-nama tingkat neraka menurut Al-Quran adalah seperti berikut;
i.
Jahannam – tingkat atas sekali (Ali-Imran:12)
ii. Luza – tingkat kedua (Al-lail:14-16)
iii.
Hathamah – tingkat ketiga, tempat orang yang lalai mengerjakan perintah Allah kerana leka dengan harta dunia (Al-Humazah:4-9)
iv.
Sair – tingkat keempat, tempat orang yang memakan harta anak yatim (An-nisa’:10)
v.
Saqar – tingkat kelima, tempat orang yang tidak sembahyang, tidak mahu memberi makan kepada orang miskin, percaya kepada yang bukan-bukan, dan mendustakan hari kiamat (Al-Muddathir:40-46)
vi.
Jahim – tingkat keenam, tempat orang kafir dan muslim yang melakukan dosa seperti zina dan minum arak (Al-maidah:86, Ad-Dukhan:47-50)
vii.
Hawiyah – Neraka yang bawah sekali, tempat orang-orang yang berdosa berat dan musuh-musuh Islam. (Al-Qariah:8-11)
Beberapa fakta tentang Neraka Allah
• Setiap kali kulit ahli neraka hangus dibakar api neraka, maka Allah akan menggantikan dengan kulit yang baru. Maka,
siksaan mereka tiada penghujungnya. (An-Nisa:56)
• Makanan ahli neraka adalah dhari’ iaitu kayu yang berduri (Al-Ghasyiah:6-7)
•
Minuman ahli neraka adalah hamim, air yang sangat panas, darah dan nanah yang sangat busuk sehingga menghancurkan rongga perut (Al-Ghasyiah4-5).
•
Siksaan neraka paling ringan ialah memakai terompah yang diperbuat daripada api sehingga apabila dipakai, mendidih otak. Inilah siksaan Abi Thalib, bapa saudara nabi. (hadis)
•
Siksaan paling berati. Orang musyrik (hadis)
ii. Orang berilmu yang tidak mengamalkan ilmunya (hadis)
iii. Orang munafiq (An-Nisa’:145)
iv. Orang yang tidak mahu membayar zakat (At-taubah:34)
v. Orang yang mencampur-adukkan antara yang halal dan haram.
Hadis Abi Zaid Usamah bin Zaid r.a. mengatakan:
Aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda: Pada hari kiamat, iaitu di dalam neraka, ada seseorang yang ditarik perutnya panjang-panjang ke hadapan. Sudah itu diputar seperti memutar keldai dalam kilangan. Maka orang-orang neraka lain datang berkumpul ke tempatnya itu seraya bertanya: Hai, Polan! Apa sebabnya engkau jadi begini? Apakah engkau tidak pernah mengerjakan suruhan Tuhan dan menghentikan laranganNya? Jawabnya: Ya, aku kerjakan. Yang makruf aku buat, dan di samping itu yang mungkar pun aku buat juga.

Manusia memang tidak pernah terlepas daripada melakukan dosa. Perkara ini tidak aneh kerana kita bukanlah maksum seperti para rasul. Tetapi pernahkah anda terfikir mengapa kita sering kali mengulangi dosa yang sama!!
Adakah kita jahil bahawa perbuatan itu adalah berdosa? Mungkin tidak. Sebagai seorang muslim perkara halal dan haram sudah tentu bermain dalam buah fikiran kita. Kita juga percaya pada balasan akhirat. Namun, kita belum beriman pada hari kiamat.
Bukankah iman itu merangkumi I’tiqad, percakapan dan perbuatan? Adakah kita boleh digelar beriman dengan hari kiamat sedangkan lidah kita masih berbohong, mencarut, mengumpat seolah-olah balasan akhirat itu tiada??
Isteri Rasulullah, Aishah pernah menangis bila teringatkan siksaan neraka..
Salman Al-Farisi lari tunggang-langgang bila mendengar peristiwa neraka..
Rabiyatul Adawiyah pengsan tidak sedarkan diri bila diceritakan azab neraka..
Aku pula bagaimana???
Sumber:
DuniaDeen