Beginilah kehebatan api dunia yang membakar manusia. Bagaimana pula dengan api neraka di akhirat nanti?? Pada coretan kali ini, mari kita mengenali NERAKA yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu-batu...
"Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) Yang disediakan untuk orang-orang kafir."
[Al-Baqarah:24]
Antara nama-nama tingkat neraka menurut Al-Quran adalah seperti berikut;
i. Jahannam – tingkat atas sekali (Ali-Imran:12)ii. Luza – tingkat kedua (Al-lail:14-16)
iii. Hathamah – tingkat ketiga, tempat orang yang lalai mengerjakan perintah Allah kerana leka dengan harta dunia (Al-Humazah:4-9)
iv. Sair – tingkat keempat, tempat orang yang memakan harta anak yatim (An-nisa’:10)
v. Saqar – tingkat kelima, tempat orang yang tidak sembahyang, tidak mahu memberi makan kepada orang miskin, percaya kepada yang bukan-bukan, dan mendustakan hari kiamat (Al-Muddathir:40-46)
vi. Jahim – tingkat keenam, tempat orang kafir dan muslim yang melakukan dosa seperti zina dan minum arak (Al-maidah:86, Ad-Dukhan:47-50)
vii. Hawiyah – Neraka yang bawah sekali, tempat orang-orang yang berdosa berat dan musuh-musuh Islam. (Al-Qariah:8-11)
Beberapa fakta tentang Neraka Allah
• Setiap kali kulit ahli neraka hangus dibakar api neraka, maka Allah akan menggantikan dengan kulit yang baru. Maka, siksaan mereka tiada penghujungnya. (An-Nisa:56)• Makanan ahli neraka adalah dhari’ iaitu kayu yang berduri (Al-Ghasyiah:6-7)
• Minuman ahli neraka adalah hamim, air yang sangat panas, darah dan nanah yang sangat busuk sehingga menghancurkan rongga perut (Al-Ghasyiah4-5).
• Siksaan neraka paling ringan ialah memakai terompah yang diperbuat daripada api sehingga apabila dipakai, mendidih otak. Inilah siksaan Abi Thalib, bapa saudara nabi. (hadis)
• Siksaan paling berat
i. Orang musyrik (hadis)
ii. Orang berilmu yang tidak mengamalkan ilmunya (hadis)
iii. Orang munafiq (An-Nisa’:145)
iv. Orang yang tidak mahu membayar zakat (At-taubah:34)
v. Orang yang mencampur-adukkan antara yang halal dan haram.iv. Orang yang tidak mahu membayar zakat (At-taubah:34)
Hadis Abi Zaid Usamah bin Zaid r.a. mengatakan:
Aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda: Pada hari kiamat, iaitu di dalam neraka, ada seseorang yang ditarik perutnya panjang-panjang ke hadapan. Sudah itu diputar seperti memutar keldai dalam kilangan. Maka orang-orang neraka lain datang berkumpul ke tempatnya itu seraya bertanya: Hai, Polan! Apa sebabnya engkau jadi begini? Apakah engkau tidak pernah mengerjakan suruhan Tuhan dan menghentikan laranganNya? Jawabnya: Ya, aku kerjakan. Yang makruf aku buat, dan di samping itu yang mungkar pun aku buat juga.
Manusia memang tidak pernah terlepas daripada melakukan dosa. Perkara ini tidak aneh kerana kita bukanlah maksum seperti para rasul. Tetapi pernahkah anda terfikir mengapa kita sering kali mengulangi dosa yang sama!!
Adakah kita jahil bahawa perbuatan itu adalah berdosa? Mungkin tidak. Sebagai seorang muslim perkara halal dan haram sudah tentu bermain dalam buah fikiran kita. Kita juga percaya pada balasan akhirat. Namun, kita belum beriman pada hari kiamat.
Bukankah iman itu merangkumi I’tiqad, percakapan dan perbuatan? Adakah kita boleh digelar beriman dengan hari kiamat sedangkan lidah kita masih berbohong, mencarut, mengumpat seolah-olah balasan akhirat itu tiada??
Isteri Rasulullah, Aishah pernah menangis bila teringatkan siksaan neraka..
Salman Al-Farisi lari tunggang-langgang bila mendengar peristiwa neraka..
Rabiyatul Adawiyah pengsan tidak sedarkan diri bila diceritakan azab neraka..
Aku pula bagaimana???
Sumber: DuniaDeen
12 comments:
Kalau difikirkan kita semua tahu tentang neraka...cuma adakah kita tahu neraka itu disedia kan untuk siapa...adakah kita tahu kita termasuk siksaan yg mana....mudah-mudahan segala ibadah kita diterimanya.....
Sya tahu api dunia dgn api neraka tak sama...rasanya berat lagi api neraka...Semuga kita semua di tempatkan di syurganya ..... Amin...amin
ermm.. api neraka memang menakutkan bila kita fikirkan :(
post ini memang sesikit sebanyak membuka mata kita tentang dunia yang belum manusia hadapi.
perbanyakkan lah ibadat sementara sempat diatas muka bumi yang aman ini.
Kongsi pengalaman sikit...
Saya pernah berceramah di kilang Samsung Corning Senawang. Sudah ceramah, manager kilang tu bawak pi tengok tempat kerja diaorang. Samsung Corning ni kerja dia buat screen TV dan computer.
Screen tu dibuat daripada kaca. Kaca itu terhasil dari pasir yang dibakar pada kepanasan 3000 darjah celcius. (air mendidih 100 darjah je).
Saya dibawa melihat bagaimana pasir dibakar hingga hancur dan kemudiannya cair dan merah membara. Lalu cecair itu dituang dalam acuan untuk membentuk screen TV/komputer. Ruang kilang tu terasa sangat panas dek bahang yang terhasil dari api 3000 darjah celcius tadi.
Sepanjang perjalanan pulang, saya terfikir adakah itu api yang paling panas di dunia. Api itu mampu mencairkan pasir.
Jika itu api paling panas di dunia, bagaimana pula api neraka yang 70 kali lebih panas dari api yang paling panas di dunia. Ertinya (70 X 3000) api neraka berkepanasan 210 000 darjah celcius). Masya Allah...
Itu baru ukuran yang dibandingkan dengan api Samsung Corning. Andai ada lagi api yang lebih panas di muka bumi ini, bererti neraka lebih panas dari 210 000 darjah.
Berapapun neraca kepanasannya, mampukah kita menghadapinya....
saya takut masuk neraka, tapi tak pantas ada disurga...
salam,
Neraka itu darul Azab,tempat org kafir diseksa.Neraka itu tempat yg panas sekali.Kalau terjatuh kedunia sebesar biji sawi umpamanya,maka hancur alam ini kerana panasnya.
Peristiwa neraka adalah peristiwa yg menakutkan menimbulkan perasaan ngeri,gentar dan takut bagi org beriman seperti Aisyah,isteri rasulullah,Salman Al-Farisi dan Rabi'atul Al-Adawiyah.
Bagagaimana pula kita yg kerdil ini??..
Tidak kah kita merasa ngeri dan takut??..
Kadang-kadang kita lupa;Darimana kita datang,Untuk apa kita didatangkan dan Kemana kita akan kembali??..
entry yg sangat berguna,selepas membaca entry ni saya rasa takut bila memikirkan tentang api neraka dan terbayang macam manalah diri saya sediri nanti..huuuu...saya tau saya tak layak utk ke Syurga Allah tapi saya takut utk ke nerakaNya...
Sebelum ianya berakhir dengan penyesalan dan penderitaan,maka carilah keredhaan ILLAHI.
MasyaAllah beratnya seksaan api neraka... Namun kita janganlah takut akan neraka kita sepatutnya elak membuat dosa kerana takut akan kemurkaan Allah.
Kita sepatutnya membenci neraka sebagaimana kita benci dicampakkan ke dalam neraka...
Wallahua'lam bissowab...
Jom rebut peluang membersihkan diri dari dosa di bulan ramadhan ini...
Terimalah taubat ku Ya Allah...
assalamualaikum...
Bila terpandang jer gambar api di atas...meme terasa kehangatannya/keperitannya/kebahangannya seakan-seakan sedang membakar kulit kita walaupun kita tidak duduk dekat api tu..Amat menakjubkan gambaran yang kita dapat bayangkan..ALHAMdulillah...(Ini menunjukkan kita masih PEKA kepada keperitan ketika terkena API)
Bila dikaitkan dengan 'API NERAKA'.....lagilah bertambah GERUN bagi orang ISLAM yang mempercayai HARI QIAMAT/HARI AKHIRAT dan siksaan dalam NERAKA...Tapi bagi segelintir UMAt MUHAMMAD yang masih samar-samar mengenai HARI QIAMAT/AKHIRAT dan masih kurang mempercayai wujudnya hari tersebut mungkin tak dapat bayangkan atau pun tak akan cuba membayangkan betapa peritnya berada di dalam API NERAKA..
Nampak macam ada juga dalam kalangan masyarakat Islam sekarang buat no hal jer kalau disebut..."Kalau tak ikut perintah ALLAH,nanti masuk NERAKA WOOO"...dan boleh lagi senyum sinis kepada penutur kata-kata ini!Salah siapa???? Ntahlaa..macam tak tau jer nak jawab apa...FIKIR-FIKIRkan lah....
Bila dah ada golongan yang tak/kurang mempercayai wujudnya API NERAKA...maka tumbuhlah salah laku DERHAKA kepada ALLAH seperti tmumbuhnya CENDAWAN SELEPAS HUJAN...
Dan mungkin jugak bila berlaku cuaca PANAS MELAMPAU...(mungkin BALA yang diturunkan oleh ALLAH)ada jugak yang tak teragak-agak cakap..'Ala...ni bukan apa...cuma penipisan OZONE jer...n JERUBU jer..nanti OK ler tuuu'..
Tapi...sebenarnya AZAB yang ALLAH turunkan sedikit demi sedikit kepada kita ini patut kita sudah sedar dan senantiasa mempertingkatkan IBADAH kita dari masa ke masa..Insya-ALLAH kita takkan menyesal sekiranya tertiber saja ditakdirkan berlaku APi TSUNAMi or peristiwa semacam itu... Mintak dijauhkan lah...
Erk, Rabiatul Adawiyah, wali wanita yang terkenal. Hehehe, tak boleh nak banding dengan dia, aku ni terlalu kerdil dan masih lagi belajar.
Ya Allah Ya Tuhanku , ampunilah dosa2 hambaMU yg tidak pernah lekang drpd kesilapan . bertaubatlah sebelum terlambat .
Post a Comment