Oleh: Ustaz Aris Hazlan
Saya mengenali beliau ketika sama-sama berulang ke maktab (IPTAA) Kuala Lipis Januari 2005 lalu. Berwajah bulat nangka, 'kaler' hitam manis, sentiasa tersenyum biarpun baru kena palu dengan isteri. Dia sangat hormati wanita. Di kelas, tak banyak cakap, hanya 'terkernyeh' sepanjang hari. Tapi bila balik asrama, macam-macam cerita keluar dari mulut.
Itulah watak Juara Pertandingan Khat Zon Timur menerusi rancangan Marhaban di Astro, Ustaz Khairul Araifin dari SK Abu Bakar, Mentakab.
Manja dengan nama Kerul, beliau bukan berbakat dalam bidang khat sejak dilahirkan. Tetapi mula mengasah bakat dalam kelas di maktab. Terutama masa pensyarah yang slow motion atau waktu rakan lain sedang dibuai mimpi indah dalam kelas.
Berbekalkan marker pen Artline 90-nya dia menconteng, melakar dan menulis nama rakan-rakan dengan khat thuluth yang direka-bentuk seperti kubah, bunga, bulatan dan sebagainya.
Tertarik dengan keindahan khatnya, maka 'banat-banat' pun pakat suruh beliau tulis nama mereka untuk diabadikan dalam simpanan mereka. (Ini satu-satunya rahsia beliau yang saya belum dedah kepada isterinya... :).
29hb Ogos lalu, beliau menyertai pertandingan Khat anjuran Astro Oasis di Kuantan Mega Mall. Tanpa berbekal sebarang sijil mahupun diploma dalam bidang khat, beliau menggondol gelaran juara apabila menewaskan semua peserta dari neger-negeri Pantai Timur.
Kejayaan di Kuantan mengheretnya ke pertandingan peringkat pusat yang diadakan di Shah Alam 6hb Sept lalu. Di sana, beliau terpaksa berentap dengan juara-juara dari Zon Utara yang telah mengadakan pertandingan mereka pada 22 Ogos di Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang, Zon Selatan (15 Ogos – Batu Pahat Mall, Batu Pahat, Johor) dan Zon Barat (5 September – Jusco, Bukit Tinggi, Klang, Selangor).
Pagi 5 Sept, sebelum berangkat ke Shah Alam, beliau sempat mengunjungi rumah bapa saya di Jengka dengan membawa dua batang paku resam (alat tulis khat). Barangkali mohon doa dan restu kami...
Petang besoknya, dalam perjalanan saya pulang dari pasar Ramadhan Bandar Jengka, saya menghubungi beliau bertanyakan keputusan pertandingan. Beliau dengan rendah hati menjawab, "Saguhati je ustaz. Dapat RM200." Saya kurang yakin dengan jawapannya. Saya tanya, "Bukan RM200. Anta dapat gi umrah tak?" Beliau jawab dengan bersungguh, "Tak dapat ustaz. Semua hebat-hebat."
Ternyata Ustaz Kerul hanya dapat hadiah saguhati. Nombornya tak tahu. Sebab dari 12 peserta, hanya seorang sahaja dikira sebagai pemenang yang dapat hadiah umrah. 11 orang lagi diberi hadiah saguhati.
Apapun, saya tetap berbangga dengan Ustaz Kerul. Dia termasuk 12 khattat (الخطاط) terbaik seluruh Malaysia!
16 comments:
assalamualaikum
TAHNIAH3 & SYABAS3 TO USTAZ KERUL.. kerana termasuk dalam list 12 KHATAT TERBAIK NEGARA!!!
Semoga tahun akan datang Ustaz akan dianugerahkan sebagai JOHAN..iNSYA allah
tahniah diucapkan...mabruk!!
TAHNIAH DIUCAPKAN!!
tahniah diucapkan kepada Ustaz Khairul Araifin, takpa nanti boleh cuba lagi
Tahniah Ustaz
Subhanallah... Memang berbakat... =)
salam, saya kenallah kalu ust keroi tu. masa kat uia dulu saya selalu jgk pinjam nota dan kitab2 dia,tulisan dia masa menyalin nota ketika mengantuk pun come lote...sbb tu saya suka pinjam nota dia copy la....
Terima Kasih kepada sahabat-sahabat yang memberikan semangat, insya allah tahun saya cuba lagi...
salam..
pertama kali beri komen di sini..
tahniah..
semoga tak jemu utk mencuba di masa akan datang..
=)
tenet aien kat cni slow.. aien xleh nmpk bah. folower 2.. tnet slow.. tp t next time aien mai cni aien add k.. tp aien dh amek link cekgu dh.. hehe nice to meet u :)
salam kenal. Mmg tulisan khat ada seni yang tersendiri.Saya minat 'arts' dan bagi saya seni khat unik dan menarik..
org pandai khat blh cari rezki dgn cara tu.sahabat saya firdaus mahdi dah banyak buat pameran di luar negara.dulu kat sekolah selalu tulis khat utk program sekolah dan mural di dinding.sangat mengagumkan mereka yang dikurniakan bakat dari Allah.
memang sangat mengkagumi org yang pandai tulis khat nih....
chanteq....tahniah ustaz.
saya minat gler2 ngan khat ni . kalau dulu , buat khat jadi . sekarang ni , jadi burok . org x de bakat lah katakan . lps ni kene belajar teknik membuat khat dgn lebih mendalam . nak ikot jejak ustaz kerol :D
salam ustaz,
nak bagi pendapat ni.
"Tertarik dengan keindahan khatnya, maka 'banat-banat' pun pakat suruh beliau tulis nama mereka untuk diabadikan dalam simpanan mereka. (Ini satu-satunya rahsia beliau yang saya belum dedah kepada isterinya... :)."
bintun,
bintani,
banat.
banat itu sendiri telah menunjukkan ramai@ jamak. kenapa nak digandakan "banat-banat" seperti dalam petikan ayat diatas.
sajer nak tanya, kalau anak tersilap tolong maafkan, maklumlah kami nie cikgu prasekolah jer.
wassalam.
Post a Comment