Jadilah Orang Yang Sentiasa Jujur

Setiap Jejak Akan Tetap di Balas..Jgn Risau Ok

Biar Gambar Berbicara

Sunday, September 13, 2009

Berbuka Puasa di Masjid Kian Hambar


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."

Dewasa kini dengan kemewahan rezeki yang melimpah ruah, ramai umat Islam lebih suka berbuka puasa di rumah , direstoran, diwarung tepi jalan atau di hotel berbanding dengan di masjid. Kalau yang datang kemasjid pun walaupun tidak semua tetapi semata-mata memenuhi undangan moreh. Dimanakah perasaan umat Islam ingin memakmurkan masjid?

Apakah makanan di masjid tidak selazat atau sesedap rasa dengan hidangan dihotel yang buffet berbuka puasanya pun ada yang melebihi RM 100.00 !! Dengan wang sebanyak itu boleh mengisi makanan untuk sekurang-kurangnya 10 orang anak yatim dirumah anak yatim atau orang tua di rumah kebajikan masyarakat dengan anggaran seorang berbelanja sebanyak RM 10.00 Sampai terasa lari dengan konsep ibadah berpuasa yang antara matlamatnya ialah menghayati penderitaan insan yang fakir dan miskin! Juga menghayati penderitaan umat Islam di Palestin dan di Iraq dan yang terbaru di Kashmir! Kerana dengan adanya penghayatan ini, barulah terasa hebatnya ibadah berpuasa. Kearah melahirkan keinsafan dan kesyukuran pada Illahi akan nikmat yang dikurniakanNya kepada hambaNya di muka bumi ini! Juga kearah rasa kehambaan pada Illahi. Sebab itu digalakkan berbuka puasa di masjid. Yang makanan utamanya ialah memakan buah kurma dan seteguk air kosong.Mengikut sunnah nabi.Dan bagi yang mampu sekadar menambah kuih muih dan sedikit air manisan sebagai penyedap makanan. Dan selepas berbuka puasa barulah digalakkan sembahyang berjemaah solat maghrib.


Jadi mendapat kebaikan berbuka puasa dan bersolat jemaah serta beriktikaf dimasjid sementara menunggu waktu berbuka puasa.Dan selepas makan antara 2 hingga 3 minit diteruskan bersolat maghrib secara berjemaah. Dan selepas solat barulah diteruskan tambahan makanan sekadar yang perlu sahaja.

Tetapi keadaan ini berlainan dengan umat Islam pada akhir zaman terutama di Malaysia. Ramai yang lebih suka berbuka puasa di restoran, warung-warung tepi jalan dan bagi yang mampu lebih gemar buffet berbuka puasa di hotel yang menawarkan lebih dari 100 hidangan makanan. Tidak kurang juga yang berbuka puasa di Kenny Roger atau KFC atau Mc Donald yang belanjanya melebihi dari kemampuan rakyat kelas bawahan! Sudah tentu mereka akan makan dengan sekenyang-kenyangnya bagi memenuhi hawa nafsu perut yang berlapar pada siang hari. Masa untuk menghabiskan makanan biasanya antara 20 hingga 30 minit. Lepas itu baru nak bersolat apatah lagi yang makan direstoran atau warung tepi jalan memerlukan masa tambahan 10 minit untuk mencari tempat beribadah. Cuba bayangkan dalam keadaan kekenyangan dan hampir lewat bersolat , masih ada lagikah rasa kekusyukan dan kelazatan berpuasa dan bersolat pada Maha Pencipta?


Ingatlah rezeki yang Allah beri bila-bila masa pun boleh ditarik balik. Kalau hidup di dunia ini setakat nak memuaskan hawa nafsu samada dari segi hubungan kelamin atau makanan, samalah kita dengan makhluk binatang! Sebab itu dari makanan, berbagai-bagai penyakit pun datang! Sebab kurangnya rasa bersyukur pada Tuhan! Kalau kita tahu bersyukur pengisian dalam perut kita hanya sekadar 1/3 makanan, 1/3 minuman dan yang selebihnya untuk keperluan bernafas!

Sama-samalah kita renungkan bagaimanakah amalan pemakanan kita ke arah melahirkan insan yang bertaqwa atau termesong kepada penyamaan gaya hidup kita dengan binatang?

Tepuk dada tanya iman!

Sumber: http://www.al-azim.com/

8 comments:

Milofloat on September 13, 2009 at 4:04 AM said...

salamm...sy pegi bukak pose kat msjid tiap2 hari...hehehe..

nurain rodze on September 13, 2009 at 4:09 AM said...

salam..
ain bebuka kt rumah je.
takk penah lg bebuka kt masjid.

Floral Cakes on September 13, 2009 at 5:07 AM said...

Alhamdulillah, dimasjid tempat saya tinggal sekarang ni masih ramai lagi yg berbuka puasa dimasjid.Juga masih ramai lagi yg dtg berterawih cuma kaum muslimat shj yg makin berkurangan...kenape ye???

azli on September 13, 2009 at 5:31 AM said...

Salam ramadan salam beribadat pd mlm terakhir mlm lailatulqadar dari http://www.firestartingautomobil.blogspot.com/

bagus info tu... berbuka puasa ala kadar je.. ape pun suatu amalan yang digalakkan sebagai menghidupkan ramadan seperti di mana-mana negara islam yang lain.akan tetapi kurang di amalkan di malaysia..
Berbuka dengan kesederhanaaan
“Rasulullah S.W.A berbuka dengan kurma basah sebelum sholat. Jika tidak ada kurma basah maka beliau berbuka dengan kurma kering. Jika tidak ada kurma kering maka beliau minum beberapa teguk air.” (Hasan shohih. HR. Abu Daud, Tirmidzi)

jadi renung-renungkan dan selamat beramal..

LaNuNsepet on September 13, 2009 at 2:48 PM said...

berbuka di masjid memang dah kurang... bukan sebab aper.. nak g masjid pun susah ni kan dieorg nak buak kat masjid...

masjid perlukan promosi jugak saya rase.. kawan2 mainkan peranan ajak kwn2 lain..

kuliah pastikan penuh di bulan ramadhan.. manusia walaubgmanapun akan ingin pengisian rohani...

bagus usaha blog ini..
saya sokong islam..
saya cinta islam...

cendol pulut on September 13, 2009 at 3:29 PM said...

Salam.. saya suka topik nih.. saya kalau ikutkan mmg suka berbuka di masjid, tp skarang nih saya lihat kebanyakan masjid kurang menggembar gemburkan yg di masjid itu ader menyediakan juadah berbuka puasa.. jadi orang ramai tak tahu.. sekiranya ada pun kuata untuk orang yg diberi juadah berbuka puasa tidak ramai.. so ader yang datang mgkin x dapat mkn.. ini menyebabkan orang ramai tidak datang berbuka dimasjid itu lagi.. maaf kalau ader tersalah cakap.. harap boleh dibetulkan....

acul on September 13, 2009 at 4:15 PM said...

dulu zaman skolah sy rajin buka di surau kerana juadah berbuka menarik perhatian sy tuk bebuka disitu n ramai rakan yg turut serta. skrg ni dah x cam dl dimana surau & masjid dah jadi cam tempat politik n rakan2 dah sibuk kerja. so hanya buka di rumah bersama ibu.

Milofloat on September 13, 2009 at 6:53 PM said...

Masjid kat tempat sy ni mmg ade buat berbuka puasa tiap2 hari..tp x ramai yg th.Iut pon hr ke-15 ramadhan br sy tau.mugkin ia sediakan untuk AJK msjid shj kot..ade org yg jaga mknn tu..kalau dia rasa hari ramai utk hr tu..mungkin dia akan tambah hidangn utk esoknya..tgk keadaan laa...kalau x ramai yg dtg, xkan dia nak buat mknn byk.nt membazir jerr..

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 

j-QAF Sk Sulaiman Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template