Jadilah Orang Yang Sentiasa Jujur

Setiap Jejak Akan Tetap di Balas..Jgn Risau Ok

Biar Gambar Berbicara

Thursday, September 10, 2009

Pandangan Terhadap Mercun


Akta Bahan Letupan 1957. Seksyen 4 (2) memperuntukkan undang-undang sesiapa yang bersalah mengilang, memiliki dan mengimport mercun atau bunga api, boleh dihukum penjara lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

Dari pandangan Islam pula saya kira amat mudah untuk diketahui hukumnya. Semua perkara yang membawa mudarat kepada diri dan orang lain adalah diharamkan di dalam Islam.Secara ringkas, antara sebab yang menjatuhkan bermain mercun dalam kategori haram adalah :-

1) Mudarat Kepada Diri


2) Mudarat Orang Lain

Ia seringkali mengganggu masyarakat awam sekeliling dengan kebisingan bunyinya selain bahaya letupannya. Jelas ia termasuk dalam perkara yang diharamkan. Tahap pengharamannya lebih dahsyat apabila ia dimainkan di tepi-tepi surau dan masjid tatkala ahli jemaah sedang menunaikan solat. Demikian juga apabila ia ditujukan ke arah rumah dan individu tertentu dengan niat ingin berseronok-seronok. Saya boleh menggangap ia terdapat persamaan dengan cubaan membunuh, kerana bakaran api itu boleh menyebabkan sebuah rumah terbakar atau seseorang kanak-kanak atau bayi hilang nyawanya.

Nabi s.a.w bersabda :

من ضَارَّ أَضَرَّ الله بِهِ وَمَنْ شَاقَّ شَاقَّ الله عليه

Ertinya : Barangsiapa yang membawa mudarat maka Allah akan memudartkan dirinya sendiri, sesiapa yang menyusahkan orang lain, Allah akan menyuasahkannya pula" (Riwayat Abu Daud, no 3635, 3/315; Ahmad, 3/453 ; Tirmidzi : Hasan Gharib ; Syeikh Syuaib, Hasan Bi Syawahidi)

Saya masih ingat kisah yang disiar oleh akbar tahun lepas, bagaimana mercun masuk dalam buaian seorang bayi.

Baca juga kisah ini "Dalam pada itu, ibu Mohd. Syafiq, Saripah Ali, 43, berkata, anaknya sedang mengangkat kain di kawasan jemuran asrama kira-kira pukul 6 petang apabila sebiji mercun bola dilemparkan ke arahnya. ‘‘Mercun yang dilempar ke arahnya terkena di bahagian bawah mata kiri menyebabkan matanya cedera," katanya".

3) Pembaziran

Ia dikira satu pembaziran juga kerana wang yang digunakan dikira dibakar begitu sahaja untuk menikmati letupan yang tiada tentu arahnya. Allah s.w.t mengurniakan kita harta untuk dibelajkan sebaiknya dan bukan untuk mengikut hawa nafsu atas alasan kemeriahan lalu membeli pelbagai jenis mercun. Islam inginkan kita menjadi orang yang mampu mengurus kewangan dengan bijak di bulan Ramadhan. Malah inginkan kita memperbanyakkan sedeqah terutama di akhir Ramadhan. Bukannya membeli mercun yang haram hukumnya. Saya kira, tidak perlu dihurai panjang isu ini disebabkan kejelasannya. Sebagai kesimpulan, ibu bapa yang membelikan mercun ini tidak terlepas dari dosa pada pandangan Islam. Mereka sepatutnya bersifat tegas dalam hal ini melarang sebarang penglibatan anak-anaknya terutamanya jika mereka terjebak dalam membuat mercun sendiri seperti mercun buluh dan lain-lain.


Sumber: Zaharuddin Abdul Rahman

8 comments:

Ainul on September 10, 2009 at 8:29 PM said...

btol 2 . kat cni , org tgh semayang terawih , bdk2 laki dok main mercun . x khusyuk dibuatnya . nak jer sound dorang , tapi apakan daya . saya ni dak kecik bwh 18 tahun . hek3~

shah on September 11, 2009 at 12:02 AM said...

Saya suka main mercun masa kecik dulu. Sekarang suka tgk jer... Saya tak sokong orang main mercun yang bahaya... Membahayakan dan berbahaya...

enyheartsdiamond on September 11, 2009 at 2:14 AM said...

dan mencemarkan alam sekitar;)

Anonymous said...

komen dari sy yang main mercun nie bukan sahaja merbahayakan diri dan orang lain malah sikap yang suka membazir antara pekara yg xharus dilakukan lebih2 lagi di bulan puasa nie..

Floral Cakes on September 11, 2009 at 9:23 AM said...

betul tu..selain dari membazir bahaya pun dapat..peribahasa nenek saya: "duit ditunok, penyakit dicarik."

*(ditunok=dibakar,dicarik=dicari)
* bahasa melayu swk..hehe

ALoNa CintamaniszLite on September 11, 2009 at 4:09 PM said...

Akak suka mercun dan bunga api. Tapi bukan yg jenis bahaya punya tu ler. Kalo setakat mercun gasing, mercun katak tu..best per main. Terhibur aje. Camtu gak ngan bunga api.
Cuma jgn ler beli byk2. Mmg ler membakar duit. Tapi kalo nak ikutkan istilah membakar duit ni..merokok lagi teruk. Dah ler membahayakan orang sekeliling dia, bahayakan diri dia..membakar duit gaji tiap2 bulan. Kalo simpan sampai pencen (umur pjg)..byk dh kan..
Kalo setakat nak sonok2 sekali dua dlm bulan Ramadhan & Syawal..okey per.

Tp..bila anak2 main kat depan umah tu..mak pak kena laa memerhati diorang. Bila akak free..baru kasi diorang main..pasal akak leh dok kat tembok depan umah tu sekali tengok diorang main, hehe..best!!

Anonymous said...

bunga api tak pa kot,hahah

tice on September 12, 2009 at 8:13 AM said...

mercun ni kalo disebuy meme sgt3 sensitif...(buat otak jadi psuing!!!)Nak tau pasai apa?

1. Dah ler bingit telinga,pss tu ganggu KETENANGAN ore apatahlagi bagi pengidap pelbagai penyakit kronik meme GERAM kalo dengar mercun punye bunyi.

2. Pembaziran wang lagi satu bab.kalau duit beli mercun disimpan dalam tabung untuk pengal persekolahan tahun depan alngkah bagus dan bijaknya.!!!Ibubapa memainkan peranan di sini.Jangan DIDIK/SUAPkan anak-anak dengan BUDAYA bermain mercun 10 ari terakhir Ramadhan..Didiklah anak-anak untuk mempertingkatkan IBADAH pada masa ini..InsyaAllah gandaan PAHlernyer..

3.BENCANA..Tersilap haribulan,percikan mercun atau serpihan api meriam buluh tak kene sasaran malah teraccident kat yang bukan hak kita...langsir raya orang ker,bunmbung nipah jiran ker,mata rakan ker,kereta jiran ker dll macam musibah lagi.(minta Allah jauhkan ler)dan lebih teruk lagi kalu terkene pada PEMAIN seniri seoerti yg dipaparkan dlm gambar tu...

So,kalau difikirk2kan,elokler Kejaan 'haramkan' permainan mercun dan bunga api yg boleh memudaratkan tu...Implementkan hukuman yg lebih berat lagi ke atas pesalah main mercun...dan yang lebih mustahak..yang menjuai mercun patut dikenakan hukuman yang lebih berat lagi..kerana mengalakkan ke tiga-tiga faktor di atas

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 

j-QAF Sk Sulaiman Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template