Jadilah Orang Yang Sentiasa Jujur

Setiap Jejak Akan Tetap di Balas..Jgn Risau Ok

Biar Gambar Berbicara

Wednesday, September 23, 2009

APA JADI UMAT ISLAM AKAN DATANG


Hari ini, saya berkesempatan berkunjung ke sebuah Pejabat Pendaftaran Negara untuk suatu urusan. Sambil-sambil berurusan itu, saya berbual dengan pegawai berkenaan. Beliau melahirkan rasa bimbang dengan angka murtad dan gejala sosial yang kian meningkat.

Sememangnya warga 'pendaftaran'lah yang paling wajar bimbang isu ini kerana mereka memiliki angka-angka rasmi sebenar.

Saya cuba mengorek supaya lebih jelas, "Akak, kalau anak yang 'tak ada ayah' macam mana didaftarkan? Ruangan 'bapa' tu kosong je ke?"

"Itulah isu besarnya sekarang ni ustaz. Kami kena isi balik!" Jawab kedua-dua pegawai perempuan itu hampir serentak.

Saya tanya, "Apa yang kena isi?"

"Si tukangnya la..." Jawab mereka. "Ustaz bayangkanlah apa akan jadi suatu waktu nanti. Bila anak tu dah besar, nak kawin, ayah ini akan walikan pernikahannya. Dia tak layak. Maka nikahnya tak sah. Bila tak sah apa akan jadi?" Soal salah seorang daripadanya.

Saya cuba menyelidik, "Kenapa pula kerajaan buat peraturan macam tu pulak?"

"Ala ustaz, one malaysia," jawabnya.

Yang seorang lagi tambah, "Ini yang sedihnya ustaz, bila mahkamah syariah duduk di bawah, dan undang-undang sivil duduk atas."

Oleh kerana tak ada pelanggan lain, maka saya duduk lama di situ untuk bertanya masalah masyarakat.... Dan jawapannya, amat menggerunkan untuk saya paparkan di sini.

Allahummarham ummati....



7 comments:

Muallim Adham on September 23, 2009 at 7:19 PM said...

slm..
uh uh uh kawe pon rasa terpanggil.. ini bukan tanggungjawab individu.. tp tgjwb kita semua huhuhuhuhuuu... inilah kesannya bila tindakan dibuat berdasarkan pemikiran manusia semata2 tanpa merujuk hukum-hakam dan tanpa menanyakan alim-ulama...

pastu, kita nak wat guana ni ustaz?

Abang on September 23, 2009 at 8:22 PM said...

Malaikat: Kenapa kau bersama org zalim?
Manusia : Tapi aku tak zalim.
Malaikat: Bukankah kau yg jadi penyebab di buat zalim?
Manusia : Dia sendiri yang zalim.
Malaikat: Bukankah kalau bkn dgn sebab kau sokong dia, dia tak berpeluang duduk pada kedudukannya itu?
Manusia : Ye le. Tapi aku sokong je. Aku tak redha.
Malaikat: Bukan ke Allah dah sebut, "Jangan cenderong kpd orang zalim nanti kamu akan disambar api neraka?"
Manusia : Betul le tu, kek nye...

"PAANNNG!!" Malaikat menghayunkan penamparnya. Banyak cakap betul mamat ni. Kau dah lawan Tuhan, sokong orang zalim, pastu banyak pula cengkadaknya..."

ALoNa CintamaniszLite on September 29, 2009 at 1:51 PM said...

Ntah ler..nak komen lebih2 pun susah. Pasal..bila dah jadi cenggini..walau bapak dia imam besar pun..dia akan sorokkan utk menutup aib. Camne? Org yg tau hukum pun wat cenggitu?

pecinta_Islam on September 29, 2009 at 4:59 PM said...

salam ustaz..sy harap sngt2 ustaz sudi kongikan semuanya apa yg ustaz dngr tu..sy rse klu masyarakat x tau maka makin terlena la kita dibuatnya.makin x takut la kita.muga ustaz sudi dedahkan apa yg menggerunkan ustaz tu.mdh2an kita semua sedar dan lebih insaf lg bila membacanya.insyarallah

tice on October 2, 2009 at 2:54 PM said...

ULAMA-ULAMA dan AHLI AHLI AGAMA kenelah BERSEPAKAT mengenai hal seumpama ini kerana MATINYA seseorang itu terutama ahli agama yang pakar dalam bidangnya kita akan dipersoalkan kelak apabila berada di alam barzakh...

BERKATALAH BENAR WALAUPUN IA PAHIT....

nisa' mpmkuis on October 16, 2009 at 5:56 PM said...

salam utz. sy mohon utk copy artikle ni utk tatapan n pkongsian msyrakat kampus kami. trima kasih

Anonymous said...

Occasionally laser surgery will be used in order to deal with the problem.

For extra guidelines, facts and goods about how to get rid of acne please see
this writer Bio below:. Extended hair can cause your physique pimples to
get worse if you do not wash it typically, and make confident that it is genuinely cleanse.



my website :: How to remove skin tags

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 

j-QAF Sk Sulaiman Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template