Cinta itu adalah suatu perasaan yang dikurniakan oleh ALLAH kepada setiap insan. Cinta mendorong manusia untuk terus hidup dan mencapai kejayaan dunia dan akhirat.
Islam tidak pernah menghalang sesuatu yang merupakan fitrah. Tetapi Islam memberikan garis panduan agar kehidupan mereka terpelihara daripada kerosakan dan menjamin keamanan mereka.
Cinta yang didorong oleh rasa takut kepada ALLAH akan membawa kebaikan dan kebahagian kepada manusia. Sebaliknya cinta yang berlandaskan nafsu tidak akan kekal. Malah akan menyebabkan manusia rasa gundah gulana dan kecewa. Cinta yang sejati dan agung hanyalah untuk ALLAH.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Tiga perkara yang sesiapa melakukannya akan mendapat kemanisan iman: Menjadikan ALLAH dan Rasul-NYA s.a.w sebagai cinta yang paling utama, menyintai seseorang semata-mata kerana ALLAH dan benci untuk kembali kepada kekufuran seperti dia benci dicampakkan ke dalam neraka." – Riwayat al-Bukhari.
Kewujudan cinta sebelum membuat keputusan untuk mengahwini seseorang itu penting dan dituntut oleh syarak. Rasulullah s.a.w menyarankan agar mereka yang ingin berkahwin melihat wanita yang ingin dikahwini terlebih dahulu. Hal ini pernah berlaku kepada seorang sahabat Nabi, iaitu al-Mughirah bin Syu'bah. Beliau memberitahu baginda bahawa beliau ingin mengahwini seorang wanita. Lalu baginda menyarankan agar beliau melihat dahulu wanita itu kerana ia boleh mendatangkan perasaan cinta kepada pasangan yang ingin dikahwini. (Rujuk al-Tirmizi: 1087. Diklasifikasikan sebagai hasan oleh al-Nasai).
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Tidak kami dapati pada dua orang yang sedang bercinta itu (lebih baik daripada) nikah." – Riwayat Ibn Majah dan diklasifikasikan sebagai sahih oleh al-Busoiri dan al-Albani dalam al-Silsilah al-Sahihah: 624.
Al-Sindi r.h berkata:
"Hadis itu boleh merujuk kepada dua orang atau lebih. Maksudnya, jika timbul perasaan cinta antara dua manusia yang berlainan jenis, cinta itu tidak akan bertambah atau bertahan lama tanpa ikatan perkahwinan. Jika terjadi perkahwinan atas dasar cinta itu, ia akan bertambah kuat dari hari ke hari. " (Rujuk: Nota kaki Sunan Ibn Majah).
Konsep cinta dalam Islam sangat unik, iaitu menyintai sesuatu atau seseorang hendaklah kerana mencari keredhaan ALLAH dan menurut peraturan syarak. Islam mengajar kita bahawa perkahwinan adalah ikatan yang suci, tepat dan satu-satunya cara yang dibenarkan oleh syarak dalam menghalalkan hubungan antara lelaki dan wanita.
Jika seorang lelaki benar-benar ingin mengambil seorang wanita menjadi isteri, dia perlu melihat wanita itu dengan keizinan wali dan ditemani mahram.
Sabda Rasulullah s.a.w melalui hadis Ibn Abbas r.a:
"Seorang lelaki tidak boleh berdua-duaan dengan wanita kecuali wanita itu bersama mahramnya." – Riwayat al-Bukhari.
Berhubung dengan batasan aurat bakal isteri, jumhur ulama berpendapat, hanya dibolehkan melihat wajah dan kedua tangan hingga ke pergelangan. Al-Auza'i berpendapat, dibolehkan melihatnya kecuali aurat, Ibn Hazm berkata, boleh melihat bahagian depan dan belakang wanita itu.
Menurut Ibn Qayyim, terdapat salah satu riwayat Imam Ahmad yang membenarkan bakal suami melihat apa yang zahir daripada tubuh bakal isteri seperti leher, betis dan sebagainya. Pendapat ini dipersetujui oleh Ibn Qudaamah dan al-Hafiz Ibn Hajar r.h. (Tahziib al-Sunan, ms: 25 – 26, al-Mughni, jil: 7, ms: 454 dan Fath al-Baari, jil: 11, ms: 78).
Antara pendapat ulama tentang batasan aurat bakal isteri ialah:
Menurut Imam Syafie, tidak boleh melihat wanita yang ingin dikahwini tanpa menutup kepala (memakai hijab). Dia boleh melihat wajah dan tangan hingga ke pergelagan sama ada dengan keizinan atau tanpa keizinannya. (Al-Haawi al-Kabiir, jil: 9, ms: 34).
Imam al-Nawawi berpendapat dalam Raudhah al-Tolibin dan 'Umdah al-Muftin, jil: 7, ms: 19 – 20, sunat melihat bakal isteri agar seorang lelaki itu tidak menyesal setelah berkahwin dengannya… dibolehkan melihat berkali-kali dengan izinnya atau tanpa keizinannya. Jika masih tidak berpuas hati, dia dibenarkan mengutus wanita lain untuk melihatnya dan menerangkan sifat-sifat wanita itu kepadanya. Wanita juga dikehendaki melihat bakal suami agar apa yang disukai oleh bakal suami, disukai juga oleh dirinya terhadap bakal suami itu.
Abu Hanifah pula berpendapat, dibolehkan melihat wajah, tangan dan kaki. (Bidayatul Mujtahid wa Nihaayatul Muqtasid, jil: 3, ms: 10). Pendapat ini juga dipersetujui oleh Ibn Rushd.
Jumhur ulama membenarkan melihat wajah dan tangan kerana wajah merupakan sumber kecantikan seorang wanita dan tangan pula boleh menggambarkan tubuhnya sama ada langsing atau sebaliknya.
Berhubung dengan percintaan sebelum kahwin yang banyak berlaku di banyak Negara Islam diambil dari budaya barat, ia mempunyai banyak kesan negatif berbanding positif. Dalam Islam, lelaki dan wanita yang tidak ada sebarang pertalian darah (mahram) tidak boleh membuat sebarang perhubungan, sentuhan, keluar berdua-duaan (dating) atau sebagainya tanpa ikatan yang sah. Sudah banyak pengalaman orang-orang terdahulu mengajar kita betapa cinta yang berlandaskan keinginan nafsu tanpa panduan syarak gagal di pertengahan jalan.
Ramai yang menjadi buta kerana cinta. Orang yang sedang bercinta selalunya tidak dapat menilai sesuatu dengan baik kerana ditutup oleh perasaan itu. Mereka seolah-olah berada di awang-awangan. Akhirnya setelah berkahwin, barulah mereka tersedar siapa sebenarnya pasangan yang mereka cintai selama ini. Mereka juga mula menyedari bahawa pasangannya itu bukanlah sebaik yang disangka. Sebab itulah boleh dikatakan satu pertiga perkahwinan di barat berakhir dengan perceraian.
Cinta yang berpandukan kecintaan kepada ALLAH akan membahagiakan hati manusia dan menenangkan jiwa mereka. Mereka dapat menilai baik buruk sesuatu perkara dan sanggup mengorbankan perasaan cinta dan keinginan sendiri semata-mata kerana takut akan azab ALLAH. Mereka yakin sepenuh hati bahawa ikatan cinta yang diredhai itulah yang akan membawa kebahagian dan keberkatan dalam hidup mereka.
Kesimpulannya, ingatlah bahawa syaitan sentisa menghiasi indah sesuatu maksiat. Padahal ia amat keji di sisi ALLAH. Orang yang bercinta selalu lupa diri kerana telah terikut jalan syaitan. Bukanlah cinta itu yang mesti diperangi kerana ia fitrah dan pendorong utama manusia hidup di dunia ini. Tetapi, tindakan melanggar hukum syarak akibat cinta yang tidak terkawal itulah yang perlu dihindari. Mudah-mudahan ALLAH memberi petunjuk kepada muda-mudi hari ini kepada jalan yang lurus dan diredhai-NYA.
Ustazah Sakinah, alaf21.com.my
23 comments:
aa.. trend skng nih brcinta dl br kawen.. tp bg sy kawen dl brcinta kemudian pun ok..
klu brcinta dl pun.. kn la jg diri..maruah.. jng trlebih suda..
Mcm aku, kenal2 dulu pastu kawen. Dah kawen baru bercintan cintun. Alhamdullilah, dah 11 tahun kawen pon masih romantik lagi. Makin Hari Makin Sayang oooo...SYUKUR! :)
oh yes!
saya mahu seperti itu juga. bercinta selepas kawen. moga bertemu nanti. ameen~ :)
zaman dulu meme banyak yang ikut apa Nabi SAW sabda tu..Tapi zaman lani banyak macam yg ustaz tunjuk dlm gambar ke 2 tu..
Ibu Bapa harus memainkan peranan agar procedure untuk BERNIKAH akan ikut apa yang Nabi SAW sabda..Ustaz2 n ustazah2 pun kene mainkan peranan 'memotivasikan' murid/pelajar dalam bab-bab nie..InsyaAllah perkara yang tidak diingini dapat dibendung
hmm bercita lepas kawin or sebelum kawin masing masing ada keindahan tersendiri. Tetapi kalau nak bercinta sebelum kawin..kenlah jaga syariat yang di tetapkan oleh Agama kita.
yang mama kiter lihat senario sekarang, ramai yang tak boleh kawal diri dah nafsu bila dah mabuk cinta sebelum kawin. Kalau di tegur dan di ajar..melenting pula..jadi kepada sesiapa yg ingin bercinta sebelum kawin, cuba2 lah lihat bagaimana kekuatan iman masing2..adakah mampu mengawal nafsu dan situasi. Ada yang bahagia sampailah ke akhir hayat bila mereka mendirikan rumahtangga..ada yang hancur..jadi..pokoknya..kembalilah berbuat sesuatu dgn kerana Allah.
Bercinta selepas kawin lagi indah dan nikmat rasanya..kerana kita kan cuba sentiasa menghayati cinta yang kita tidak kecapi sebelum berkahwin..banyak yang akan kita pelajari untuk menyemai cinta apabila sudah berkahwin..
Mama kiter adalah tergolong didalam kategori bercinta selepas kahwin..hingga kini masih bercinta dan sentiasa menyemarakkan cinta kami walaupun telah berkawin selama 27 tahun..masih terbayang keindahan selepas kami di ijabkabul kan..panggilan sayang di antara kami suami istri masih berkekalan sehingga kini..
Bercinta lah kerana Allah..pasti mengecapi kebahagiaan..berkahwinlah kerana Allah..insyallah kekal hingga akhir nanti..
sudah tentu cinta lepas kawin adalah lebih baek~
:)
p/s: harap kita suma dilindungi drpd benda2 yg negetif
mana-mana pun boleh nikah dulu baru bercinta, atau cinta dulu baru kawen.
Kena kenali pasangan dulu lagi elok. ni pandangan peribadi sahaja.
huh ? tak paham apa2 .
hehe
setuju dengan abg zan~
mana2 pun boleh~
kali pertama nak bg komen... berdasarkan pengalaman sendiri...masa zaman sekolah dulu... teman ada ramai kakak angkat... dalam ramai2 tu ada sorang yg bgtau teman... KALAU NAK TAU PASAL POMPUAN ... KENA BERGURU DGN POMPUAN... masa bdk2 dulu mana paham... bila habis sekolah ramai pulak kawan2 pompuan... macam2 perangai dan kerenah org pompuan ni...bila terkenang balik kata2 kakak angkat teman tu... baru la teman paham maksud kata2 tu...macam lari tajuk pulak kan...
Teman ni tak pandai nak bercintan cintun... so... bila berkawan dgn org pompuan ni... teman byk blajar tentang mereka... SIFAT DAN SIKAP... kebanyakan org pompuan ni tiada byk persamaan... klau ada pun mungkin dlm 1 or 2 hal je yg sama... LAIN2 PERANGAI DAN KERENAH... dalam berkawan (bkn bercinta) ni la teman menilai... dalam islam pun dah diberi panduan utk memilih calon isteri... rupa paras, keturunan,harta benda dan keimanan... bab ni ustaz blh ulas lebih lanjut kut...
So... nampak sorang yg menepati ciri2 yg teman suka...dr segi paras rupa kira OK la... bab paras rupa ni kita blh bg elok... byk pusat kecantikan...bg teman yg paling penting HATI BUDI...kerana hati budi ni la teman memilih beliau menjadi SURI teman...tak byk kerenah... tak mengongkong... dan teman masih ingat kata2 beliau sblm bergelar suami isteri... ORANG LELAKI NI...MASA BLM DAPAT SAYANG LA...DAH DAPAT TAK TENTU LG SAYANG KAT KITA...kata2 tu la yg teman pegang sampai skrang...dah hampir 13thn bersama tp rasa macam br 3 bln bersama... kalau kluar pun masih berpimpin tangan ...bercinta slps berkahwin...lantak org nak kata ... tak sedar diri punya org tua...
Teman rasa tak salah memilih...sbb... dah terbukti byk kisah/kejadian yg menimpa teman ... SURI teman masih tetap berdiri TEGUH disisi teman...
Minta maaf panjang lebar... jd kepada org pompuan renung2kan lah... kepada org lelaki anda adalah nakhoda... pilihan ditangan anda...jalan mana yg akan anda pilih...
go with the wind bole?? mmg afdal kalau bercinta lepas kawin... tp kalau ikut suasana sekarang ni macam susah je nak cari calon yang boleh buat laki dan bercinta selepas kawin..
**takut la nak kawin..
Kita dapat lihat budaya bercinta kat mana IPTA/IPTS..
Keluar sama2..berdating kesana kemari..kadang sampai macam belangkas pun ada..sentiasa bersama walaupun belum berkahwin..Memang payah kita nak bendung gejala couple nie..
Apa pun yg penting ada pd seseorang hamba allah ialah kekuatan cintanya kpd islam.Jika ianya kuat ia akan selamat di dunia dan akhirat.Dengan kemajuan yg di kecapi manusia mula lupa apa yg sebnarnya tanggung jawab dan amanah yg dia kena tunaikan
emm..cinta slepas kawin mmg sgt baik le..
tp mmg dh jd trend skrg remaja bercinta cintun ni..tp mmg ssh skrg ni nk tgk cinta yg berlandaskan agama..ntah le..:-p
saya tak tau nak cakap per..sebab cinta lah aku belum kawen lagii...ishh ishhh
salam.
sememangnya yang indah itu cinta selepas kahwin. Cinta boleh dipupuk.
Bukan dikira dari sifat masa, tapi dikira dari kekuatan hati.
Istikharahlah. Istikharahlah untuk mendapatkan petunjuk dan kekuatan hati dari yang Maha Esa.
Bercintalah dengan jalan yang benar.
Allah pasti redha.
*sekadar memberi pandangan*
salam cikgu,
Mana2 pun boleh ,jangan main dulu sebelum kahwin sudahlah
hahahhahaha Nurimo-ada pulak cakap cam tu..yang lebih baik cinta selepas kawin..apa yang tuhan berikan kat dunia nie adalah nikmat sementar sahaja..untuk mendapatkan nikmat kat akhirat kelak kita kena la buat yang terbaik kat dunia nie dengan menjauhkan pekara2 munkar,,,
hmm...bagi kite, cinta sebelum kawen atau selepas kawen sama je.
Yg penting kite kena pandai pilih dan nilai seseorang sebelum jadi pasangan hidup kite :)
tapi zaman sekarang ni kan cikgu, kebanyakan nye bercinta sebelum kawen...
Cik Gu, ni tajuk yg menarik bg akak.Bg akak cinta lepas kawin adalah lebih baik kerana dia dh jd hak kita,rather cinta lagu nak rak sebelum kawin..tiba2 itu bkan jdoh kita.Dosa..biasalah !!!tiada satupun yg halal.Pokoknya ibubapa..!! yg mengasuh & didikkan awal anak2.Akak berkerja dulu tp emak akak yg mengasuh mereka.Dia org yg tegas tp penyayang dan most of all dia seperti kawan.Setiap activity , kami lakukan sekeluarga.Beli baju, buku,ke rumah kawan, tuition & dll pasti ada yg mengikuti.Hingga mereka besar panjangpun, anak2 yg requested akak/ayahnya jd peneman.Pelikkan..hingga 2 anak akak yg kawin mereka suruh akak yg pilih.Alhamdulillah...mereka amat bahagia walaupun org skrang kata " KUNO " dan outdated.
Alhamdulilah..cintaku berputik selepas kahwin..tak pernah keluar berdua walaupun bertunang hampir tiga tahun...kalau nak jumpa di dalam rumahnya tapi berteman ibu atau keluarganya..
Rata rata bila terkeluar cerita sebigini semuanya kata " Kahwin dulu bercinta kemudian " tapi apa yang dibuat ?
Memang semua Umat Islam kalau boleh nak ikut SUNNAH Nabi...(cuma dapat melihat pasangan hanya melalui paras rupa hingga ke tangannya saja...)bercinta tu maknanya mengenali pasangan lebih mendalam hinggalah ke hatinya,memahami perangainya dan keluarganya... Ini jarang jarang berlaku sekarang!!!
Saya sendiri pun nak macam tu, ikut apa yang Ugama kita sarankan...tapi apakandaya, saya hamba yang lemah. Berkenalan walaupun tak lama terus melamar beliau...ALHAMDULILLAH !!! hingga ke saat ini sudah 18 tahun kami mendirikan rumahtangga (tak lawan lah,mungkin ada yang dah berpuloh puloh tahun lamanya dari saya.Kalau nak dibandingkan !!!)
Bercinta dahulu atau Berkahwin dahulu bercinta kemudian, itu sebenarnya taklah menjadi masaalah besar yg pentingnya keihklasan,PENGERTIAN halal & haram serta tau menjaga maruah sendiri/pasangan serta kedua dua Ahli Keluarga itu yang lebih mustahak...
abis tuuu..lw skg ni tgh couple,,xkn tbe2 ckp kt si dia, "awk..sy nk ptus sbb ......" mg la hti kte akn cuba b'sdia tuk tme sume y jd tp...tetap jgk rs kcwa myb smpy burukn kdaan diri snd.aku konpius laaaa!!!!
Post a Comment