Ketika Rib'i bin 'Amir (ربعى بن عامر) diutus mengadap Rustom, panglima kepada Raja Farisi, sebelum berlaku peperangan Al Qadisiyyah, berlaku dialog yang sangat penting. Penting kerana Rib'i, seorang Muslim berbangsa Arab Badwi berjaya mengajar Rustom pengertian KEMERDEKAAN.
Kata Rustom, "Untuk apa kalian datang ke negara kami?"
Jawab Rib'i, "Kami datang untuk mengeluarkan (membebaskan) hamba (manusia) dari menyembah sesama hamba, kepada menyembah kepada Tuhan hamba (Allah)."
(جئناكم لنخرج العباد من عبادة العباد إلى عبادة رب العباد)
Tambahnya lagi, "(Juga untuk membebaskan manusia) dari kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat. Dari kezaliman pelbagai agama, kepada keadilan Islam..."
Inilah konsep kemerdekaan dalam Islam. Iaitu memerdekakan manusia dari belenggu hawa nafsu dan ideologi syaitan. Justeru, andai kata seseorang itu masih menuruti kehendak nafsu dan syaitan maka mereka sebenarnya masih dijajah (walaupun omputih dah balik nogoghi).
Sebagai warga pendidik, saya rasa anda mampu untuk huraikan ayat Rib'i tu...
Dalam sejarah Malaysia, jangan lupa ramai di kalangan tokoh pejuang kemerdekaan adalah dari golongan ulama'. Raja Haji, kerabat diraja Selangor keturunan Bugis yang dilabel oleh Inggeris sebagai penderhaka adalah ulama'. 5 Daeng bersaudara juga ulama' Islam.
Di Terengganu, perjuangan menuntut kemerdekaan dipelopori oleh gerakan Jihad yang dilancarkan oleh Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbung. Bimbang pengaruh beliau, maka Inggeris bertindak membuang negeri ke Makkah. Ia adalah usaha penjajah untuk mengaburi mata orang Melayu. Maka orang Melayupun berkata, "Bagusnya Inggeris, hantar tok guru pergi Makkah." Padahal Inggeris buat begitu untuk menyekat jihad dan pengaruh perjuangan Abd Rahman Limbung.
Di Kelantan, Tok Janggut yang dikenali sebagai panglima Melayu adalah seorang ulama'. Perjuangannya atas nama jihad. Beliau akhirnya mati syahid dan mayatnya digantung kaki ke atas selama beberapa hari di pekan Pasir Putih.
Mat Kilau di Pahang juga dikenali oleh penduduk Pulau Tawar sebagai seorang alim. Amalan zikir dan wiridnya menjai amalan bagai sesetengah penduduk hingga ke hari ini.
Di zaman pra-kemerdekaan, muncul tokoh-tokoh Islam yang lebih ramai dalam pentas perjuangan menuntut kemerdekaan. Ma'had Ehya' As Syarif di Gunung Semanggul mencatat sejarah apabila berjaya menghimpunkan lebih 3000 ulama' dari seluruh Tanah Melayu untuk perjuangan menuntut kemerdekaan. 3000 sekarang mungkin tidak ramai berbanding jumlah rakyat 26 juta orang. Tetapi ketika itu jumlah rakyat Tanah Melayu baru mencapai angka 3 juta orang. Justeru kejayaan menghimpunkan 3000 ulama' adalah satu perkara besar pada kaca mata penjajah.
Justeru, ramai ulama' yang ditangkap dan disumbatkan ke dalam penjara. Inggeris sangat bimbang semangat anti penjajah dari 'gunung' ini. Beberapa persidangan Islam dilangsungkan di sana termasuklah Persidangan Ekonomi-Agama SeMalaya yang menghasilkan penubuhan PEPERMAS (Pusat Perekonomian Melayu Se Malaya) dan MATA (Majlis Agama Tertinggi Se Malaya). Hizbul Muslimin juga ditubuhkan di Gunung Semanggul.
Atas asas inilah penulis berpendapat, perjuangan menentang penjajah dan menuntut kemerdekaan ini sebenarnya didominasi oleh golongan ulama' kerana mereka faham konsep kemerdekaan yang diutarakan oleh Rib'i bin 'Amir. Namun nama-nama mereka digelapkan oleh catatan sejarah yang ditulis oleh sejarawan Barat guna menafikan peranan besar mereka.

Gambar bawah: Tuan Guru Haji Mat Hassan (Tok Janggut) berjihad menentang penjajah hingga ke titisan darah terakhir. Beliau dibunuh syahid di Pasir Putih. Mayatnya diarak sekeliling Kota Bharu dan kemudian digantung kaki ke atas selama beberapa hari untuk tontonan orang ramai.
11 comments:
ALHAMDULILLAH...Topik yang amat MENGHARUKAN dan patut dijadikan bahan MOTIVASI samada golongan dewasa(termasuk pendidik) maupun generasi muda..Ungkapan-ungkapan ini amat simbolik dan membawa makna yang amat dalam dan patut kita hayati dan melaksanakannya..
Jawab Rib'i, "Kami datang untuk mengeluarkan (membebaskan) hamba (manusia) dari menyembah sesama hamba, kepada menyembah kepada Tuhan hamba (Allah)."
(جئناكم لنخرج العباد من عبادة العباد إلى عبادة رب العباد)
Tambahnya lagi, "(Juga untuk membebaskan manusia) dari kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat. Dari kezaliman pelbagai agama, kepada keadilan Islam..."
Perkara yang sedang berlaku dan akan terus berlaku jika tidak dibendung dan masyarakat tidak di 'GET OUT OF THE SHELL'(terus menerus menyembah HAMBA)
Tuga dan tanggungjawab BERAT ini terletak di tangan PENDIDIK line agama khasnya dan yang bukan line agama amnya..Insya-ALLAH dengan usaha murni dan iklas kita DAKLWAH yg kita nak sampaikan akan dikabul ALLAH esp dalam bulan yang mulia ini..
MEMERDEKAKANLAH DIRI KITA DARI SEGALA MENDA-MENDA YANG BISA MEROBEK IMAN KITA...Insya-ALLAH selamat di dunia menuju ke akhirat
Subhanallah!!! Saya tidak pernah mengetahui bahawa pahlawan-pahlawan terdahulu memperjuangkan agama Islam yang suci ini. Sedangkan dahulu belajar bahwa mereka memperjuangkan kaum Melayu sahaja.
Semangat nasionalisme (assobiyah) menebal dalam kalangan kita tapi semangat perpaduan kerana Islam sangat kurang. Semangat perpaduan Islam bukan bermaksud kita kena benci orang-orang yang bukan seagama malah kita wajib melindungi kafir zimmi. Islam itu sangat indah.
Namun begitu, ini semua tidak diterangkan dalam buku-buku teks sejarah. Kenapa kebenaran disembunyikan sedangkan kesedaran ini boleh membawa seribu manfaat? Tidakkan orang-orang yang menyembunyikan fakta ini mengetahui agama Islam ini adil untuk semua?
Kerana Islamlah yang akan memerdekakan kami dari belenggu nafsu dan ideologi syaitan seperti saudara nyatakan di atas tadi. Hidayah akan tersebar kepada seluruh alam sekiranya kami semua patuh dan tunduk kepada Allah SWT.
http://elixir-rhapsody.blogspot.com
By the way, saya ingin bertanya. Apakah j-QAF sebenarnya? Adakah ia institusi agama atau sekolah biasa? Ini merupakan sekolah rendah atau sekolah menengah? Maaf kerana terkeluar topik. Harap saudara boleh reply pertanyaan ini di shoutbox saya.
Syukran jazilan.
http://elixir-rhapsody.blogspot.com
Entry yg bagus.. mohon copy
pernah tengok di muzium~
SAlam, bagus en3 ni..ramai remaja dewasa kini yang x tahu malah tidak pernah mengkaji bagaiman erti kemerdekaan sebenarnya..yang terzahir adalah sambutan kemerdekaan tapi yang tersiratnya ramai yang tidak mengerti..kemerdekaan bermula dari diri sendiri, merdeka iman dan akhlak, merdeka peribadi barulah tercapai erti kemerdekaan sebenarnya.
Entry yg sangat baik
Marilah kita berusaha utk memerdekakan diri kita dari belenggu jahiliah..
Merdeka!
Allahhuakbar!
inilah realiti sebenar perjuangan kemerdekaan di mana islam adalah tunggak dan teras. Nice info...
Terima kasih kepada semua yang komen...
Kepada Elixir Rhapsody...
Fakta sejarah sering diputer belit oleh para sejarawan yang berkiblatkan Barat. Inilah satu bentuk serangan pemikiran (الغزو الفكرى) yang diatur secara terancang oleh para Orientalis yang anti-Islam.
Mengenai j-QAF: Ia adalah satu program Kem Pel Malaysia utk memperkasa pendidikan Islam di sekolah rendah dengan menghantar 'Guru Pendidikan Islam j-QAF' ke sekolah2 bkenaan. Mereka dibekalkan dengan modul dan model khusus seperti Model Pemulihan Jawi, Tasmik Al Quran, Bahasa Arab, Kem Bestari Solat dll.
Kepada BUJANG SUSAH...
Nak copy? Copy lah. Fi sabilillah. Hak cipta dipelihara oleh Allah. Gunalah untuk dakwah. Sebarlah seadanya.
TERIMA KASIH.
Salam...
Info dan entri yang menarik. Kita mudah lupa akan pejuang yang dahulu. Orang sekarang bila diingatkan tentang sejarah, digelakkan kita semula.. bila tengok bagaimana pejuang mcm tuk janggut digantung sebegitu rupa, astaghfirullah. moga diteruskan artikel sebegini...syabas buat guru-guru jQaf.
Post a Comment