Jadilah Orang Yang Sentiasa Jujur

Setiap Jejak Akan Tetap di Balas..Jgn Risau Ok

Biar Gambar Berbicara

Saturday, November 14, 2009

Kem Literasi Al-Quran Zon Bentong 1


Pada 12-13 November 2009 baru-baru ni, Sk Sulaiman telah menjadi tuan Rumah untuk Kem Literasi Al-quran peringkat Zon Bentong 1..Antara sekolah -sekolah yang terlibat untuk Zon Bentong 1 ialah Sk Sulaiman, Sk Tuanku Fatimah, Sk Bukit Piatu, Sk Sg.Marong, Sk Bilut dan Sk Lebu..Jumlah kesemua peserta yang hadir adalah seramai 48 orang.Manakala jumlah Fasilitator pula adalah seramai 13 orang. Selaku Tuan Rumah..Ketua Fasilitator yang ialah Ustaz Mohd Afiq dari Sk Sulaiman...

Antara Rasional Program ini di buat adalah seperti berikut:

Antara tujuan program j-QAF dilancarkan di sekolah-sekolah kebangsaan adalah untuk memantapkan bacaan Al-Quran di kalangan murid-murid disamping memastikan pencapaian yang baik dalam tulisan/ bacaan jawi dan penghayatan fardhu ain dan Bahasa Arab.

Dalam menjayakan program ini, masih ramai murid yang didapati belum mencapai target yang dikehendaki.


Majlis Perasmian Penutup telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar Sk. Sulaiman, Encik Azor bin Yusof. Seterusnya penyampaian sijil penyertaan kepada peserta dan sijil penghargaan kepada semua Fasilitator.Sebelum balik semua murid-murid yang terlibat bersalaman dengan semua Fasilitator..Rapatkanlah Sillaturrahim...Salam..







3 comments:

Little Kampung on November 15, 2009 at 11:12 PM said...

Maaf cikgu terlambat balas, Saya Sibuk menghabiskan masa dengan keluarga dihujung minggu ni. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya. Seperti biasa saya akan click nuff ads disini. Walaupun kunjungan saya seterusnya adakalanya tak tinggalkan jejak. Saya pasti akan click, Insya'Allah

Floral Cakes on November 16, 2009 at 11:45 AM said...

salam
menarik ni..tahniah..

noershani on November 16, 2009 at 4:36 PM said...

Assalamu'alaikum cikgu,salam kenal dari indonesia mohon bimbingannya

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 

j-QAF Sk Sulaiman Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template