Jadilah Orang Yang Sentiasa Jujur

Setiap Jejak Akan Tetap di Balas..Jgn Risau Ok

Biar Gambar Berbicara

Tuesday, November 3, 2009

Oh Pasar Malam..


Setiap orang di bumi Malaysia ni pastinya amat mengenali pasar malam. Satu perniagaan yang dilakukan secara kecil-kecilan,beramai-ramai serta agak tersusun. Pasar malam memang ada tarikan tersendiri bagi kebanyakan dari kita. Mana taknya macam-macam ada kat situ. Sampaikan pasar malam ini seolah-olah menjadi satu ikon kepada negara ini.

Pelancong dari luar juga tertarik dengan ‘keunikan’ pasar malam kita yang mungkin asing bagi tempat mereka . Namun, disini saya bukan mahu mempromosikan pasar malam sebenarnya. Saya ingin mencetuskan satu pemikiran tentang pasar malam ini. Yang mana kadang-kadang kita terlepas pandang dan tahu tapi buat-buat endah tak endah.

Dimana apa yang saya lihat ialah pasar malam ni agak tidak selamat terutama pada gadis dan wanita. Kenapa? Mari saya terangkan.

Seperti yang kita sedia maklum, pasar malam ini keadaanya memang ramai pengunjung. Kadang-kadang sampai berasak-asak. Pasar malam ini juga dikunjungi oleh semua golongan dan jantina. Pendek kata percampuran antara lelaki dan perempuan wujud didalamnya.


Berbalik pada dakwaan saya tadi. Oleh sebab itulah saya mengatakan pasar malam ini agak tidak selamat pada si gadis terutamanya. Ia disebabkan apabila keadaan sudah berasak-asak, kebarangkalian untuk sesuatu yang tidak diingini berlaku adalah tinggi. Dalam keadaan inilah insan-insan yang berniat tidak baik mengambil kesempatan untuk meraba-raba dan sebagainya. Mangsa pula sukar hendak membalas dan memarahi kerana keadaan masa itu yang ramai orang. Sukar untuk dipastikan siapa orangnya.

Kadang-kadang juga mangsa tidak perasan yang dirinya telah diraba. Disamping itu, jika seseorang itu memang tidak berniat untuk ‘mengambil kesempatan’, kebarangkalian untuk berlakunya pergeselan antara badan sukar untuk dielakkan. Disebabkan keadaan pasar malam itu tadi. Jadi, disebabkan ini tidak manis rasanya lelaki dan perempuan ter’gesel’ badan. Walaupun semangnya ia tidak disengajakan.

Selain pasar malam menjadi tempat orang untuk mengambil kesempatan meraba-raba,ada beberapa lagi kes-kes yang tidak mustahil terjadi. Ianya seperti penyeluk saku, culik anak kecil, dan sebagainya. Dalam keadaan ramai orang ni juga memudahkan pemangsa menjalankan kegiatan mereka.

Dalam hal ni kita seharusnya sentiasa ‘alert’ semasa berada di pasar malam. Dalam kes yang lain pula, keadaan di pasar malam juga memudahkan penculikan kanak-kanak berlaku. Biasalah dah ramai orang, penculik selamber je dukung seorang anak kecil tu lepas tu bawak lari. Orang sekeliling sukar dan mesti tak perasan. Walau dalam keadaan ramai orang pun, orang takkan perasan. Lagi-lagi kalau budak kecil tu menangis-nangis bila didukung penculik, orang akan menyangka itu adalah anaknya.

Bila seorang ibu tu perasan anaknya telah hilang, sukar baginya untuk mencari pada masa tu. Disebabkan ramainya orang dan tiada tempat untuk mengadu kehilangan anak sepeti yang ada di shopping-shopping kompleks. Nak buat announcement mana boleh… Jadi macam mana?

Satu lagi yang saya nampak yang tidak eloknya tentang pasar malam ini ialah ramainya peminta sedekah. Mereka bagaikan telah ‘bekerja tetap’ disitu. Apakah perasaan anda bila lihat keadaan seperti ini. Adakah kasihan? Rimas? Atau apa pandangan anda?



Pada saya saya agak kasihan pada mereka ini. Namun terfikir. " Eh, dari mana diaorang semua ni datang? siapa yang bawa mereka semua ni?" Itu sahaja antara beberapa yang saya nampak tentang keburukan dan bahayanya pasar malam. Namun bukan mahu memburukkan pasar malam. Pasar malam tu tempat orang nak cari makan bukan tempat maksiat terang-terangan.

Sama-samalah kita cuba fikir-fikirkannya. Mungkin ada tulisan-tulisan saya ini yang kadang-kadang kita terlepas pandang. Kita sebenarnya sedar namun buat-buat tak seberapa endah. Akhirnya, sesuatu yang perlu dibimbangkan tidak ada inisiaitf untuk mencari jalan penyelesaiannya.

Berikan Pada Anda di ruangan Komen DAN Jgn Lupa Nuff La Sekali..Salam

Sumber: I LUV ISLAM

31 comments:

Seri Bahasa on November 3, 2009 at 7:45 PM said...

seronoknya berbelanja kat pasar malam. ingat seri dulu semasa dikertih dan sg. udang kat melaka. tapi yang ini seri nampak luas. dimana tempatnya cikgu?

Mr.J on November 3, 2009 at 7:54 PM said...

tgh search2 nampak title blog u pasar malam mmg tmpat yg menarik .. macma2 ada.. iihhihi .. entry yg menarik.. salam dari www.pengeRindu.com

j-QAF SK SULAIMAN on November 3, 2009 at 8:04 PM said...

Gambar tu cuma hiasan semata2 cuma pengisina blog jer yang cikgu nak dapatkan pandangan semua blogger tentang PASAR MALAM ni

NooR AzNa AwAng on November 3, 2009 at 8:43 PM said...

itu sbb saya tak suke pegi pasar malam..atau pun tmpt yang agak bersesak..riso de org2 yang gatal..

Shahrin Zaidy Ahmad on November 3, 2009 at 8:55 PM said...

salah satu sbb sye suka p pasar malam awal2 org tak ramai... tp masa tu gerai tak byk yg buka lg...

nuansa pena on November 3, 2009 at 10:07 PM said...

Kami di Indonesia juga banyak pasar malam, ada yang tiap hari, ada yang hari tertentu, bulanan, sekali-kali sekeluarga mengunjunginya untuk refreshing!

Mr. Cuz on November 3, 2009 at 10:36 PM said...

xsgke smpai mcm tu skali encik sulaiman fikir..cuz jrang g pasar mlm so xbper nk amik tau sgt..
klu pergi pn dpat mknan 1 2 blik la..hehe tp klu btul bhyer mcm tu pihak keselamatan kne amik berat la..btul x??

Floral Cakes on November 3, 2009 at 11:41 PM said...

saya memang kurang gemar pgi pasar mlm,ada la sekali sekala bawa sedara mara yg dtg dr kampung utk jalan2.Terus terang saya memang tak suka tempat yg berasak asak. Pening..Saya lbh suka pgi kedai runcit, lbh selamat..blanja pn selamat hehe..

Kembali Berlari on November 3, 2009 at 11:56 PM said...

Moral: Jangan merayau2 di pasar malam...lepas beli barang terus balik *_^

Anonymous said...

Salam Cikgu,

betol tu..kita terlepas pandang hal2 remeh sedemikian. Org akan berasak2 di pasar malam..tak sadar yg tubuh kita bergeselan sesama sendri...

ttg kecurian tu..pnh jg berlaku di tpt saya..rantai emas si anak tlh dicuri. Bila di tanya dgn si anak..dia tak tau. Katanya ada sorg pakcik tu nak tolong betulkan rantai si nya..

Tentang pengemis/peminta sedekah tu..pada mulanya dulu saya kesian juga..tp bila saya pergi di pasar yg agak jauh..yg tak mgkn si pengemis tu blh sampai..tup tup...dia pon ada di sana...sedang mengemis!

Ini mesti ada sindiket yg meraih keuntungan atas kesusahan dan kedhaifan org lain....

Terima kasih krn sudi dtg blog saya cikgu!

asshafiee on November 4, 2009 at 8:58 AM said...

salam kepada cikgu, selamat bertugas, wah bagus artikel ust. sebenarnya kalau dulu perempuan susah nak keluar rumah tambah nak keluar malam, kalau boleh keluar mesti dengan adik atau ibu bapa. sekarang perempuan dah berani keluar sendiri, berani lagi keluar dengan pakwe, konon cinta tapi sebenarnya hantu pocong pak wenye. apa-apa jangan keluar malam la perempuan, pasar malam petang dah buka boleh pergi. kalau nak pi juga pi dengan keluarga atau adik beradik, kawan tengok juga jangan kawan makan kawan

g@dis blUr on November 4, 2009 at 11:25 AM said...

cdgkn tmpt pasar mlm di buat ditmpt yg luas...
risiko kurg sket...kn cikgu :)

lina-pk said...

salam......
saya pun suka gak gi psr mlm ni tp gi masa psr mlm baru bukak la sbb tak ramai sgt org

dlm satu daerah ada byk psr mlm dan setiap psr mlm akn ada pemintak sedekah yg sama. setau saya pemintak2 sedekah ni adalah drpd golongan oku.....kesian tu mmg kesian tp sy tgk ada pemintak sedekah ni yg dh seronok sbb duduk je dh dpt duit xyah keje pn....lgpun nk suruh diorang ni keje ada ke org yg nk ambik....tak dinafikan jugakla ada pemintak sedekah ni yg mmg xde niat pn nk keje.....

jd....renung renungkan dan fikir fikirkan la

jqafskss on November 4, 2009 at 3:07 PM said...

pasar malam merupakan salah satu tempat untuk menaikkan taraf ekonomi orang2 melayu....
yang ramai meniaga pun org melayu kita...yang ramai gi ke sana pun orang melayu gak....yang ramai waktu magrib pun orang melayu gak...yang ramai jadi peminta sedekah pun orang melayu kita gak...yang jadi peragut pun orang melayu kita gak... di mana agaknya dapat melihat pasar2 malam yang islami di Malaysia ni...

Afzainizam on November 4, 2009 at 6:42 PM said...

Salam ziarah dari kami http://www.firestartingautomobil.blogspot.com/

Emmm pasar malam... best gak lepak pasar malam ni.. boleh tengok ragam manusia... macam-macam ada....

yup ade mee goreng... murah je.. kat sni harganya RM 1.20 aje sebungkus...

ape pun untuk save bajet kat sni lah tempatnya... sedap tak sedap belakang ceriter...

YaNtiEy on November 4, 2009 at 8:02 PM said...

salam...bagus jugak en3 ni dibuat..yer la bagi kesedaran kat semua orang. Maklumlah semua tu melekakan sebenarnya..bagi yang sedar ok la depa leh hati2 tp bg yang x sedar..haa ni lah masanya menyedarkan mereka. Memang benda2 macam tu terjadi..tp apa yang penting sentiasa kawal diri dan jaga anak2 yang dibawa sama tu..pastikan kalau anak kecil dipimpin tgn mereka dan kalau boleh elakkan dari membawa mereka ke tempat spt itu..tp kalau dah x dak sapa nak jaga terpaksalah, so ambillah langkah2 keselamatan!Penyakit sekarang pun byk yg jenis berjangkit..waspadalah wahai saudara mara sekalian..

Pakcik Mamau on November 4, 2009 at 8:02 PM said...

pakcik mmg suke pegi jenjln kat pasau mlm n yg pakcik xberapa suke ialah pengemis..bile dh ramai2 rimas lak..pastu cam nk terpijak je..cian lak..sapa yg bw diaorg ntah la..

Lia3003 on November 4, 2009 at 8:05 PM said...

here i come

Ibu Ammar on November 4, 2009 at 9:11 PM said...

i love pasar malam..hehe

ZahirZ™ on November 4, 2009 at 9:48 PM said...

mmg syok pg psr mlm...tpi psr mlm la tmpt tmbh dosa...pmpn pkai ketat-ketat...slhkah laki bernafsu kerna d rngsang??jgn la dgoda lelaki walau tiada bernafsu...

Murky on November 4, 2009 at 10:14 PM said...

pasar malam..antara tmpt yg digemari syaitan :)

Cikmin on November 5, 2009 at 8:41 AM said...

salam cikgu..pasar malam kt bentong ni kan..tak sesesak pasar malam kt tempat lain..insya'ALLAH selamat la pada gadis2 dan wanita tu...

dmx on November 5, 2009 at 9:43 AM said...

salam..
cikgu.
Biasanye..bukan pasar malam
tpi..pasar maksiat
remaje2 mlepaskan PERASAAN....hu3

Jantung Hati Si Meoww on November 6, 2009 at 4:59 PM said...

salam~
satu peringatan yg baik utk semua golongan umur..
ye laa..kadangkala kita sering terlepas pandang dengan kawasan persekitaran kita..
di harap pd masa akn dtg lebih byk lg nasihat2 yg akan d berikan agar kita sering ingat tt keselamatan diri kita..
sekian..assalam~

safira on November 7, 2009 at 2:54 PM said...

Assalamualaikum maunye kami ke sana, indah kali tampaknye,iri kami jadinye :)

Unknown on November 7, 2009 at 8:01 PM said...

salam cikgu..akak tak suker gi pasar malam..ramai sgt org..suker gi pasar tani belah pagi..lagipun mata dah rabun nak tgk bahan masak bila waktu malam...klu gi pun cepat jer nak balik..tak suker bila tgk ramai org asing..

Minda on November 8, 2009 at 10:07 AM said...

pasar malam dah lama ujud kebanyakan peniaga2nya adalah orang melayu so dah tahukan makanan yang di beli tu halal tapi cuma kurang gemar bila ada yang x menjaga kebersihan makanan murah dan ada yang sedap

izzahfarhana on November 10, 2009 at 7:45 AM said...

lagi satu pasar malam dh nak dekat maghrib2.harap2 masing2 tak lupa tnggungjwb sbg muslim.moga rezeki lebih diberkati kpd penjual dan juga pembeli =)

ALoNa CintamaniszLite on November 14, 2009 at 10:07 AM said...

yg penting....kalo gi pasar malam RM50 tak cukup ler skang ni...hehe

PiNk on November 29, 2009 at 12:55 PM said...

artikel yang bagus!

jarang orang nak cakap pasal pasar malam walaupun ni salah satu keunikan malaysia.

hal berhimpit-himpit, bersesak-sesak n raba2 di pasar malam dah jadi perkara biasa.

kadang2 tu tak tau pun diraba sebab keadaan yang sangat penuh. that's why i don't really like to go to pasar malam, kadang2 ok la.

kalau pasal peminta sedekah, tak tau nak komen ape sebab kat mane2 pun diorang ade, kite tengah makan dalam mcd pun diorang le je masuk. keadaan sesak kat pasar malam langsung tak ganggu peminta sedekah, malah orang yang datang terpakse berhati2 sebab takut terlanggar diorang.

cik erin on November 30, 2009 at 11:17 AM said...

Salam cikgu.

mmg seronok ke pasar malam, tp betul la mcm yg cikgu cakapkan.
tempat tak selamat untuk perempuan.
masa sesak2, mmg ada makhluk2 nak ambil kesempatan.
dan kalau tak sesak pun, kepala sy yg sesak sebab adanya mat rempit yang berkumpul dan mengada-ngada approach dgn cara yg tak sesuai.
ikut pengalaman sy sendiri, ke pasar malam dgn 2 lagi kawan perempuan. ye, kami rimas. dan selalunya balik dgn tgn menjinjing 1 plastik kecil je. (tak jadi cari brg lama2) -_-

tapi apa pun, pegi dgn mak/ayah la seronok. ada ke hero yg nak kacau kan? ;)

good article, cikgu! :)

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 

j-QAF Sk Sulaiman Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template