Jadilah Orang Yang Sentiasa Jujur

Setiap Jejak Akan Tetap di Balas..Jgn Risau Ok

Biar Gambar Berbicara

Tuesday, November 17, 2009

Datuk Seri Liow Tiong Lai datang SK Sulaiman




BENTONG - Tindakan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek enggan menerima keputusan mesyuarat agung luar biasa (EGM) jelas menunjukkan beliau memperlekehkan keputusan EGM itu.

Beliau berkata, kegagalan pemimpin parti mematuhi keputusan yang sudah dibuat hanya akan menjadikan EGM diperlekeh dan menjadikan sistem demokrasi MCA dipertikai.

“Kita tidak mahu EGM MCA diperlekehkan, diputar-belitkan dan demokrasi dalam MCA dimanipulasikan. Kita nak pemimpin kita menghormati EGM sebab itu adalah pandangan bernas dan ikhlas daripada ahli parti yang melihat sendiri pergolakan dalam MCA kerana kedua-dua pemimpin dalam parti tidak menghormati keputusan EGM,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Pemakaian Topi Keledar Kanak-kanak Genting Peringkat Negeri Pahang bertempat di Sekolah Kebangsaan Sulaiman di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Datuk Suret Singh dan Naib Presiden Kanan Perhubungan Awam dan Komunikasi Genting Malaysia Berhad, Datuk Anthony Yeo.

Tiong Lai berkata, yang penting sekarang untuk memastikan perjalanan dan aktiviti dalam parti adalah berlandaskan prinsip dan mematuhi perlembagaan parti bagi memartabatkan parti agar dihormati anggota dan masyarakat.

Katanya, sebagai ahli parti, beliau hanya menjalankan tugasnya menasihati pemimpin parti supaya menjalankan tugas mereka dengan betul.

Sementara itu, Tiong Lai berkata, beliau tidak menghadiri taklimat Pelan Perpaduan Lebih Menyeluruh yang dipengerusikan Soi Lek kerana terikat dengan tugas rasminya sebagai Menteri Kesihatan dan wakil rakyat.

“Saya banyak program rasmi dan di kawasan yang ditetapkan lebih awal, lagipun saya tahu taklimat itu diberikan Soi Lek di mana jawatan Timbalan Presiden yang dipegang beliau itu dipertikaikan,” katanya.

3 comments:

Floral Cakes on November 18, 2009 at 1:00 AM said...

tang kena pakai topi keleda tu memang betui la..hehe.

Afzainizam on November 21, 2009 at 1:43 PM said...

salam dari kami sorry cekgu agak sibuk lah... kerja bertimbun.... yup bagi kami pemakaian topi keledar tu mmg bagus sekali.. sebabnya masyarakat sekarang mmg keras kepala dia... mereka pandang ringan sampai tak payah pakai topi keledar tu walhal untuk kebaikan mereka...tak tau nak cakap ... mmg baik klu ade kempen kesedaran ni... biaarlah buka sikit mata kepala dia semua... betapa pentingnya keselamatan kepala ni...

Unknown on November 22, 2009 at 4:14 PM said...

yup!! helmet tuh penting for safety.. kdg2 tgk, bapa dia pakai helmet, anak kecik x pakai...

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 

j-QAF Sk Sulaiman Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template