Jadilah Orang Yang Sentiasa Jujur

Setiap Jejak Akan Tetap di Balas..Jgn Risau Ok

Biar Gambar Berbicara

Saturday, May 14, 2011

Kem Bestari Solat Tahun 1 Fasa 1


1 April 2011-Panitia Agama Islam mengadakan Kem Bestari Solat Tahun 1 Fasa 1. Ini merupakan Kem Pertama untuk murid tahun 1 di sekolah ini dimana minat mereka semua untuk mendekatkan diri kepada solat amat menggalakkan. Begitu juga dengan sokongan ibu bapa yang mana mengharapkan anak mereka menjadi seorang insan yang soleh dan taat kepada perintah Allah.

Program ini dijalankan pada hari jumaat, iaitu selepas Solat Jumaat.Bermula jam 2.30petang semua murid tahun 1 dan barisan fasilitator berkumpul di Surau Sk Sulaiman untuk sedikit taklimat dan pembahagian kumpulan. Untuk KBS Tahun 1 Fasa 1 ini, murid-murid akan didedahkan dahulu dengan bacaan niat agar mereka sentiasa mengingati bilangan rakaat setiap solat agar mereka semua tidak keliru..

Slot Bacaan niat bermula jam 2.45 petang dimana murid akan dilatih untuk membaca Niat Solat mengikut kumpulan dan Fasilitator masing. Jam 3.45 petang pula akan disambung dengan Slot Wudhuk di mana mereka akan diajar tentang anggota- anggota wudhuk yang perlu dibasuh samada yang rukun mahupun yang sunat.

Ustazah Halipah memberikan penerangan kepada kumpulannya dalam Slot Wudhuk

Bagitu tekun Ustazah Azizah memberi tunjuk ajar kepada anak didiknya

Kelas dari 1 Jaguh sedang diberi tunjuk ajar oleh Ustazah Norhafizah

LENSA KEM BESTARI SOLAT





2 comments:

Azim Aris on May 14, 2011 at 9:47 PM said...

salam...sy guru pelatih jqaf dan juga perintis disekolah di pendalaman srawak ni..jdi sy nk minta tnjuk ajar ustaz/ustazah...boleh kah jika sy ingin minta contoh laporan KBS sekolah ini?terima kasih

Aku Islam on May 15, 2011 at 1:36 PM said...

Alhamdulillah... semoga program2 seperti ini dapat membentuk generasi kita generasi yang cintakan agama..

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 

j-QAF Sk Sulaiman Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template