Jadilah Orang Yang Sentiasa Jujur

Setiap Jejak Akan Tetap di Balas..Jgn Risau Ok

Biar Gambar Berbicara

Thursday, January 5, 2012

Mantan Ketua Murid SKS Kini Di Mesir


Isma Uzair sedang mengikuti pengajian Hifzul Quran





















Ketua Pelajar SK Sulaiman bagi tahun 2011, kini sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Hifzul Qur’an di salah sebuah Maahad Al Azhar di Mesir. Beliau diterbangkan ke Mesir dengan penerbangan Kuwait Airway pada 2 Disember 2011 lalu.
Sebahagian bangunan Maahad Makkah An Namuzaji

Beliau sempat singgah di Kuwait selama 5 jam sebelum meneruskan penerbangan ke Mesir.

Bersama 2 orang lagi pelajar dari Bentong, Isma Uzair Mohd Zamri menyertai kumpulan 20 pelajar Malaysia melanjutkan pengajian di Maahad Makkah Al Mukarramah An-Namuzaji di perkampungan Ibrahimiah dalam Wilayah Syarqiah, Mesir. 


Maahad ini adalah satu dari puluhan maahad di bawah Universiti Al Azhar yang bertebaran di seluruh Mesir.
Isma Uzair dan rakan rakan sepengajian


Isma Uzair dan rakannya dari SK Bukit Piatu, Abdullah Al Munzir Aris dan Mohd Zhoriff Jafni beruntung kerana berpeluang belajar dengan beberapa ulama’ yang hebat termasuk Syeikh Osman Azazi, guru kepada qari terkenal Syeikh Saad bin Said Al Ghamidi.








1 comments:

lanang on April 20, 2012 at 9:45 PM said...

Alhandulillah. Moga menjadi ulama besar.PSS SK Sulaiman mengucapkan moga anda sukses selalu.

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 

j-QAF Sk Sulaiman Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template