Jadilah Orang Yang Sentiasa Jujur

Setiap Jejak Akan Tetap di Balas..Jgn Risau Ok

Biar Gambar Berbicara

Wednesday, August 15, 2012

Doa Majlis Khatam Al-quran


Doa Majlis Khatam Al-quran

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Dihari yang mulia ini, kami hamba-hambaMu berkumpul dan berhimpun bagi menjayakan Majlis Khatam A-quran dan sambutan Nuzul Al-quran ……….  Kami bermohon padaMu  Ya  Allah agar Engkau  berkatilah  majlis  kami  ini. Engkau  jadikanlah  ia  sebagai  amalan  yang mendapat ganjaran pahala darimu.

Ya Allah Ya Fattah Ya Alim

Engkau  rahmatilah  kami    dengan  kemuliaan  Al  Quran.    jadikanlah  ia  sebagai  panduan hidup kami dan kurniakanlan kepada kami kelazatan membacanya siang dan malam.

 Ya Allah  Ya Tuhan kami,  Hiasilah  diri  kami  dengan  perhiasan  al- Quran, muliakanlah  kami dengan  kemuliaan  al  Quran,  pakaikanlah  kami  dengan  pakaian  al  Quran,  dan masukkanlah kami Ya Allah kedalam syurgamu dengan syafaat al Quran.

Ya Allah, kami memohon kepada-Mu kehidupan yang tenteram, kematian yang tenang dan tempat kembali yang tidak menyedihkan dan mengaibkan kami. Ya Allah, kami memohon kepada-Mu sebaik-baik permohonan, sebaik-baik doa, sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik ilmu, sebaik-baik amal, sebaik-baik pahala, sebaik-baik kehidupan dan sebaik-baik kematian.
Ya Allah ya Tuhan kami, lindungilah kami dari sifat alfa dan lalai dari mengingati Mu dan jadikanlah kami orang yang berilmu dan Engkau jauhkanlah kami dari kejahilan yang merosakkan kami.

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami rasa cinta dan kasih untuk beramal dengan al Quran dan kau sinarilah hati-hati kami keenakan dan kelazatan membaca ayat-ayat Mu. Engkau basahkanlah lidah kami dengan menyebut ayat-ayat Mu dan lapangkanlah dada kami bagi menerima segala perintahMu.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ 
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار .وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

1 comments:

Nur Abadi on August 2, 2013 at 1:09 AM said...

assalam..... tumpang buat manfaat... http://aspirasidiri.blogspot.com

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 

j-QAF Sk Sulaiman Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template