Jadilah Orang Yang Sentiasa Jujur

Setiap Jejak Akan Tetap di Balas..Jgn Risau Ok

Biar Gambar Berbicara

Saturday, January 7, 2012

RPT Bahasa Arab Tahun 5 (2012) dan Koleksi RPT Pendidikan Islam dan B.Arab 2012

3 comments

Salam kepada semua Blogger, Guru j-QAF dan semua guru.Di sini saya uploadkan lagi RPT yang paling latest RPT Bahasa Arab Tahun 5 (2012).Selain itu terdapat juga semua Koleksi RPT Pendidikan Islam dan Bahasa Arab yang terkini yang mana saya gabungkan daripada Tahun 1 hingga Tahun 6.Semoga ia dapat memberi kita kemudahan dan manfaat dalam perkongsian ilmu.Salam.

Koleksi RPT 2012 Pend.Islam dan B.Arab (Termasuk RPT Bahasa Arab Tahun 5 2012

Sila guna Google untuk mengelakkan sebarang masalah teknikal

Thursday, January 5, 2012

Mantan Ketua Murid SKS Kini Di Mesir

1 comments
Isma Uzair sedang mengikuti pengajian Hifzul Quran





















Ketua Pelajar SK Sulaiman bagi tahun 2011, kini sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Hifzul Qur’an di salah sebuah Maahad Al Azhar di Mesir. Beliau diterbangkan ke Mesir dengan penerbangan Kuwait Airway pada 2 Disember 2011 lalu.
Sebahagian bangunan Maahad Makkah An Namuzaji

Beliau sempat singgah di Kuwait selama 5 jam sebelum meneruskan penerbangan ke Mesir.

Bersama 2 orang lagi pelajar dari Bentong, Isma Uzair Mohd Zamri menyertai kumpulan 20 pelajar Malaysia melanjutkan pengajian di Maahad Makkah Al Mukarramah An-Namuzaji di perkampungan Ibrahimiah dalam Wilayah Syarqiah, Mesir. 


Maahad ini adalah satu dari puluhan maahad di bawah Universiti Al Azhar yang bertebaran di seluruh Mesir.
Isma Uzair dan rakan rakan sepengajian


Isma Uzair dan rakannya dari SK Bukit Piatu, Abdullah Al Munzir Aris dan Mohd Zhoriff Jafni beruntung kerana berpeluang belajar dengan beberapa ulama’ yang hebat termasuk Syeikh Osman Azazi, guru kepada qari terkenal Syeikh Saad bin Said Al Ghamidi.








Wednesday, January 4, 2012

RPT Bahasa Arab Tahun 2 KSSR

43 comments

Salam kepada semua Sahabat j-QAF dan GPI..Di sini saya upload lagi bahan untuk kita semua.RPT Bahasa Arab Tahun 2 (KSSR) dan Pendidikan Islam Tahun 2 (KSSR).Semoga kamu semua mendapat manfaat daripada apa yang kita kongsikan.Komen anda amat diperlukan bagi menambahbaik blog kami.Wassalam

RPT Bahasa Arab dan Pendidikan Islam Tahun 2 ( KSSR )

Tuesday, January 3, 2012

Rancangan Pengajaran Tahunan Pendidikan Islam Tahun 2 KSSR

231 comments


Salam kepada semua sahabat.Di sini ada link yang saya beri untuk muat turun Rancangan Pengajaran Tahunan Pendidikan Islam Tahun 2 KSSR. Di dalam ini juga terdapat Rancangan Pengajaran Tahunan Pendidikan Islam Tahun 1 yang terkini dan di kemaskini.Sila tinggalkan komen jika terdapat masalah.Sekian terima kasih.


Rancangan Pengajaran Tahunan Pendidikan Islam Tahun 2 KSSR
Blog Widget by LinkWithin
 

j-QAF Sk Sulaiman Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template