Jadilah Orang Yang Sentiasa Jujur

Setiap Jejak Akan Tetap di Balas..Jgn Risau Ok

Biar Gambar Berbicara

Thursday, November 11, 2010

Read 2010 One Nation Sk Sulaiman

0 comments
PROGRAM:
READ 2010 ONE NATION
NATIONWIDE RECORD BY THE STUDENTS OF SK SULAIMAN, BENTONG

TIME:
9.00A.M-10.20A.M





Wednesday, November 10, 2010

Majlis Persaraan Ketua Sektor Pendidikan Islam JPN PAHANG

0 comments
Tarikh:
8 November 2010

Tempat:
Dewan Kris Mas,SMK Bentong

Agenda Utama:
Majlis Persaraan TUAN HAJI MOHD NOR BIN MD. TAHIR
Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Pahang















Monday, November 8, 2010

Cikgu Biker Club Ke Cameron Highland

7 comments
Tarikh: 5 November 2010
Tempat Bertolak: Petronas Batu 1, Bentong

Bergambar sebelum pulang ke Bentong..

Kat sekolah murid-murid kena beratur..Kat Cameron plak..Cikgu-cikgu la plak kena beratur..Haha


Pak Teh@Abe Jak duk mengunyah sandwich Daun Teh

Sejuk sangat sampai bergambar pun kena peluk..hehe



Ntah apa la yang di tengoknya tu..



JOHN tetap maintan..

Monday, August 16, 2010

Kelebihan Bersahur

0 comments

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : “Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Waktu bersahur ialah bermula pada pertengahan malam hingga terbit fajar namun disunatkan untuk mengakhirkan waktu bersahur iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran. Mengantuk dan letih tidak boleh dijadikan alasan untuk enggan bersahur kerana sahur dapat membantu menguatkan badan orang yang berpuasa untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, di samping sahur itu sendiri adalah satu amalan sunat yang berkat. Menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani, yang dimaksud dengan berkat (barakah) itu ialah akan mendapat ganjaran dan pahala di mana Allah akan merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat juga akan mendoakannya.

Pengambilan makanan sahur adalah titik yang membezakan antara puasa penganut agama lain dengan puasa kaum muslimin kerana penganut lain tidak bersahur sebelum berpuasa. Waktu sahur adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa kepada Allah S.W.T. Sahur itu boleh dilakukan dengan sedikit makan walaupun cuma seteguk air. Namun tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit pasti akan mengganggu kesihatan.


Tuesday, July 27, 2010

Sambutan Isra' dan Mi'raj 1431H Sk Sulaiman

1 comments
Tarikh :16 Julai 2010
Hari: Jumaat

Tempat: Dewan Sekolah Kebangsaan Sulaiman

Anjuran: Unit Bina Insan dan Panatia Pendidikan Islam

Objektif:

Memberikan kesedaran kepada warga Sk Sulaiman terhadap kepentingan peristiwa Isra' dan Mi'raj.
Menerapkan kepentingan solat
Menanamkan keyakinan terhadap janji Allah

FORUM ISRA' DAN MI'RAJ

Ustaz Alhisyam Ahmad (Pengerusi)
Ustaz Mohd Zamri Basri (Ahli Panel)
Ustaz Hj. Aris Hazlan Ismail (Ahli Panel)




Kem Bina Juara Sk Sulaiman 2010

0 comments
14 Julai 2010-Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Kem Bina Juara yang mana disertai oleh murid tahap 2 iaitu murid tahun 4,5 dan 6.Penyertaan kali ini begitu menggalakkan dari murid-murid Sk Sulaiman.Program ini diwujudkan adalah salah satunya untuk mencari bakat mereka yang mana boleh menyumbang kepada sekolah.Antara aktiviti yang diadakan dalam Kem Bina Juara ini ialah Pengucapan Bahasa Arab, Kemahiran Jawi, Taranum, Hafazan, Bercerita dan Kemahiran Khat..Jom layan gambar-gambar dibawah..









Monday, July 5, 2010

HATI-HATI SELIPAR ADA NAMA ALLAH!

7 comments




Perhatian kepada semua warga pendidik. Tolong sampaikan kepada pelajar-pelajar kalian supaya berhati-hati ketika membeli kasut atau selipar. Jangan beli ikut dan je... Nampak lawa sikit, branded, maka beli. Tengok dulu apa yang tertulis dan terlukis padanya.
Lihat gambar selipar di atas. Walaupun ia sebenarnya logo buaya, tetapi apabila dilihat dari arah yang bertentangan, ia membentuk tulisan alif lam lam ha, siap dengan sabdunya lagi. Nak kelirukan orang, alif dan lam pertama itu dikembarkan.
Patutnya pihak berkuasa dalam bidang berkenaan kena ambil tindakan segera.
Selipar ini kami temui dalam program KBS untuk murid2 tahun 4 dan 5 minggu lalu. Berbelas-belas orang pelajar memakai selipar jenama yang sama.

Blog Widget by LinkWithin
 

j-QAF Sk Sulaiman Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template