Jadilah Orang Yang Sentiasa Jujur

Setiap Jejak Akan Tetap di Balas..Jgn Risau Ok

Biar Gambar Berbicara

Sunday, September 2, 2012

Nadwah Kepimpinan Islam Peringkat Negeri Pahang

1 comments
Kem Nadwah Kepimpinan Islam Peringkat Negeri Pahang 2012
 Air Tenang Resort, Janda Baik, Bentong 



Wednesday, August 15, 2012

Doa Majlis Khatam Al-quran

14 comments
Doa Majlis Khatam Al-quran

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Dihari yang mulia ini, kami hamba-hambaMu berkumpul dan berhimpun bagi menjayakan Majlis Khatam A-quran dan sambutan Nuzul Al-quran ……….  Kami bermohon padaMu  Ya  Allah agar Engkau  berkatilah  majlis  kami  ini. Engkau  jadikanlah  ia  sebagai  amalan  yang mendapat ganjaran pahala darimu.

Ya Allah Ya Fattah Ya Alim

Engkau  rahmatilah  kami    dengan  kemuliaan  Al  Quran.    jadikanlah  ia  sebagai  panduan hidup kami dan kurniakanlan kepada kami kelazatan membacanya siang dan malam.

 Ya Allah  Ya Tuhan kami,  Hiasilah  diri  kami  dengan  perhiasan  al- Quran, muliakanlah  kami dengan  kemuliaan  al  Quran,  pakaikanlah  kami  dengan  pakaian  al  Quran,  dan masukkanlah kami Ya Allah kedalam syurgamu dengan syafaat al Quran.

Ya Allah, kami memohon kepada-Mu kehidupan yang tenteram, kematian yang tenang dan tempat kembali yang tidak menyedihkan dan mengaibkan kami. Ya Allah, kami memohon kepada-Mu sebaik-baik permohonan, sebaik-baik doa, sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik ilmu, sebaik-baik amal, sebaik-baik pahala, sebaik-baik kehidupan dan sebaik-baik kematian.
Ya Allah ya Tuhan kami, lindungilah kami dari sifat alfa dan lalai dari mengingati Mu dan jadikanlah kami orang yang berilmu dan Engkau jauhkanlah kami dari kejahilan yang merosakkan kami.

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami rasa cinta dan kasih untuk beramal dengan al Quran dan kau sinarilah hati-hati kami keenakan dan kelazatan membaca ayat-ayat Mu. Engkau basahkanlah lidah kami dengan menyebut ayat-ayat Mu dan lapangkanlah dada kami bagi menerima segala perintahMu.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ 
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار .وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Monday, July 16, 2012

Majlis Pelancaran Minggu Bahasa Arab

1 comments
Majlis Pelancaran Minggu Bahasa Arab 
Tarikh : 16 Julai 2012 
Tempat : Dataran Sk Sulaiman 
Masa : 7.40-8.10 pagi 

Ustaz Aris Hazlan selaku pengerusi Majlis bagi Pelancaran Minggu Bahasa Arab


Ucapan aluan Guru Besar sempena Pelancaran Minggu Bahasa Arab

Guru Besar Sk Sulaiman menyempurnakan Pelancaran Minggu Bahasa Arab Sk Sulaiman

Ustazah Norhafizah sedang incharge slot Kalimatul Yaum

Sedang khusyuk guru-guru Sk Sulaiman melihat persembahan Kalam Jamaie



Persembahan Kalam Jamaie dari kelas 4 Tiara

Sunday, July 15, 2012

Pengumpulan Data e-Pelaporan Negeri 6 Bulan Pertama

1 comments
Penggabungan Data e-Pelaporan Negeri 6 Bulan Pertama
Tarikh: 12-13 Julai 2012
Tempat : Bilik Gerakan JPN Pahang
 
Semua JU Daerah sedang menggabungkan data-data e-sekolah mengikut daerah masing-masing

Sedang berbincang JU Negeri (berbaju biru) dan JU Kebangsaan (berdiri) mengenai masalah penggabungan yang dihadapi

Barisan Penyelia Pendidikan Islam Daerah yang turut hadir dalam membantu proses penggabungan data e-Pelaporan j-QAF

Masih sempat tersenyum JU Daerah Bentong walaupun sedang pening mencari punca ketidaksahihan data

Ustaz Ishak (Pegawai j-QAF JPN) selaku pengerusi yang 'incharge' pengumpulan data j-QAF 6 Bulan Pertama

JU Bentong sedang khusyuk dengan proses penggabungan data di samping turut membantu data daerah Maran.

JU Bera begitu teliti dan bersabar dengan data yang digabungkannya itu..

Saturday, July 14, 2012

Mesyuarat Nadwah Kepimpinan Peringkat Negeri,Air Tenang Resort,Janda Baik

2 comments








Wednesday, June 20, 2012

e-Laporan eSATU 12.1 (New)

0 comments
Assalamualaikum...

Disini saya letakkan eSATU 12.1 yang terkini.
Masalah eSATU 12 ialah dibahagian rumusan datanya adalah Kosong...Tidak ada data yang masuk dibahagian rumusan..Jadi kamu semua boleh download eSATU 12.1 yang terkini dan boleh teruskan proses anda...Hehe..

Monday, June 18, 2012

eLaporan ESATU,EDUA dan ESEKOLAH 2012

0 comments
Assalamualaikum w.b.t kepada semua j-QAFFER...

Di sini saya telah mengUPLOADkan enjin yang telah lama kita tunggu selama ini...iaitu ESATU,EDUA dan ESEKOLAH..

MAKLUMAN:
Didalam enjin ESATU DAN EDUA tidak ada apa2 pun bezanya cuma kita tidak perlu isi markah JAWI dan BAHASA ARAB...Jadi ini memudahkan kerja kita dan menjimatkan sedikit masa...Huhu,..

Untuk DOWNLOAD anda boleh pergi ke link yang diberikan dibawah ini.

 Download di bawah:

Blog Widget by LinkWithin
 

j-QAF Sk Sulaiman Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template