Jadilah Orang Yang Sentiasa Jujur

Setiap Jejak Akan Tetap di Balas..Jgn Risau Ok

Biar Gambar Berbicara

Monday, January 24, 2011

Merentas Desa Sk Sulaiman

7 comments
Tarikh:
19 Januari 2011

Tempat:
Padang SK Sulaiman


Penjaga Check Point bersiap sedia untuk menjalankan tugas.

Taklimat kepada guru-guru yang terlibat dengan Check Point..Cikgu Yati menjerit..Hujan Lebat sangat..

Cikgu Rosnizal mengetuai senaman memanaskan badan..

Acara mula dilepaskan oleh Guru Besar Sk Sulaiman, dan acara bermula dengan pelepasan Peserta Lelaki Tahap 2.



Ustazah Halipah dan Ustazah Suhaila sedang berehat-rehat di Check Pointnya sendiri sambil dikawal rapi oleh bodyguard kecil.

Sebahagian guru-guru yang menjadi Hakim Penamat..Ustazah Norhayati begitu semangat menyokong rumah sukan nya sendiri.Huhu..

Cikgu Khairul Azhar bertungkus lumus sambil terjerit-terjerit agar program ini berjalan dengan lebih lancar..


P/s:
Habis jer Program ni..
Aku, Rosnizal dan Emy p jogging kat PPD plak..haha


Saturday, January 8, 2011

Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS

2 comments

Transformasi kurikulum memberi penegasan kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah dengan pelbagai kaedah pentaksiran bagi membolehkan penilaian yang lebih autentik (dapat dipercayai /asli dan tekal) dan holistik.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah bersifat formatif dan sumatif serta dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Aktiviti pemulihan, pengukuhan dan pengayaan dilaksanakan mengikut keperluan murid bagi memastikan murid mencapai standard yang ditetapkan.

Download Modul dan Bahan-bahan lain Di bawah

Monday, January 3, 2011

Download KSSR Pendidikan Islam dan Bahasa ArabTahun 1

74 comments
Kepada semua sekolah yang terlibat dengan KSSR Pendidikan Islam Tahun 1 boleh Download segala maklumat seperti Rancangan Pelajaran Tahunan, Modul-modul, Contoh Penulisan RPH KSSR Tahun 1 dan lain-lain lagi..

Untuk Download..Sila Klik Dahulu Link Di bawah ini

Bahan Bantuan KSSR Pendidikan Islam Tahun 1
KSSR Pendidikan Islam Tahun 1
RPT Bahasa Arab KSSR Tahun 1

Jangan Lupa Tinggalkan Komen Selepas Mendownload..Untuk tujuan penambahbaikkan..
Terima Kasih



Friday, December 31, 2010

Ragam Sebelum Persekolahan

0 comments
Sesi persekolahan hampir tiba..Kebanyakkan semua sekolah kat seluruh Malaysia ni sibuk dengan pelbagai urusan-urusan penting..Tidak ketinggalan juga Sk Sulaiman yang mana sibuk dengan pelbagai program cuti sekolah sehinggalah kepada mesyuarat guru..Kali ini Blog jQAF Sk Sulaiman memaparkan ragam-ragam sebelum bermulanya sesi persekolahan...Seperti mana yang kelihatan kat bawah ini adalah suasana semasa pembelian buku tulis..pendaftaran tahun 1 dan sesi orientasi...

Suasana di kedai buku agak sibuk.Pembelian buku tulis dibuka pada 20-25 Disember 2010 mengikut tahun..manakala penjualan buku tulis untuk Tahun 1 pada 30Disember 2010.

Ibubapa dan penjaga murid Tahun 1 beratur untuk mendaftar anak-anak mereka.

Guru Kelas (Cikgu Muziyani) sedang sibuk bersama salah seorang penjaga murid Tahun 1 dibantu pula oleh Ustaz Zamri.

Gelagat-gelagat yang murid Tahun 1 untuk tahun 2011 ni..Siap Peace lagi..hehe


Cikgu Omar pun sibuk dengan urusan pendaftaran murid Tahun 1..Maklumla.guru kelas..hehe..Salah seorang guru pakarMatematik Tahun 1..bukan senang nak ajar Darjah 1 ni.



Sedang menunggu giliran untuk membeli buku.



Cikgu Apeq dan Cikgu Zaki sedangbertungkus lumus mengagihan buku tulis mengikut Tahun..

Cikgu Zaki sedang mengira untung jualan buku...Katanya untung hari ni RM50k

Ustaz Hisyam duduk melepak sambil melepaskan penat di kedai buku selepas pendaftaran murid untuk semua tahun.Tahun ni Ustaz hisyam pegang kelas 5 Juara..Kelas Suryanto tu..huhu.

Khusyuknya Cikgu-cikgu SK Sulaiman menyalin Jadual masing-masing.

Ustazah Hafizah..sedang membelek TAP dirinya..Banyak ker tahun ni Kelas Ustazah ajar??

Ini adalah buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran saya..huhu..Azam baru..Semangat Baru..



Thursday, November 25, 2010

Kem Bestari Solat, Literasi Al-quran dan Bina Juara Daerah Bentong 2010

7 comments






















Blog Widget by LinkWithin
 

j-QAF Sk Sulaiman Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template