Jadilah Orang Yang Sentiasa Jujur

Setiap Jejak Akan Tetap di Balas..Jgn Risau Ok

Biar Gambar Berbicara

Saturday, March 6, 2010

Sambutan Maulidur Rasul 2010@Sk Sulaiman


Pada 5 Mac 2010 baru-baru ini, Sk Sulaiman telah mengadakan satu program yang mana terdapat dalam Hari Kebesaran Islam iaitu Maulidur Rasul.Program ini telah berjalan lancar sebagaimana yang telah dirancangkan oleh Unit Bina Insan.

Di antara aktiviti yang dijalankan iaitu Perarakan di jalan raya yang mana lalu lintasnya dikawal oleh polis trafik Daerah Bentong dan juga dikawal oleh guru-guru Sk Sulaiman bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.Perarakan ini bermula pada jam 8.30 pagi yang disertai oleh semua guru,murid-murid tahun 1-6,murid Pendidikan Khas dan Pra Sekolah.

Setelah sahaja selesai perarakan, semua murid diminta untuk duduk di dalam Dewan Sk Sulaiman untuk mendengar ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Baharimi.Ustaz Baharimi merupakan guru j-QAF dari Sekolah Kebangsaan Jambu Rias, Bentong yang mana beliau ini juga merupakan salah seorang Ahli Bridget Dakwah Daerah Bentong.

Agenda seterusnya pula ialah Pertandingan Kuiz Maulidur Rasul yang mana setiap rumah sukan hendaklah menghantar 3 orang wakil daripada tahun 4-6.Soalan kuiz berdasarkan kepada isi yang telah disampaikan oleh penceramah.

Segala gambar aktiviti boleh dilihat dibawah ini..Jom kita tengok..











3 comments:

si para para on March 7, 2010 at 6:23 AM said...

wah meriah jugak kat sana...
sama samalah kita hayati perjuangan baginda saw..
semoga kita tergolong di dalam golongan yang sedikit...

tice on March 7, 2010 at 12:49 PM said...

salams

Alhamdulillah sambutan Maulidulrasul kat skul ustazADMIN dah berjalan dengan lancar dan jayanya..Kat skul ummi akan diadakan pada hari terakhir persekolahan semester ini..kami buat SIMPLE jer..tapi aktiviti2 yang diatur padat..Semoga semua dapat menmanfaatkannye..InsyaAllah

tehr on March 18, 2010 at 6:45 PM said...

seronok lihat kanak-kanak dalam perarakan siap dengan pakaian beranika warna - saya terlibat dalam acara ini setip tahun sebagai jurugambar - tahniah kepada jurugambar sksulaiman untuk gambar2 yang cantik ini

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 

j-QAF Sk Sulaiman Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template