Jadilah Orang Yang Sentiasa Jujur

Setiap Jejak Akan Tetap di Balas..Jgn Risau Ok

Biar Gambar Berbicara

Sunday, May 30, 2010

Kalimah Allah di kasut Crocs..Korok Betul..


"Kasut Crocs yang menjadi trend di Malaysia kini kerana ianya mudah dipakai dan selesa. Di mana-mana orang menjual kasut crocs ni, di pasaraya, di pasar malam malah di tepi-tepi jalan. Ada jer canopy segera dipasang untuk menjual kasut crocs.

Kalau dah di pasar malam tu terang-teranglah ia adalah kasut crocs tiruan. Berhati-hati membeli kasut crocs tiruan ini kerana saya mendapat email berkenaan lambang crocs tiruan ini yang ada iras-iras kalimah Allah. Mungkin orang kata saya ni terlalu sensitif, takpelah bab-bab agama ni kita memang perlu sensitif terutama ianya akan dijadikan alas kaki.

Isu-isu macam ni, susah kita nak merungkaikan dan membuat kesimpulan sama ada ianya hanya sebagai kebetulan atau memang disengajakan melainkan orang yang mencipta logo tersebut yang mengetahui. Sama ada memang mereka sengaja nak merosakkan agama Islam ni. Lagi-lagi bila kalimah Allah yang suci sepatutnya di hormati terletak di tapak kaki kita sendiri.




Ini adalah soalan yang ditanya mengenai ISU CROCS yang mana dijawab oleh Ustaz Noramin.

Assalamualaikum,


Now, ramai dah mula bercakap mengenai kasut crocs mempunyai kalimah Allah pada logonya. Saya harap ustaz dapat memeberi pandangan dalam hal ini. Boleh dikatakan ramai orang Malaysia pakai brand ini samada original mahupun yang tiruan.

Jawapannya

Umat Islam dari zaman Nabi Muhammad sehingga sekarang tidak sepi dari cubaan musuh Islam untuk menyesatkan akidah umat Islam. Berbagai cara, teknik dan metode mereka gunakan untuk jatuhkan akidah umat Islam. Dahulu mereka gunakan teknik kekerasan iaitu peperangan, pembunuhan dan penindasan untuk menyekat kebangkitan umat Islam..

Tetapi teknik ini seringkali menghadapi jalan kegagalan dan kebuntuan musuh Islam. Sekarang mereka menggunakan kaedah baru iaitu dengan menggunakan psikologi, hiburan, budaya dan penindasan. Mereka masukkan siaran-siaran yang melalaikan seperti filem-filem keagamaan mereka, pelakon yang tidak menutup aurat, 18 sx dan sebagainya. Teknik baru yang digunakan oleh musuh Islam ini sangat berkesan sehingga dapat memecahkan beberapa fahaman umat Islam, di antaranya ialah seperti Islam librare, Islam sikular, Islam Moden, Islam Tradisional dan sebagainya. Apabila Islam telah berpecah mudah bagi mereka untuk menghancurkan Islam sepertimana yang telah berlaku kepada zaman kejatuhan pemerintahan Khalifah Uthmaniah Turkey. Sekarang umat Islam tidak terbela lagi sehingga darah daging umat Islam sama nilainya dengan ikan-ikan busuk di pasar malam dan pasar minggu.

Umat Islam sekarang menghadapai masalah sosial yang paling serius dan susah untuk diubati lagi, kecuali dengan undang-undang Islam. Sering kita dengari di dalam media masa, umat Islam paling ramai dengan sumbang mahram, seks bebas, buang anak, penyalah gunaan dadah, rempit, malas belajar dan sebagainya. Ini semua berlaku adalah dari agenda terancang musuh Islam dahulu, kini dan selamanya hingga kiamat.


Yang Terbaru, ialah penghinaan Kalimah Allah di kasut, tatu badan, rantai samseng, tali pinggang dan sebagainya. Ini semua merupakan penghinaan kepada agama Islam dan umat Islam. Selagi mana umat Islam tidak bersatu, maka selagi itulah musuh Islam berani untuk menghina Islam. Sebenarnya saya dah buat satu artikel berkaitan masalah ini, klik sini untuk membacanya.


Kembali kepada perbahasan asal artikel ini, masalah logo kepada kasut crocs yang hangat diperkatakan oleh orang sekarang ini. Setelah saya lihat logonya memang sangat serupa dengan kalimah Allah sama ada original atau tiruan. Pendapat saya, lebih baik elak dari membelinya dan elak dari memakainya, kerana kita dikira bersekonkol melaksanakan kerja jahat syarikat tersebut dalam menjatuhkan maruah Islam. Walaupun kita kuat sembahyang, tutup aurat, kuat sedekah dan berbagai ibadah yang lain kita buat, tetapi masih menggunakan kasut berlogo kalimah Allah, maka tiada gunanya ibadah kita selama ini, kecualilah kepada orang yang tidak tahu bahawa kasutnya ada kalimah Allah. Inilah yang disifatkan oleh Nabi Muhammad bahawa umatnya di akhir zaman diibaratkan seperti buih atau sampah di lautan, tiada tindakan yang boleh dibuat untuk membasmi masalah kasut logo kalimah Allah ini.


Saya percaya ada sebahagian umat Islam akan mengatakan bahawa “inilah kerja ustaz dan orang agama itu tak boleh ini tak boleh semua haram”. Ada yang kata “alamak ustaz kasut nih sedap pakai dari kasut-kasut lain, kerana ia mudah dan senang, nak ambil air wuduk pun mudah nak pi jamban pun mudah”. Anda semua perlu ingat, Walau apa cara sekalipun hatta menggadaikan harta dan nyawa untuk mempertahankan Islam, maka wajib kita kena buat dan tiada terkecuali, kerana menjaga agama adalah kewajipan bagi umat Islam semua. Biarlah susah sikit untuk perkara dunia dan senang untuk perkara akhirat. Ganjaran sangat besar bagi orang yang sanggup mengorbankan dirinya untuk menagih cinta Ilahi. Kerja sebagai seorang Ustaz atau pendakwah ini sangat berat dan membetulkan salah orang, kalau bukan ustaz membetulkan salah orang siapa lagi. Adakah artis akan membetulkan salah masyarakat? Jelas ini memang kerja ustaz dan pendakwah, memang kena tegur kesalahan orang dan bukan menegur kesalahan binatang atau haiwan.


Saya seru kepada semua, jom kita boikot syarikat kasut tersebut dengan rasa sensetifnya terhadap penghinaan kalimah Allah tersebut. Inilah cara yang kita mampu buat dari yang lain dan kita sama-sama doakan agar kerajaan mengambil tindakan yang tegas terhadap syarikat-syarikat yang meletakkan kalimah Allah kasut dan sebagainya. Sebagai tanggungjawab Islam, maka wajiblah kita menyampaikan perkara kebaikan kepada saudara-saudara sesama Islam mengenai masalah ini. Saya akan buat aduan JAKIM tentang masalah kasut yang menggunakan kalimah Allah ini, sebagai rasa bertanggungjawab.



SATU LAGI PENGHINAAN TERHADAP ISLAM





Bagaimana pula pendapat ANDA mengenai isu ini..Cikgu pasti ramai antara kita yang mempunyai selipar Crocs..Jadi bagilah pendapat anda setelah membaca artikel ini..Cikgu hargai setiap komen ANDA semua..


21 comments:

Anonymous said...

nsib sy bru beli 1 je kasut crocs tu...hehe...setuju sgt ngn pendapat ustaz tu..tp gmbr yg toilet tu melampau gler

Izzati Ishak on May 31, 2010 at 12:40 AM said...

astagfirullahalazim....agenda yahudi untuk merosakkan umat islam...
saya pernah tonton filem, "the book of eli". dlm filen tu, penghinaan secara x langsung terhadap al-Quran..hmm..

Floral Cakes on May 31, 2010 at 12:48 AM said...

salam..

nasib baik sy tak pernah pakai kasut crocks..klu diperhatikan btl btl, tulisan kalimah Allah tu bkn secara kebetulan tp memang disengajakan..kaum Yahudi memang berusaha utk memusnahkan umat Islam tak kira dgn apa cara sekali pun..tp yg sedehnya tak kurang juga yg cuba mempertahankan kasut ni..nmpknyer yahudi berjaya lagi..heh !!

kaizen shinobi on May 31, 2010 at 1:19 AM said...

bila dunia dikaburi oleh musuh Islam...

inilah jadinya... jadi.. berhati2 ketika menggunakan something~

intan izani on May 31, 2010 at 8:36 AM said...

semakin ramai yg berani membuat penghinaan terhadap islam
biarlah Allah yg adili mereka
kita mungkin tak mampu menghalang
hanya mampu memboikot, itu pun tak semua boikot

umi_e on May 31, 2010 at 8:44 AM said...

Salam...

Agenda Yahudi juga turut diagung-agungkan di pusat pengajian tinggi!

ILA HonEyBuNNy on June 3, 2010 at 11:05 PM said...

masya allah....marah neh...diorg suka2 ja mempermainkn agama kita...

zue zuya on June 3, 2010 at 11:39 PM said...

skg dah makin byk logo2 diorg yg ada kalimah2 ni...apa la nk jd...tp masih ader gak yg tahu tp pki.

LINA PK said...

ari tu dh nk beli sgt dh kasut crocs tu tp nasib baik saiz takde....

kita tak mampu nak boikot semuanya sbb kebanyakan brg2 tu mmg kita guna sama ada kita sedar atau tak....

nadfiz said...

salam..

sye da perhatikan d ksut sye.. mmg jlas n nyate.. bl kte renung .. mmg da nmpak kalimah Allah kat tapak kasut tue.. b4 nie.. adik sye lek keje .. n bg tau psl kalimah Allah di kasut crocs.. sye x caye.. tp die kluarkan tag original yg die bawak lek dri tmpat keje die.. n die tulis gne pen.. tp.. x nmpk gak lg..bl ati nie tergerak nak tgk kat ksut sndri.. bru sye prsan yg bnde tue mmg btol

Reid said...

Tak payah imiginasi tinggi sangat, mana ada orang tulis kalimah Allah, alif dan lam bercantum? dan atas ha ada sabdu? rujuk balik tulisan jawi

realiti.. on June 10, 2010 at 9:38 PM said...

skang nie pelbagai penghinaan terhadap ALLAH,MUHAMMAD,ISLAM..org2 kafir akan membuat apa sahaja yg mereka suka utk menghina islam..

Wanzi on June 13, 2010 at 5:46 PM said...

betul sekarang ni sudah banyak penyalah guna kalimah Allah di letak ditempat yang tak sesuai.....

Nekmo on June 13, 2010 at 7:00 PM said...

suka entri ni..jelas..tq ats info..
mmg org kafir ni..guna cara halus dah tak boleh kasar..trima kasih uztaz...

Whitey Mommy on June 13, 2010 at 7:13 PM said...

ya allah... takutnya tengok... sampai letak kalimah Allah kat tandas??? lagi dibuat kasut? siapa yang berani pakai? alamatnya terbakarla kaki...sib baik saya tak de kasut croc.... memang tak mampu la nak beli mahal2 gitu...kalau kat pasar malam pulak... hehe harapla nak beli barangan tak ori... jadi tak payah beli langsung... pakai selipar bata lagi baik...

merahitujambu on June 14, 2010 at 6:20 PM said...

rasa melampau sungguhkan..aduih..

Unknown on June 17, 2010 at 11:46 AM said...

dunia dah akhir zaman. dah sampai penghujung sangat sangat dah ni. haih. sampai ke botol minuman coca cola pun dijadikan tempat untuk menghina islam.

piah fma said...

Trima ksh ats info nih....gram btoi r tgok klimah Allah di tndas 2...sng2 ja nk plekeh agama kta...

Anonymous said...

trima kasih ats info ini....

Anonymous said...

actually pada pendapat saye isu ni ptt sgt kite kaji hingga ke akar umbi utk mengelakn perasaan was2. sebabnya kite berckp ttg isu agama islam yg wajar kite pelihara wlau ape jua keadaan pun. so,bg sy kite kena lihat siapa empunya syrikat crocs itu sendiri. org islam ke,org yahudi ke, org amerika ke.so dr ctu kite boleh nilai yg isu kalimah Allah ni satu kebetulan ataupn satu propaganda yg nk jatuhkan umat islam. bygkan jika hari2 kite bukan berpijak beralaskn kasut semta2 tp beralaskan kalimah Allah yg maha Esa. di mana letaknye kewarasan akal fikiran kite?ksimpulannye..kalau bnde ni melibatkn persaan was2 jd elok la kalau kite elakkan dr terus memakainye..

nurgatinhan said...

lebih baik jangan minum coco-cola lagi

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 

j-QAF Sk Sulaiman Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template