Jadilah Orang Yang Sentiasa Jujur

Setiap Jejak Akan Tetap di Balas..Jgn Risau Ok

Biar Gambar Berbicara

Wednesday, June 16, 2010

10,000 guru j-QAF ditambah..Apa Lagi..Mohon la bagi mereka yang layak.


Salam semua sahabat Blogger..

Kali ini Cikgu Tampil dengan post yang mana mungkin memberi peluang kepada mereka yang terbaca..mereka yang membaca dan mereka yang layak..Iaitu berita mengenai peluang untuk menjadi Guru j-QAF...Ini kerana kerajaan Malaysia memerlukan lagi tambahan 10,000 orang untuk menjadi Guru j-QAF..Tapi syaratnya cikgu tak berapa pasti..samada ia layak untuk Lepasan Ijazah atau Lepasan STAM/Diploma..Yang pastinya.ia telah diwarwarkan..Meh kita baca keratan dibawah ni..

ALOR SETAR 12 Jun - Seramai 10,000 guru pengajian Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu Ain (j-QAF) akan diambil dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) bagi memperkasa pendidikan tersebut di sekolah-sekolah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pengambilan baru itu akan membolehkan pengajian j-QAF diperluaskan ke lebih banyak sekolah berbanding terhad untuk sekolah tertentu pada masa ini.

Menurutnya, pengambilan itu perlu bagi menampung kekurangan guru j-QAF yang kini berjumlah kira-kira 14,000 orang di seluruh negara.

"Pengambilan baru ini akan membolehkan guru j-QAF mengajar di sekolah lain seperti sekolah jenis kebangsaan yang terdapat ramai juga pelajar Islam," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Ke-36 Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Ugama Malaysia Barat (KKGUMB) cawangan Kedah di sini, hari ini.

Menurutnya, langkah menambah bilangan guru j-QAF merupakan usaha bagi menjayakan RMK-10 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat lalu.

Selain memperkasakan j-QAF, Jamil Khir memberitahu, peruntukan di bawah RMK-10 juga akan digunakan untuk memperkukuh pentadbiran dan pengurusan masjid selain membina bangunan baru yang berkaitan dengan agama Islam.

"Ia juga melibatkan pembangunan dan pembesaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi membolehkan ia memainkan peranan yang lebih berkesan khususnya untuk kemajuan umat Islam di negara ini.

"Tidak ketinggalan ialah pembangunan pejabat agama Islam dan majlis agama Islam di negeri-negeri," ujarnya.

Sumber:Utusan Online 13/6/2010



2 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum..blh sesiapa tlg bgtau sy bagaimana cara utk memohon jd guru j-qaf diatas?

Myvi said...

itu baru diwarwarkan..insyallah permohonan ONline nanti akan diberitahu kelak

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 

j-QAF Sk Sulaiman Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template