Guru-guru j-QAF besar jasanya. Memperkekalkan agama kepada anak murid seawal huruf alif. Khatamkan bacaan buku Iqra' dari jilid satu sampai 6. Khatamkan Al Quran sampai 30 juzuk. Sampai 114 surah. dari Al Fatihah sampai An Nas.
Inilah semulia-mulia tugas yang dinyatakan oleh Nabi SAW خيركم من تعلم القرءان وعلّمه. Mengajar manusia supaya mengerti wahyu Tuhan. Kalam yang paling agong yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW lebih 1400 tahun lalu di Makkah. Atau lebih tepatnya di Gua Hira'.
Ya, Gua Hira'.... yang insya Allah sehari dua lagi akan saya daki. Dua hari lepas, saya bersama 35 orang jamaah umrah dari Malaysia telah menziarahi kaki bukit yang dikenali sebagai Jabal Nur. Di puncaknya terdapat Gua Hira', tempat turunnya wahyu pertama. Insya Allah lusa kami akan mendakinya pula.
Kami ingin saksikan secara real kesukaran yang terpaksa dihadapi oleh baginda Nabi SAW ketika seluruh manusia hidup dalam kesesatan jahiliah. Demi menjaga imannya, baginda berulang alik dari kota Makkah ke Jabal Nur dan mendakinya untuk beribadat kepada Allah di Ghar Hira'.
Subhanallah, alangkah baiknya kalau semua guru j-QAF dapat datang ke sini untuk mendapat penghayatan sebenar terhadap pelajaran yang mereka ajar. Alangkah seronoknya beribadat di dalam masjid yang ganjaran pahalanya digandakan 100,000 kali ganda berbanding dengan ibadat di dalam masjid-masjid lain (bukan berbanding dengan ibadat di rumah masing-masing).
Alangkah lazatnya menghirup air zam zam setiap kali tiba dan setiap kali sebelum keluar Masjidil Haram. Sekurang-kurangnya 10 kali sehari semalam.
Alangkah lazatnya menghirup air zam zam setiap kali tiba dan setiap kali sebelum keluar Masjidil Haram. Sekurang-kurangnya 10 kali sehari semalam.
Pulang nanti boleh cerita pada anak murid bahawa....
Ustaz Aris....
Makkah Al Mukarramah
Sape nak call/sms guna nombor ni: +9665 40607579
Jangan lupa mulakan dengan tanda tambah (+)
1 comments:
Subhanallah !!..
Post a Comment