

Alangkah lazatnya menghirup air zam zam setiap kali tiba dan setiap kali sebelum keluar Masjidil Haram. Sekurang-kurangnya 10 kali sehari semalam.
ALOR SETAR 12 Jun - Seramai 10,000 guru pengajian Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu Ain (j-QAF) akan diambil dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) bagi memperkasa pendidikan tersebut di sekolah-sekolah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pengambilan baru itu akan membolehkan pengajian j-QAF diperluaskan ke lebih banyak sekolah berbanding terhad untuk sekolah tertentu pada masa ini.
Menurutnya, pengambilan itu perlu bagi menampung kekurangan guru j-QAF yang kini berjumlah kira-kira 14,000 orang di seluruh negara.
"Pengambilan baru ini akan membolehkan guru j-QAF mengajar di sekolah lain seperti sekolah jenis kebangsaan yang terdapat ramai juga pelajar Islam," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Ke-36 Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Ugama Malaysia Barat (KKGUMB) cawangan Kedah di sini, hari ini.
Menurutnya, langkah menambah bilangan guru j-QAF merupakan usaha bagi menjayakan RMK-10 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat lalu.
Selain memperkasakan j-QAF, Jamil Khir memberitahu, peruntukan di bawah RMK-10 juga akan digunakan untuk memperkukuh pentadbiran dan pengurusan masjid selain membina bangunan baru yang berkaitan dengan agama Islam.
"Ia juga melibatkan pembangunan dan pembesaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi membolehkan ia memainkan peranan yang lebih berkesan khususnya untuk kemajuan umat Islam di negara ini.
"Tidak ketinggalan ialah pembangunan pejabat agama Islam dan majlis agama Islam di negeri-negeri," ujarnya.
Sumber:Utusan Online 13/6/2010
j-QAF Sk Sulaiman Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template