KEM IBADAH TAHUN 6 2012
Tempat : Tapak Perkhemahan Sk Sulaiman
Tarikh : 9-11 November 2012
9 November 2012 - Panitia Pendidikan Islam Sk Sulaiman telah mengadakan Kem Ibadah Tahun 6 2012. Alhamdulillah segala program berjalan dengan lancar di atas komitmen tinggi guru-guru Sk Sulaiman.Mudah-mudahan program seperti ini dapat diteruskan lagi dan diberikan penambahbaikkan bagi memantapkan lagi program ini.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar kerana dapat hadir 3 hari berturut-turut sepanjang program ini dan memberikan komitmen yang baik dlaam menjayakan program ini. Di samping itu juga, terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang hadir dalam membantu melancarkan program Kem Ibadah ini. Inilah kerjasama yang kita perlu kekalkan dalam menjayakan sesebuah program.
 |
Ustaz Al-Hisyam menjadi imam solat Asar berjemaah bersama peserta |
 |
Pelajar perempuan juga menunaikan solat Asar berjemaah |
 |
Taklimat disampaikan oleh Kem Komanden (Ustaz Al-Hisyam) kepada para peserta Kem Ibadah Tahun 6 Sk Sulaiman |
 |
Peserta diberikan pendedahan dalam mendirikan khemah |
 |
Cikgu Rozita turut membantu peserta mendirikan khemah |
 |
Antara guru- guru yang turut membantu dalam menjayakan Kem Ibadah Tahun 6 |
 |
Peserta menjamu selera di tempat yang telah disediakan. |
 |
Kuliah Magrib yang disampaikan oleh Ustaz Zamri bin Basri (Pegawai j-QAF Daerah Bentong) |
 |
Slot Pertama (Ice Breaking) yang dikendalikan oleh Ustaz Al-Hisyam |
 |
Cikgu Affindi turut membantu dalam Slot Ice-Breaking. |
 |
Peserta Kem Ibadah melakukan senam pagi |
 |
Ustaz Al-Hisyam selaku pengacara majlis.Kelihatan YDP PIBG Sk Sulaiman, Tuan Imam Azahari (Imam Masjid Bentong) yang akan bersama peserta Kem Ibadah Tahun 6 |
 |
Sesi soal jawab bersama Tuan Imam Azahari |