Jadilah Orang Yang Sentiasa Jujur

Setiap Jejak Akan Tetap di Balas..Jgn Risau Ok

Biar Gambar Berbicara

Tuesday, November 6, 2012

Seminar Jati Diri Guru Pendidikan Islam


SEMINAR JATI DIRI GURU PENDIDIKAN ISLAM

Tempat  : Dewan PPD Bentong
Anjuran  : Pekdis Bentong
Tarikh    : 5 November 2012


Assalamualaikum w.b.t Bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana diberikan kita nyawa untuk meneruskan hidup sebagai khalifah di muka bumi ini. Sebagai tirai penutup untuk tahun 2012 ini,Unit Pendidikan Islam Daerah Bentong melabuhkan tirainya dengan satu Program yang terakhir.Program yang terakhir pada tahun ini ialah Seminar Jati Diri Guru Pendidikan Islam yang mana sekaligus meraikan perpisahan Ustaz Ahmad Hamizi yang telah bertukar daripada JPNP sebagai Ketua Operasi Dakwah ke negeri Melaka.Pertukaran beliau adalah disebabkan beliau menjadi Pengetua disebuah SM Kluster di salah sebuah negeri Melaka. 

Oleh itu, kami doakan agar Ustaz Hamizi dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan buat yang terbaik.Kami ucapkan SELAMAT BERTUGAS DI SEKOLAH BARU. 

Pendaftaran Seminar Jati Diri GPI
Antara urusetia Seminar Jati Diri GPI yang mana SK Sulaiman menjadi Tuan Rumah
Bacaan doa diketuai oleh Ustaz Nazari Mansor bagi mendapatkan barakah majlis tersebut
Antara GPI yang hadir pada Seminar Jati Diri GPI
Sedang khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Hamizi
Ucapan aluan daripada wakil PPD, Ustaz Zamri bin Basri,Pegawai j-QAF Daerah Bentong
Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Hamizi
Begitu bersungguh dan bersemangat Ustaz Hamizi menyampaikan ceramahnya kepada GPI Daerah Bentong

Penyampain Sijil Penghargaan kepada Guru Besar Sk Sulaiman, En. Azor bin Yusof selaku tuan rumah untuk program kali ini.
Ustaz Zamri menyampaikan cenderamata kepada Ustaz Ahmad Hamizi sebagai tanda perpisahan dan bertukar ke Melaka menjadi Pengetua di SMK.


0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 

j-QAF Sk Sulaiman Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template