Jadilah Orang Yang Sentiasa Jujur

Setiap Jejak Akan Tetap di Balas..Jgn Risau Ok

Biar Gambar Berbicara

Sunday, November 4, 2012

Kem Ibadah Tahun 6


KEM IBADAH TAHUN 6 2012 
Tempat : Tapak Perkhemahan Sk Sulaiman 
Tarikh : 9-11 November 2012 



9 November 2012 - Panitia Pendidikan Islam Sk Sulaiman telah mengadakan Kem Ibadah Tahun 6 2012. Alhamdulillah segala program berjalan dengan lancar di atas komitmen tinggi guru-guru Sk Sulaiman.Mudah-mudahan program seperti ini dapat diteruskan lagi dan diberikan penambahbaikkan bagi memantapkan lagi program ini.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar kerana dapat hadir 3 hari berturut-turut sepanjang program ini dan memberikan komitmen yang baik dlaam menjayakan program ini. Di samping itu juga, terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang hadir dalam membantu melancarkan program Kem Ibadah ini. Inilah kerjasama yang kita perlu kekalkan dalam menjayakan sesebuah program.
Ustaz Al-Hisyam menjadi imam solat Asar berjemaah bersama peserta
Pelajar perempuan juga menunaikan solat Asar berjemaah
Taklimat disampaikan oleh Kem Komanden (Ustaz Al-Hisyam) kepada para peserta Kem Ibadah Tahun 6 Sk Sulaiman
Peserta diberikan pendedahan dalam mendirikan khemah
Cikgu Rozita turut membantu peserta mendirikan khemah
Antara guru- guru yang turut membantu dalam menjayakan Kem Ibadah Tahun 6
Peserta menjamu selera di tempat yang telah disediakan.
Kuliah Magrib yang disampaikan oleh Ustaz Zamri bin Basri (Pegawai j-QAF Daerah Bentong)
Slot Pertama (Ice Breaking) yang dikendalikan oleh Ustaz Al-Hisyam
Cikgu Affindi turut membantu dalam Slot Ice-Breaking.
Peserta Kem Ibadah melakukan senam pagi
Ustaz Al-Hisyam selaku pengacara majlis.Kelihatan YDP PIBG Sk Sulaiman, Tuan Imam Azahari (Imam Masjid Bentong) yang akan bersama peserta Kem Ibadah Tahun 6
Sesi soal jawab bersama Tuan Imam Azahari

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 

j-QAF Sk Sulaiman Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template