Jadilah Orang Yang Sentiasa Jujur

Setiap Jejak Akan Tetap di Balas..Jgn Risau Ok

Biar Gambar Berbicara

Wednesday, February 10, 2010

JANGAN LUPA DOA DARI JAUH




KADANG-KADANG kita lupa kepada saudara kita yang tertindas di Palestin, yang dijajah di Afghanistan, yang diburu di Thailand, yang diserang di Mindanao dan yang miskin di Kemboja….



KADANG-KADANG kita lupa pada saudara kita yang sedang tekun beribadat di Masjidil Haram, yang berqiamullail di tengah malam, yang berkorban tenaga dan masa membersihkan rumah Allah…



KADANG-KADANG kita lupa kepada saudara kita yang menderita, yang sakit, yang malang, yang kematian anak, yang lambat dapat anak, yang menjadi yatim, yang menjadi balu, yang koma, yang pengsan, yang pening, yang muntah…



KADANG-KADANG kita lupa untuk berdoa kepada saudara kita, kita lupa untuk berdoa kebaikan untuk mereka. Kita hanya berdoa untuk diri sendiri (itupun kalau rajin)…

APA SALAHNYA… Peruntukkan sedikit ruang untuk kita menadah tangan berdoa DARI JAUH…

1 comments:

tice on February 10, 2010 at 8:45 PM said...

assalamualaikum..

SYUKRAN JAZILLAN YA USTAZ coz telah mengingatkan kepada semua tentang DOA ini...Dalam kesibukan menjalani kehidupan harian serta menunaikan tanggungjawab masing-masing,mungkin kita terlepas pandang/terlepas ingat untuk mendoakan sedara-sedara kita yang JAUH...

Semoga selepas ini kita sentiasa diperingatkan oleh ALLAH untuk menunaikan tanggungjawab BERDOAS untuk sedara-sedar kita di luar sana disamping mendoakan keluarga kita di sini..InsyaAllah..

Satu POSTing yang amat baik..Alhamdulillah

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 

j-QAF Sk Sulaiman Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template