Setiap orang di bumi Malaysia ni pastinya amat mengenali pasar malam. Satu perniagaan yang dilakukan secara kecil-kecilan,beramai-ramai serta agak tersusun. Pasar malam memang ada tarikan tersendiri bagi kebanyakan dari kita. Mana taknya macam-macam ada kat situ. Sampaikan pasar malam ini seolah-olah menjadi satu ikon kepada negara ini.
Pelancong dari luar juga tertarik dengan ‘keunikan’ pasar malam kita yang mungkin asing bagi tempat mereka . Namun, disini saya bukan mahu mempromosikan pasar malam sebenarnya. Saya ingin mencetuskan satu pemikiran tentang pasar malam ini. Yang mana kadang-kadang kita terlepas pandang dan tahu tapi buat-buat endah tak endah.
Dimana apa yang saya lihat ialah pasar malam ni agak tidak selamat terutama pada gadis dan wanita. Kenapa? Mari saya terangkan.
Seperti yang kita sedia maklum, pasar malam ini keadaanya memang ramai pengunjung. Kadang-kadang sampai berasak-asak. Pasar malam ini juga dikunjungi oleh semua golongan dan jantina. Pendek kata percampuran antara lelaki dan perempuan wujud didalamnya.

Berbalik pada dakwaan saya tadi. Oleh sebab itulah saya mengatakan pasar malam ini agak tidak selamat pada si gadis terutamanya. Ia disebabkan apabila keadaan sudah berasak-asak, kebarangkalian untuk sesuatu yang tidak diingini berlaku adalah tinggi. Dalam keadaan inilah insan-insan yang berniat tidak baik mengambil kesempatan untuk meraba-raba dan sebagainya. Mangsa pula sukar hendak membalas dan memarahi kerana keadaan masa itu yang ramai orang. Sukar untuk dipastikan siapa orangnya.
Kadang-kadang juga mangsa tidak perasan yang dirinya telah diraba. Disamping itu, jika seseorang itu memang tidak berniat untuk ‘mengambil kesempatan’, kebarangkalian untuk berlakunya pergeselan antara badan sukar untuk dielakkan. Disebabkan keadaan pasar malam itu tadi. Jadi, disebabkan ini tidak manis rasanya lelaki dan perempuan ter’gesel’ badan. Walaupun semangnya ia tidak disengajakan.
Selain pasar malam menjadi tempat orang untuk mengambil kesempatan meraba-raba,ada beberapa lagi kes-kes yang tidak mustahil terjadi. Ianya seperti penyeluk saku, culik anak kecil, dan sebagainya. Dalam keadaan ramai orang ni juga memudahkan pemangsa menjalankan kegiatan mereka.
Dalam hal ni kita seharusnya sentiasa ‘alert’ semasa berada di pasar malam. Dalam kes yang lain pula, keadaan di pasar malam juga memudahkan penculikan kanak-kanak berlaku. Biasalah dah ramai orang, penculik selamber je dukung seorang anak kecil tu lepas tu bawak lari. Orang sekeliling sukar dan mesti tak perasan. Walau dalam keadaan ramai orang pun, orang takkan perasan. Lagi-lagi kalau budak kecil tu menangis-nangis bila didukung penculik, orang akan menyangka itu adalah anaknya.
Bila seorang ibu tu perasan anaknya telah hilang, sukar baginya untuk mencari pada masa tu. Disebabkan ramainya orang dan tiada tempat untuk mengadu kehilangan anak sepeti yang ada di shopping-shopping kompleks. Nak buat announcement mana boleh… Jadi macam mana?
Satu lagi yang saya nampak yang tidak eloknya tentang pasar malam ini ialah ramainya peminta sedekah. Mereka bagaikan telah ‘bekerja tetap’ disitu. Apakah perasaan anda bila lihat keadaan seperti ini. Adakah kasihan? Rimas? Atau apa pandangan anda?

Pada saya saya agak kasihan pada mereka ini. Namun terfikir. " Eh, dari mana diaorang semua ni datang? siapa yang bawa mereka semua ni?" Itu sahaja antara beberapa yang saya nampak tentang keburukan dan bahayanya pasar malam. Namun bukan mahu memburukkan pasar malam. Pasar malam tu tempat orang nak cari makan bukan tempat maksiat terang-terangan.
Sama-samalah kita cuba fikir-fikirkannya. Mungkin ada tulisan-tulisan saya ini yang kadang-kadang kita terlepas pandang. Kita sebenarnya sedar namun buat-buat tak seberapa endah. Akhirnya, sesuatu yang perlu dibimbangkan tidak ada inisiaitf untuk mencari jalan penyelesaiannya.
Berikan Pada Anda di ruangan Komen DAN Jgn Lupa Nuff La Sekali..Salam