Jadilah Orang Yang Sentiasa Jujur

Setiap Jejak Akan Tetap di Balas..Jgn Risau Ok

Biar Gambar Berbicara

Sunday, December 13, 2009

Penjajah Terkejut, Tulisan Jawi Dikuburkan


Semasa bekerja di Queen Mother Library, saya diminta untuk melayan seorang pengunjung, warga emas Scottish. Walaupun saya menjangkakan yang umur beliau sudah mencecah umur 70-an dan sudah bertongkat, tetapi datuk Scottish ini kelihatan ‘cerah’ fizikal dan akal.

Semasa menguruskan kad keahlian perpustakaan beliau, banyak soalan diajukan kepada saya. Antara yang amat menarik perha
tian saya ialah:

“Are you jawi people….. errr I mean from Malaya?”

“Yes I am from Malaya. We call our country now as Malaysia.”

“How do you have a good English (Latin character) writing?”

“Because simply I’d been grown up by this.”

“Ohh dear me, I thought Malayan people are still using this Arabic or Quranic font to write their language. I still remember it’s called jawi, and even a lot of people call your people as jawi.”

Rupa-rupanya pakcik itu, seperti ratusan bahkan mungkin ribuan lagi warga British yang lain, pernah berkhidmat menjajah Tanah Melayu suatu masa dahulu. Beliau terkejut kerana tulisan jawi sudah tidak lagi digunakan secara meluas di negara kita, sedangkan semasa beliau bertugas di negara kita sepanjang sekitar tahun 40-50an, tulisan jawi digunakan secara meluas. Bahkan beliau sendiri boleh mengingati beberapa huruf arab/jawi.

Sepanjang pemerhatian saya, kebanyakan warga emas di Malaysia lebih fasih membaca tulisan jawi berbanding tulisan rumi. Mana tidaknya, itulah dia tulisan rasmi sewaktu mereka di bangku persekolahan. Arwah abah saya sendiri, yang pernah menjadi salah seorang pegawai atasan Telekom, banyak mencatat di dalam jawi. Arwah atuk saya, melanggan akhbar Utusan Melayu yang kini telah dipusarakan. Bahkan, pemasyhuran kemerdekaan pada tahun 1957 turut ditulis di dalam tulisan jawi. Itu belum ditelek lagi dokumen perjanjian perdagangan antara Raja-raja Melayu dengan pedagang dan penjajah Portugis, Belanda dan Inggeris lagi.

Ketika pendita Za’ba telah memberikan nafas baru kepada tulisan jawi dengan karya agungnya ‘Rahsia Tulisan Jawi’, agak malang kerana anak-anak didik penjajah berkulit sawa matang telah mentalkinkannya di dalam sistem pendidikan. Permulaan kepada pengakhiran tulisan jawi, ialah selepas perlaksanaan Akta Bahasa 1963 ketika mana tulisan rumi telah dijadikan tulisan rasmi di dalam urusan kerajaan khususnya di dalam sistem pendidikan. Apa yang berlaku di negara kita pada waktu tersebut ialah duplikasi sekularisasi daripada negara Turki, setelah kejatuhan khilafah Uthmaniyyah, antara keutamaan anak didik penjajah ketika itu ialah me’latin’kan tulisan Turki yang asalnya menggunakan huruf Arab.

Daripada wujudnya kelas jawi di sekolah rendah, akhirnya jawi terkubur di dalam buku teks subjek Pengajian Islam sahaja. Kesannya, ialah generasi muda yang merangkak-rangkak membaca jawi dan yang sedihnya, menjejaskan ‘kelancaran’ bacaan al-Quran mereka. Ya saya akui ada perdebatan akademik mengenai adakah tulisan jawi membantu bacaan al-Quran, akan tetapi itu bukan soal pokok yang ingin saya bincangkan di sini.

Di United Kingdom, saya rasa kagum dengan bagaimana orang-orang Pakistan dan India yang ramai bermigrasi di sini memelihara tulisan Urdu mereka supaya sama dengan tulisan Arab. Anak-anak muda mereka masih lagi lancar menulis di dalam tulisan Urdu, walaupun bersekolah Inggeris, dan hidup pun gaya British. Mereka masih mampu menerbitkan surat khabar di dalam tulisan Urdu di negara sekular ini, dan ianya dibaca secara meluas. Pergilah sahaja ke masjid, atau ke kedai halal, anda akan dapat melihat tulisan Urdu.

Cuma alhamdulillah ketika pemerintahan Tun Abdullah dengan slogan Islam Hadharinya, beliau telah menggagaskan j-Qaf. Pada peringkat awal, saya pun tidak tahu apakah yang dimaksudnya dengan j-Qaf. Rupa-rupanya, ia adalah merupakan satu cubaan untuk menyuntik nafas baru di dalam subjek Jawi, Quran, Arab dan Fardhu Ain (singkatannya ialah j-Qaf). Ramai rakan-rakan sepengajian saya di Mesir bekerja sebagai guru j-Qaf di sekolah kerajaan. Ketepikan khilaf politik, didoakan agar usaha itu boleh mengembalikan kegemilangan tulisan jawi.


Dan tidak cukup dengan itu sahaja, generasi saya, iaitu generasi mak abah kepada anak-anak moden perlu sedari awal mendidik anak-anak kita dengan tulisan Arab. Pendedahan awal akan memastikan mereka lancar membaca al-Quran apabila dewasa nanti. Tulisan jawi bagi saya amat membantu penguasaan bahasa Arab dan al-Quran.

Justeru, ketika Pendita Za’ba telah berusaha merekaya tulisan jawi dengan karya ‘Rahsia Tulisan Jawi’nya, maka janganlah kita menjadi generasi yang ‘merahsiakan tulisan jawi di dalam pusaranya’.

Sumber: I Luv Islam

SIAPA PANDAI JAWI?
Angkat Tangan..Hehe


18 comments:

_MindFreak_ on December 14, 2009 at 1:06 AM said...

farah PANDAI....

tapi x pandai sgt...
*mcmane tue??*

:D

j-QAF SK SULAIMAN on December 14, 2009 at 1:08 AM said...

aik pandai..
tapi tak pandai sangat eg..macam2 la farah ni..huhu.

lizz on December 14, 2009 at 1:24 AM said...

zaman skrg, tak ramai yang tahu nak nulis/ bace jawi..saya pun dah tergagap2 nak baca.kene mengeja gak kadang2. huhuhuhu.

Silverleaf on December 14, 2009 at 1:38 AM said...

tengah angkat tangan......

j-QAF SK SULAIMAN on December 14, 2009 at 1:38 AM said...

Takper Lizz..
Boleh belajar lagi..Sekarang ni banyak ejaan jawi baru nak elak kekeliruan..

anN on December 14, 2009 at 1:39 AM said...

jawi senang je klu dipelajari.. tp xtw sebab coz x diluaskan utk generasi skg

surisarawak on December 14, 2009 at 3:42 AM said...

assalamualaikum...

jawi???..hehe..I'm not very well in jawi,you know..boleh la, tak la buta jawi cuma bila tulis jawi tu tak cantik..huhu...

Mr. Daddy on December 14, 2009 at 12:23 PM said...

alhamdulillah.. reti lg tulis jawi tp xlancar sgt.. rasa sedih lak sbb jawi cam da makin dilupakan.. :(

Best Of Me 321 on December 14, 2009 at 1:49 PM said...

Cikgu, ni link baru kau tuk guna kat shoutmix

http://shrinkify.com/1i1i

j-QAF SK SULAIMAN on December 14, 2009 at 2:18 PM said...

beres BOm..cikgu dah wat dah..apapun terima kasih BOM..

~`nAnie~ on December 14, 2009 at 4:00 PM said...

salam
sebagai pelatih guru yang bakal mengajar agama
buat setakat ni alhamdulillah
kemahiran jawi sy makin baik
sebab mungkin di didik oleh guru2 semasa di sekolah dengan menjawab soalan pai,pqs,psi dlm jawi
insyaallah
saya mahu bakal anak murid sy juga melakukan sedemekian agar lancar jawi mereka

hilmi on December 14, 2009 at 5:09 PM said...

pernah terjadi kat saya 3-4 tahun dulu. masa membaca perkataan "mengundang"(tulisan jawi) terbaca "mengandung". kawan2 saya gelak besar. malu saya dibuatnya(baca mcm iklan gigi mirnawan nawawi). jawi skarang dah banyak berubah. pening gak baca.

p/s: saya da masuk jawi 15 tahun dulu(bole terima gak ke)..hehe

pakcik kordi on December 14, 2009 at 6:44 PM said...

assalamualaaikum...masih igt lg beliau ye kt malaya..kt tulisan jawi.,,..=)

911 on December 14, 2009 at 9:35 PM said...

setuju sgt tulisan jawi ni diperkasakan semula.

Little buzz on December 15, 2009 at 8:56 AM said...

dulu masa sekolah menengah agama buzz amik nota pn dlm tulisan jawi...rasanyer masa tu tgn ni laju jer mengeja jawi, pasal nk catch up aper yg ustazah ckp kn...tp skang ni bile lama dh tak tulis jawi, makin lambat dh..kadang2 nak mengeja pn dh tercungap-cungap...camno ni aa...

Mr. Cuz on December 15, 2009 at 4:47 PM said...

penjajah pun tahu jawi kan..kbnyakan muda mudi kini mmg xbpe tau jawi ni..
cuz pun dh kurang baca jawi skang ni..dulu zaman sek mmg power la..ngeh3..

~0~ on December 17, 2009 at 2:21 PM said...

khazanah yang hilang...hurmmm...

skang da ramai xtau baca dan tlis jawi

snid73 on December 18, 2009 at 3:43 PM said...

selaras dengan zaman IT...peluaskan penggunaan perisian tulisan jawi (percuma)......Jawi MultiKey

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 

j-QAF Sk Sulaiman Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template